Harini nak share ujian personaliti diri yang saya sendiri pernah jawab beberapa tahun yang
lalu. Siyesly, bila jawab sekali lagi memang banyak dah berubah. So, korang
yang samada pernah atau tak pernah
jawab test ni cubalah try jawab lagi test personaliti ni k. Sebab keputusan
ujan ni memang agak tepat. Dari sini, boleh kenal diri sendiri dengan lebih
dekat lagi :p
Tips jawab soalan ni : Mesti jujur pada diri, 1st benda terpikir tu terus
tulis jawapan. jangan pikir lama2. Thats why la kalau pergi psychometric test,
kena jawab ratusan soalan dalam masa yang singkat. Okay, jangan lupa sediakan
pen n kertas k sebelum jawab soalan. hihi
Jawab soalan dulu k, baru tengok jawapan.
Ujian Personaliti Diri #1
SOALAN-SOALANNYA
SITUASI:
Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara,
anda ternampak sebuah pondok…
1. Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka
/ Tertutup)
Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…
2. Apakah bentuk meja itu?
(Bulat /
Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)
Di atas meja itu ada pasu bunga…
3. Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh /
Separuh / Kosong)
4. Pasu itu dibuat daripada apa?
[(kaca /
porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]
Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari
kejauhan….
5. Berapa lajukah air terjun
(pilih
julat jawapan 0 hingga 10)
Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras,
anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama
anak kunci.
6. Berapa banyakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih
julat jawapan 0 hingga 10)
Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah
istana….
7. Apakah keadaan istana itu?
( Lama /
Baru)
Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang
mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di
atasnya…
8. Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya /
Tidak)
Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam
dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...
9. Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya /
Tidak)
Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan
keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas.
Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.
10. Apakah saiz kotak itu?
(kecil /
sederhana / besar)
11. Kotak itu diperbuat daripada apa?
(
cardboard / kertas / kayu / logam)
Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.
12. Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam /
kayu/ rotan)
Diseberang jambatan ada seekor kuda
13. Apakah warna kuda itu?
(putih /
kelabu / coklat / hitam)
14. Apa kuda itu lakukan?
( tidak
berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)
15. Tiba-tiba datang angina puting beliung.. Anda ada 3
pilihan:
a) lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
b) lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
c) lari dan menaiki kuda keluar dari situ?
JAWAPAN:
1. Pintu:
Terbuka - anda bersedia berkongsi apa
saja cerita kehidupan anda
Tertutup - anda lebih senang menyimpan cerita-cerita anda
di dalam hati
2.
Meja:
Bulat/oval – Anda mudah percaya
sepenuhnya kepada mana-mana kawan anda
Segiempat tepat / segiempat – Anda
seoerang yang memilih kawan dan keluar dengan kawan-kawan yang skepala sahaja
Segitiga – Anda seorang yang cerewet
tenatng berkawan… anda tidak mempunyai ramai kawan dalam hidup
3.
Air dalam pasu:
Kosong – Hidup anda tidak terisi
Separuh – Apa yang anda mahu dalam
hidup sudah separuh penuh
Penuh - Apa yang anda mahu dalam hidup
sudah tercapai
4.
Bahan pasu:
kaca/tanah liat/porcelain – anda
seorang yang lemah dan sensitif
logam / plastik / kayu – anda kuat
dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan
5.
Kelajuan air terjun:
0 – tiada keinginan seks
1 to 4 - keinginan seks yang rendah
5 - keinginan seks yang sederhana
6 to 9 - keinginan seks yang tinggi
10 - keinginan seksual yang sangat
tinggi
6.
Kunci:
1 – hanya ada 1 kawan baik
2 to 5 – ada beberapa orang kawan baik
6 to 10 – ada ramai kawan baik
7.
Istana:
Lama – hubungan terakhir anda dengan
seseorang tidak begitu baik dan tidak meninggalkan kenangan indah.
Baru - hubungan terakhir anda dengan
seseorang adalah baik dan masih segar dalam hati
8.
Permata di dalam kolam kotor:
Ya – bila pasangan anda ada di samping
anda, anda masih memikat orang lain.
Tidak - bila pasangan anda ada di
samping anda, anda hanya bersama dengannya.
9.
Wang di dalam kolam bersih:
Ya – walaupun pasanagn anda tiada di
samping anda, anda masih memikat orang lain
Tidak - walaupun pasanagn anda tiada
di samping anda, anda akan sentiasa memikirkannya dan setia.
10.
Saiz kotak:
kecil – ego yang rendah
sederhana – ego yang sederhana
besar – ego yang tinggi
11.
Bahan kotak:
cardboard/kertas/kayu(tidak berkilat)
– personaliti yang rendah diri
logam – berbangga dengan diri sendiri
12.
bahan jambatan:
logam – ikatan yang kuat dengan
kawan-kawan
kayu - ikatan yang sederhana dengan
kawan-kawan
rotan - tidak begitu rasi dengan kawan-kawan
13.
Warna kuda:
putih – pasangan anda tulus di hati
anda.
kelabu/ coklat – pasangan anda
sederhana sahaja di hati anda.
hitam – pasangan anda tidak begitu
sempurna di hati anda, ada saja perkara yang menyakitkan hati.
14.
Kelakuan kuda:
tidak berbuat apa-apa/ makan rumput –
pasangan anda seorang yang suka duduk di rumah dan begitu rendah diri
berlari – pasangan anda adalah seorang
yang liar.
15.
KIASAN:
Puting Beliung – Masalah Dalam Hidup
Kotak – Anda
Jambatan – Kawan-Kawan Anda
Kuda – Pasangan Anda
a) Jika anda pilih kotak, anda seorang yang suka memendam
dan menyelesaikan masalah anda sendiri
b) Jika anda pilih jambatan, anda akan berjumpa kawan-kawan
untuk menyelsaikan masalah
c) Jika anda pilih kuda, anda mencari pasangan anda untuk
menyelesaikan masalah
Selesai. So macam mana? Puas hati
dengan jawapan anda? Ada persamaan tak dengan diri? Hmm.. sad pulak time
jawab soalan pasal istana tu :(
sumber rujukan : atuk google (takde yg spesifik)
Ada kena mengena sangat. Heee :)
ReplyDeleteAda kena mengena sangat. Heee :)
ReplyDeletekan! memang ada persamaan. hihi :D
Deletewah 99% sama dengan personaliti kite! wahh xD
ReplyDeletewaaahh.. tahniah2! hihiks
DeleteAda beberapa yang sama dengan personaliti diri siqah! Hii. Suka jawab soalan begini.
ReplyDeletesamelah kita dari dulu & sekarang suka sangat jawab soalan2 camni :)
Deleteterlayan jugak dengan soalan ni -_-
ReplyDeletehaa... share lah cket same ke tak. hihi
Deleteada jugak la samanya :p hahak.
DeleteHahaha. =D Semangat kite siap amek Pen & Kertas. =D
ReplyDeleteKannnn? Ain rasa ain tau apa yang Nadhie jawab kaitan istana tu. Sebab kite jawab lama, macam salah jerk. Hahaha.
Btw, enjoy much. =* Layannnn jerk jawab Kuiz ni. Kuikui !
samelah kita time jawab pun siap2 kan pen dgn kertas. yup! kan? betul tekaan ain.. kita pun dapat istana lama tu.. so sad. ==" haha! layan jee. hee :*
Deletebest
ReplyDeleteWahhh best lah! Najihah dah buat
ReplyDeletehttps://itsnurulnajihah.blogspot.my/2017/11/apa-yang-najihah-mahu-sudah-separuh.html