Printcious Platform Untuk Mencetak Pelbagai Jenis Hadiah

Assalamualaikum & Hi Semua,

 “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


'Good times come and go,
But the memories last forever.'
-Quote


Seperti petikan kata-kata di atas, semua orang punyai memori. Ada yang suka, ada yang duka. Namun apa yang penting, memori itulah yang mendewasakan kita. Dan memori yang indah mungkin ingin dikenang buat selama-lamanya dan diabadikan di suatu tempat. Sebagai tanda penghargaan dan menunjukkan betapa pentingnya ia pada kita.  :) Sebelum ini, saya pun pernah tercari-cari tempat untuk mencetak gambar-gambar kenangan dan mengabdikan ia dengan cara yang kreatif, sehinggalah tiba-tiba terjumpa website printcious ni, memang menarik hati.


Pada yang ingin mengabdikan segala memori dan kenangan indah bersama yang tersayang, mungkin anda boleh mencuba platform ini, iaitu Printcious Online Shopping . Seperti tagline mereka  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Di mana anda bukan sahaja boleh mengabdikan kenangan yang terlakar, malah pada pelbagai platform pula tu. Contohnya pada T-shirt, Mugs, cushions, phone cases, ceramic tiles dan banyak lagi! Paling penting boleh personalized dan DIY sendiri pula kenangan kita itu. So, jom tengok apa yang menarik.





Ciri-Ciri Best Printcious Yang Pasti Membuatkan Anda Menelan Liur


Pelbagai Jenis Kategori Hadiah Untuk Dicetak


Seperti yang saya mention di atas, terdapat pelbagai jenis kategori hadiah/items yang boleh kita cetak. Selain dari yang saya sebutkan di atas, melalui printcious kita juga boleh mencetak pelbagai jenis hadiah/items lain seperti  Puzzles, Mouse Pads, Baby Rompers, Lanyard, Keychain, Ceramic Tiles, Coasters, Caps, Button Badges, Mini Tees, Luggage Tags, Aprons , Magnets, Door Hangers, Photo Rocks, Colour Mugs, Magic Mugs, Cushions (Square), Button badges, Bags dan banyak lagi! Menarik bukan? 


Selain itu ada juga kategori seperti untuk idea-idea untuk special gift for someone contoh for husband or wife, special occasions contohnya seperti mother's day, father's day, engagement, weddings, birthdays, dan sebagainya . 

Pelbagai kategori menarik


Boleh DIY & Personalized Sendiri Hadiah Kita!


Ha ni lagi satu! Nak lain dari yang lain dan tidak mahu sama dengan orang lain, anda juga boleh design/diy/personalized sendiri items yang anda nak beli tu. Contohnya, design T-shirt Couple untuk your husband or wife, design sendiri sarung cushions korang atau design sendiri ceramic tiles untuk dijadikan hiasan di dalam rumah. Selain daripada dapat mencurahkan kreativiti, pasti menarik bukan bila kita sendiri yang menghasilkan design/diy pada hadiah/items tersebut. :) 

Boleh personalized sendiri hadiah ikut citarasa. 



Mudah, Berbaloi Dan Menjimatkan Masa


Seperti yang saya sebutkan di atas, ianya sangat mudah, berbaloi dan menjimatkan masa even kita sendiri yang akan design/diy hadiah kita. Even dekat website tersebut pun ada dah tunjukkan cara-cara untuk design/guna gambar korang sendiri. Jadi takda issue lah nak kata tak tahu guna dan sebagainya kan. Apatah lagi sudah nyata dan jelas cara yang ditunjukkan. Apapun kalau nak tahu macam mana kita design/ diy sendiri hadiah kita, jom tengok! Okay senang je! 

Tutorial Untuk Design/DIY di Printcious

1. Buka website printcious

2. Pilih kategori yang korang nak. Contoh saya pilih ceramic tiles.

click pada kategori yang korang nak


3. Dah pilih? Then ia akan keluar seperti di bawah ini. So tekan je button "create your ceramic tiles Square" tu. 

click je pada anak panah biru tersebut

4. Tunggu sebentar dan ia akan memaparkan layout untuk anda personalized items yang anda inginkan. Seperti anak panah di bawah, click je image untuk upload gambar, text untuk add text dan sebagainya. Boleh tukar gambar background ikut citarasa korang jugak. 

layout untuk design


5. Dan hasilnya. hehe. If tak puas hati boleh tekan perkataan "wait let me edit my design again". Dan bila dah okay, boleh proceed untuk checkout! Simple je kan!

Hasil akhir. Iolss design tak lawa. uolss maybe lagi kreatif XD

Okay dah lepastu, tunggu ajelah sampai ianya datang ke rumah okay? Kemudian sedia untuk dijadikan kenangan , dijadikan hiasan rumah misalnya,  diberi hadiah pada seseorang dan sebagainya. 


Okay setakat ini sahaja! Happy reading & have a good day!


Comments

  1. Sekarang ni mcm mcm cara org nak buat bisness. Kita sebagai customer pun senang sangat nak soping. Semuanya online

    ReplyDelete
  2. NAk buat hadia pun boleh buat custom made sekarang ni ya

    canggih

    ReplyDelete

Post a Comment