Topik hari ini ingin
saya ulas mengenai pertemuan dan perpisahan. Saya tidaklah sebagus mana
untuk mengulas topik ini, kerana saya juga manusia biasa yang penuh dengan
kelemahan dan pernah menangisi perpisahan. Namun, berharap moga-moga sedikit
perkongsian ini dapat meredhakan hati-hati yang sedang bersedih, yang
tercari-cari jawapan.
Siapa yang suka kan perpisahan? Sudah tentu tiada siapa. Lagi-lagi
jika pertemuan itu telah memberi kesan yang besar kepada kita. Setiap pertemuan
pasti akan adanya suka duka, pahit manis dan meninggalkan kenangan yang boleh
memberi kesan mendalam pada hati. Siapa jelah yang mahu semua itu berlalu
pergi? Percaya atau tidak, setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan.
Samada perpisahan sementara, jangka masa panjang mahupun selamanya. Ada orang
kata jika tidak mahu adanya perpisahan, elakkan pertemuan. Tetapi, mampukah
kita untuk mengelak daripada dipertemukan?
Pertemuan dan Perpisahan |
Kadang-kadang
kita menangis bila ditinggalkan orang tersayang, terpaksa berpisah dan
melepaskan orang tersayang, samada keluarga mahupun kekasih. Kita mungkin akan
memberontak, menyesali takdir dan ada yang mungkin seolah-olah menyalahkan
Tuhan. Astagfirullah alazim. Tetapi,
kita lupa yang aturan Allah itu cantik sekali dan setiap apa yang berlaku tu
mesti ada hikmah disebaliknya kan? Kadang-kadang Allah menguji kita dengan
perpisahan daripada org tersayang sebab kita terlalu taksub dengan cinta dan
kasih-sayang manusia. Sampai kita lupa bahawa Allah sepatutnya nombor satu di
hati dan bahawa cinta manusia tidak kekal abadi, tetapi cinta Allah swt lah
yang kekal dan abadi. Cinta teragung dan indah. Sebab apa? Sebab
kita tahu bahawa Allah tidak akan pernah tinggalkan kita. Sejahat-jahat mana
pun kita, Dia akan sentiasa sudi menerima dan mengampuni dosa-dosa kita selagi kita
bertaubat dan kembali kepadaNya.
Pertemuan dan Perpisahan |
Apapun yang sudah biarkan sudah. Yang berlalu biarkan berlalu.
Move on. Learn how to let go. Kadang-kadang bila sukar melepaskan kita akan terleka
terlalu lama pada pintu yang tertutup sampai tidak menyedari akan pintu yang
terbuka untuk kita. Lepaskanlah dan bebaskan dia. Serahkan semuanya pada Allah. Biarlah Allah
yang menilai baik buruknya sesuatu perkara itu untuk kita.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatau, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padalah ia amat buruk bagimu; allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah
[2]:216 )
Redha kan semua yang terjadi. Anggaplah pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah. Dan semata-mata untuk
mencari redhanya. Serahkan dia dan serahkan semuanya pada
Allah. Dan jangan lupa sebut nama mereka yang anda sayang di dalam doa. Kerana
doa juga merupakan saluran untuk mencurahkan kasih sayang kita. Mengingati
seseorang di dalam doa merupakan kasih sayang yang paling dalam buat seseorang.
Setelah itu, senyumlah, bangkitlah. Lihatlah sekeliling, dunia ini
begitu luas. Lihatlah seandainya kita ada terlepas sesuatu ketika kita hanyut
dalam kesedihan. Mungkin saat kita bersedih kita terlupa seketika pada
insan-insan lain yang turut sama menyayangi kita sedang risaukan kita.
Hargailah mereka yang ada. Yang pergi biarlah pergi. Doakan mereka dan selalu
sedekahkan al-fatihah, samada mereka yang pergi itu masih hidup atau telah
tiada di dunia ini. Yang ada disisi, hargailah. Dan ingatlah satu perkara bahawa mencintai & menyayangi itu tidak
semestinya memiliki. Kerana dunia ini sementara, pinjaman seketika buat kita
semata-mata untuk mencari redha Allah.
