Skip to main content

Prolog: I Am Your Angel








PROLOG

            Hujan lebat yang turun mencurah-curah diiringi bunyi petir yang sambung menyambung membuatkan nafasnya terasa semput. Namun, dia terus berlari ... mengharungi hari yang kian malap demi menyelamatkan nyawanya. Di sebalik tong sampah besar di sebuah lorong yang sunyi , langkahnya terhenti di situ. Tercungap-cungap dia menarik nafas. Sempat lagi dia tertinjau-tinjau untuk memastikan bahawa tiada  siapa yang dapat mengejarnya sehingga ke situ. Dan kemudian dia menarik nafas lega buat seketika sambil menyandarkan tubuhnya di tong sampah besar itu. Semua yang terjadi kini benar-benar tidak di duganya.


            Kehidupannya yang bahagia selama ini tiba-tiba bertukar menjadi kisah ngeri yang amat mendukacitakan.  Dia tidak tahu siapa sebenarnya mereka semua dan mengapa mereka semua tiba-tiba memburu semua ahli keluarganya. Setahunya mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa meskipun mereka sangat kaya. Namun , hubungan dengan orang-orang sekeliling dijaga sebaik mungkin. Tetapi, mengapa tiba-tiba..? Masih diingati saat ngeri yang sungguh menyayat hati seketika tadi tatkala dia yang baru pulang dari college setelah sebulan tidak menemui ahli keluarganya tiba-tiba hanya dapat melihat mayat-mayat ahli keluargnya yang bergelimpangan dan berlumuran darah dalam keadaan ngeri sekali. Saat ini air matanya mengalir deras, bersatu bersama titisan hujan yang kian melebat membasahi bumi. Terasa perit dan pedih mencengkam hingga ke hulu hati.

            Bunyi keriuhan tidak jauh dari tempatnya menyorok membuatkan dadanya kembali berdebar-debar. Mereka seolah-olah telah menjumpai dirinya yang sedang menyorok di belakang tong sampah besar itu. Lantas dengan berhati-hati dia meninjau. Kelihatan sekumpulan lelaki berwajah ganas dan bersenjata masing-masing berdiri tidak jauh daripada tempat dia bersembunyi. Salah seorang dari mereka tiba-tiba seperti menyedari kehhadirannya. Lantas lelaki itu perlahan-lahan mula menghampiri kawasan tong sampah besar itu. Saat ini, hatinya berdetak kencang. Nafasnya bergemuruh. Bimbang andai dirinya ditemui dan bakal menerima nasib yang sama seperti ahli keluarganya juga. Kalau boleh, dia ingin tahu siapa sebenarnya insan yang bertanggungjawab membunuh seluruh ahli keluarganya. Bagai kelihatan bayang tapak kaki yang mula menghampiri disebalik samar-samar cahaya lampu di senja itu. Derap tapak kasut lelaki itu yang memijak-mijak jalan yang becak kedengaran semakin dekat. Nafasnya makin semput. Seluruh tubuhnya mulai menggigil.


            “Zahar, kemari sekejap!” suara itu menerjah kegegendang telinganya membuatkan lelaki yang cuba menghampirinya sebentar tadi, tidak jadi meneruskan langkah.

            “Baik tuan. Ada apa tuan?” sahut lelaki yang bernama Zahar sambil dengan segera menghampiri lelaki yang dipanggilnya tuan itu.

            “Aku nak.....” Dan seterusnya dia tidak dapat menangkap butir-butir perbualan mereka disebabkan bunyi titisan hujan yang sekejap reda sekejap lebat sehinggalah kedengaran bunyi deruman enjin kereta yang dinaiki mereka berlalu dari situ. Meskipun mereka telah beredar, namun dia masih tidak mampu untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Ketakutan, kesedihan dan dukacita semuanya menghantui dirinya saat ini. Hatinya benar-benar sedih dengan kehilangan seluruh ahli keluarga tercinta. Sememangnya hidup ini jadi tidak bermakna tanpa mereka. Andai diikutkan hati , mahu sahaja dia membunuh diri. Namun, sebelum itu, dia mahu tahu siapa sebenarnya yang cuba membunuh mereka sekeluarga. Sedangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun. Dan suatu hari nanti, dia bertekad... dendam harus dibalas...


* * * * * 


Bersambung..... 


p/s : Camne best tak citer ni? Anda berminat?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda