Berhati-Hati Dengan Taktik Phone Scammer |
Disebabkan peningkatan kos hidup yang semakin hari semakin menekan, membuatkan sesetengah pihak memilih jalan mudah untuk senang tanpa memikirkan halal dan haram serta sebab dan akibatnya yang bakal menimpa mereka samada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.
Scam. Banyak sangat terjadi hari ni. Antaranya seperti internet scam, email scam, phone scam , investment scam, Insuran scam, pyramid scheme, employment scheme, door to door, pukau, telemarketing dan banyak lagi.
Paling tak suka bila yang scam tu dia kenal dengan orang tu tapi tak rapat sangat, pernah satu kolej, satu sekolah dan sebagainya, then tiba-tiba je contact balik. Rupanya ada udang disebalik batu. Selalu terjadi di kalangan mlm dan yang jual insuran tu. Memula ajak orang tu duduk dengar berkenaan produk/insuran yang mereka nak jual, tetapi dalam masa yang sama seakan memaksa mangsa mereka untuk sign dokumen dan join mereka. Paling teruk sampai ada kes yang kena pukau dsb. Tsk.
Apapun hari ni saya nak kongsikan tentang phone scam.
Berhati-Hati Dengan Taktik Phone Scammer
Apa Itu Phone Scam?
Phone scam berlaku apabila scammer/fraudsters memalsukan panggilan telefon atau memberi mesej palsu dengan menyamar sebagai pihak-pihak tertentu seperti bank untuk menipu mangsa mereka dan mendapatkan maklumat sulit mangsa mereka.
Jenis Penipuan Yang Mereka Cuba Lakukan
- Meminta anda berkongsi maklumat peribadi seperti username dan password atm cimb click anda misalnya.
- Mengarahkan anda untuk mengklik pada pautan links di SMS/MMS atau call nombor tertentu untuk mengesahkan sesuatu transaksi.
- Menyuruh anda call nombor tertentu untuk merekod personal info anda.
- Mengatakan bahawa transaksi online anda failed/ pending dan kononnya anda perlu call mereka/click pada links tertentu untuk mengesahkan transaksi tersebut
Apa Yang Patut Anda Lakukan?
- Jangan sesekali / dengan mudah berkongsi info peribadi kepada orang yang tidak dikenali
- Jangan sesekali click apa-apa links atau attachment pada SMS/MMS yang diberi
- Jangan sesekali mengikut arahan pihak tersebut untuk memindahkan wang anda ke mana-mana nombor akaun dan sebagainya.
- Lagi bagus abaikan atau letak je telefon if orang yang call tu tak faham bahasa/mencurigakan dan sebagainya.
If perkara ni ada terjadi dekat korang, cepat-cepat call pihak bank/official untuk membuat pengesahan. Dapatkan nombor pihak bank dari website/maklumat yang sah sahaja. Okay?
Heh, btw bercakap tentang penipuan ni, teringat pulak dulu pernah kenal dengan ada seorang penipu ni. Dia terbiasa menipu sampai dia tak perasan yang kita dah pun sedar tentang penipuannya itu. Even perasan je tentang penipuannya, biasa saya akan dengar & senyap je dan nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dengan penipuan dia tu. kekeke. Haish,, macam-macam kan sekarang. Kekadang kelakar2 je. hihi
Heh, btw bercakap tentang penipuan ni, teringat pulak dulu pernah kenal dengan ada seorang penipu ni. Dia terbiasa menipu sampai dia tak perasan yang kita dah pun sedar tentang penipuannya itu. Even perasan je tentang penipuannya, biasa saya akan dengar & senyap je dan nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dengan penipuan dia tu. kekeke. Haish,, macam-macam kan sekarang. Kekadang kelakar2 je. hihi
Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat. Happy weekday semua! =)
Zaman skrg ni kena lebih berhati2 sis.. banyak sangat penipuan online dan bermacam2 cara depa lakukan.. nak senang dgn mudah.. menakutkan..tu yg kita kena lebih alert..jangan mudah percaya dgn pelbagai tawaran @ apa pun yg mencurigakan..
ReplyDeletekan.. mcm2 org buat skg ni demi duit..
ReplyDeletebahaya sekarang ni, kena berhati2. sis saya rasa sis ada join GA saya kan. boleh cek nama pemenang ya kot cik yang menang.
ReplyDeleteSepatutnya ramai yang baca ni.
ReplyDeleteFrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
saya penah kena scam macam ni melayang 700 us dollar. TT
ReplyDeletesekarang ni semakin hebat teknologi..semakin bijak akal penipu nak cari cara untuk tipu orang..semoga kita berhati2 dan dijauhi...
ReplyDeleteAkak pernah terima panggilan dari penipu ni, nasib baik tak percaya.
ReplyDeletePaling bahaya kalau anak yg belum matang yg dpt. Mereka tak alert lagi.
ReplyDeleteSemakin canggih semakin dahsyat jenayah siber terjadi kan..
Mrs. A pun pernah terima called dan sms tapi dah boleh agak itu scammer terus delete dan block.
ReplyDeleteInfo dan peringatan yang bagus nad.. =)
ReplyDeletepernah org UK call abam nk bg hadiah konon. sebenarnya dia nk pau duit abam. mujur la abam dah tahu taktik dia..
ReplyDeletekan...thanks for sharing info..salam perkenalan..
ReplyDeletemacam2 bahaya sekarang ni
ReplyDelete