Pertemuan dan Perpisahan |
Jika terlalu sukar melupakan kesedihan, selalulah
perbanyakan solat sunat taubat dan solat hajat. Mohonlah apa yang dimahukan dan
istikharahlah demi meminta petunjuk dari Allah swt. Teringat lagi pesanan seorang Ustaz, paling penting carilah
kekusyukan dalam solat fardhu dan awalkan solat fadhu anda. Ingat, dalam
apa-apa perkara yang kita lakukan, letaklah dan niatkan semuanya kerana
Allah. Kerana bila kita tahu apa yang kita buat semata-mata untuk mendapat
redha Allah, perasaan sedih itu seolah-olah tidak wujud lagi. La tahzan
innallaha ma'ana.
Sekian, Assalamualaikum
Betul tu...Mencintai tidak semestinya memiliki, sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang Terbaik. Yakin dan Redha. Dia tahu segala yang tersurat dan tersirat di dalm hati hambanya ;')
ReplyDeleteyup. insyaAllah moga ada hikmah disebaliknya :)
DeleteEntry yang menarik dear. ♥ Setuju sangat, setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang berlaku, ada hikmah bahkan ia sebenarnya ujian & dugaan dari Allah supaya kita tidak leka mahupun terlalai dalam fantasi dunia. Walhal akhirat lah kekal abadi. Setiap yang terjadi juga telah ditakdirkan menerusi Qada' Qadar Allah. Jika kita tidak mempercayai Qada' Qadar Allah, maka kita tidak percaya dengan perancangan Allah. Nauzubillahiminzalik, moga dijauhkan perasaan itu. Berdoa banyak-banyak agar satu masa nanti, the right one is the best for you dear. Aminnnnnn. ♥☺
ReplyDeleteaminnn... insyaAllah. yup.. dan kena redha, percaya dan yakin dgn setiap qada dan qadarnya meskipun perit macam mana. insyaAllah ada hikmah & nikmat yang akan cuba ditunjukkanNya. Alhamdulillah.. sedikit demi sedikit dah mula nampak sekarang. btw tqsm for the support dear :')
DeleteMy dear Nadhie.. =)
ReplyDeleteSometimes Allah removes everyone from our life at a time where we feel desperate for attention, for an understanding soul, for reassurance, so he could remind us that only in Him we find the peace n relief. =) He test us lil bit to keep our Iman firm, as he loves to hear us making dua to Him. This world is a test field for the believers. Allah will never burden someone if they can't carry on. He swears that every difficulties, there will be ease. Keep faith. Insyaallah... If something is meant to be, it will happen at the right time with the right person for the best reason. (^__^) xoxo.
Well said kak aina. alhamdulillah. And I always keep in mind that Allah would never put us in a situation that we can't handle, and trust that everything happens for a reason even when we are not wise enough to see it. Alhamdulillah.. feel ease right now. :) btw tqsm for the thought and support :) Really appreciate it =)
DeleteSedihnya baca sebab memang lepas ni kena berpisah dengan bestfriend. Dia dah habis matrik dan saya still dekat matrik. Lepas ni nak lepak dengan sapa, nak cakap dengan sapa, nak makan dengan sapa T.T
ReplyDeletehee. chill okay my dear. dulu akak pun time dah abes study kena berpisah dgn bff. mula2 memang sedih giler, tapi lepas je abes study, masing2 dah kerja ktorang still keep in touch. selalu wassap, selalu keluar tengok wayang , hangout. takpa, lepas abes study & dah bekerja nanti boleh selalu hangout dgn dia. hihi =D Moga Allah berkati dan panjangkan hubungan kalian. aminn..
Deletenice entry sis ^^
ReplyDeletetengss :)
Deletesabar ye.. Allah akan gantikan yg lebih baik dr sblm nie.. yg penting jgn terlalu sedih hingga lupe Allah..
ReplyDeletetqsm for da advise =)
Delete