Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Tips Interview Q&A

Nak jawab soalan interview harus tahu teknik menjawab soalan dengan betul. Tak semudah ABC, tetapi tidaklah begitu susah jika kita tahu cara-caranya. Harap perkongsian ini membantu bagi sesiapa yang akan menjalani sesi interview. Jom rujuk gambar-gambar di bawah sebagai panduan! Neway, good luck for those yang akan menjalani sesi interview! Tqsm for reading. Hope this helps :) credit to : photos owner

Tutorial: Cara Remove Dan Buang Virus Shortcut Dari Pendrive

Ada sesiapa tak yang pendrive dia tiba-tiba jadi macam ni? Lagi-lagi time dah last minute nak hantar assignment , thesis, manuskrip dan lain-lain. Mesti rasa dunia macam gelap je kan time tu. Okay, jangan pening-pening. Cuba ikut je step dekat bawah ni. 

Beza Prolog Dan Epilog

Assalamualaikum & Hi! Mungkin ada yang tertanya-tanya... Apa itu prolog? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan epilog? Beza prolog dan epilog 1. Prolog  Bermaksud prakata. Merupakan pembukaan sesuatu cerita atau peristiwa dan akan diikuti oleh Bab 1. Biasanya prolog akan di hiasi dengan pantun, sajak , syair, imbas kembali atau sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam sebuah penceritaan. 2. Epilog Apa itu epilog? Epilog biasanya adalah ringkasan atau bahagian akhir sesebuah cerita. Biasanya ditulis untuk menjadikan sebuah cerita itu lebih menarik lagi. Sekian, daripada saya. Harap info ini membantu :) rujukan : blog  @Nurul Farehah Jaamad

Cerpen: Mirage ( Part I)

   CERPEN: MIRAGE ( Part I)              'Cahaya terang menembusi Bagai   sebuah kisah misteri....' Di luar jendela, hujan telah mula berhenti. Awan-awanan mula berarak perlahan. Mentari mula menampakan diri. Tersenyum riang di dada langit. Dan dia masih lagi di situ, lena dibuai mimpi yang indah bagai tidak berkesudahan. Sedikit pun lenanya tidak terganggu dek kedatangan mentari yang memancar-mancar ke muka jendela. Naufal hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat kelakuan sahabatnya yang sering bangun lewat kebelakangan ini. Lenanya tidur Asyraf bagai tidak mahu bangun untuk beribu tahun lagi. Bagai ingin terus lena bersama mimpi-mimpinya yang indah. Kelihatan nyenyak sekali. Melihatkan lena Asyraf  itu, bagai tidak sampai pula hati Naufal untuk mengejutkannya dari tidur. Tetapi tidak kali ini, Asyraf harus dibangkitkan apatah lagi sahabatnya itu telah banyak kali ketinggalan kuliah. Dari hari ke hari, prestasinya semakin merosot. Bimbang Naufal

Cerpen: Siapakah Di Hatimu?

P agi itu, tatkala mentari mula terbit dia berteleku di situ. Memerhatikan fajar mula menyingsing dan melihat sang camar yang berterbangan riang untuk mencari rezeki. Namun, hatinya tidak seindah hari yang menjelma. “Kenapa menangis ni?” Soal Daniel sambil duduk di atas pangkin kayu itu bersebelahan Nabeehah. “Eh, mana ada saya tak nangislah..,” Nafi Nabeehah lantas berpura-pura ceria sambil cuba menyembunyikan kesedihannya. Sedaya dia tersenyum semanis mungkin meskipun jauh di sudut hati dia jua tidak begitu menyenangi kehadiran Daniel pada ketika itu. Mengapa insan lain yang diharap insan lain yang datang? “ Eha, jangan cuba tipu abang. Abang tahu awak nangis. Awak takkan dapat sembunyikan kesedihan awak dari abang..,” ujar Daniel prihatin. “Abang Dani ni ada-ada ajelah. Erm.. kalau saya nangis pun apa salahnya, dapat buat senaman mata..,” ujar Nabeehah tersenyum ceria sambil sempat berseloroh. Tanpa sedar sedikit sebanyak kehadiran Daniel menyenangkan hati jua meskipun k