Facebook Page

Saturday, 31 December 2016

Sebuah Kemaafan

Assalamualaikum & Hi Semua!

Apa khabar? Sihat? Menjelang tahun baru ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru semua! Semoga tahun yang bakal tiba ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Dah fikir azam tahun baru? Btw, banyak ke azam tahun lepas yang dah tertunai? Ke bakal di bawa ke hadapan? XD

Sempena tahun baru yang bakal menhelang ini ingin saya kongsikan gambar di bawah buat renungan kita semua :)


Semoga kita terpelihara daripada sikap-sikap 'pembuli' mahupun memberi mudharat kepada insan lain. Kita tak tahu hati manusia, mungkin dengan mudah kita menganiaya hidupnya kerana menyangka bahawa dia 'baik'. Owh takpelah esok lusa 'aku minta maaf , nanti dia maafkanlah. Kalau itu yang anda fikirkan, ternyata anda silap. Kerana tak semua orang pemaaf. Ada orang simpan sampai ke akhirat. 

Sebab tu ada pepatah mengatakan "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang." Sebab apa? Sebab untuk mendapatkan kemaafan seorang manusia ini sukar sebenarnya berbanding kemaafan Allah SWT. Sebab tak semua orang jenis memaafkan. Mungkin dia tidak membalas perbuatan anda. Tetapi, bagaimana pula jika saat kita menganiaya dirinya, hatinya telah terdetik sesuatu yang buruk? Nauzubillah. Ingatlah bahawa doa-doa insan teraniaya itu sangat didengari sang penciptaNya.

Semoga kita dijauhkan daripada sikap-sikap pembuli mahupun yang memberi mudharat kepada insan lain. Dan elakkan untuk 'masuk' kedalam hidup seseorang, jika rasa anda hanya akan memberi mudharat kepadanya. Bak kata pepatah lebih baik mencegah daripada 'merawat'.

Kadang-kadang benda macam ni lah yang kita terlepas pandang. Stay alert. Ingat ayat di bawah ini:

"HABLUMINALLAH, HABLUMMINANNAS"


Pelihara hubungan kita dengan Allah, dan pelihara hubungan kita dengan manusia. Semata-mata untuk mendapat redha Allah. InsyaAllah . Amin


20 comments:

  1. Setuju, jgn fikir yg diam je bila kita sakiti tu, dia bole redha, mgkn dlm hatinya dia terluka, kita tk tau kan, kadang yg pendiam ni pendendam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Tak boleh expect org yg baik ni macam malaikat. Lagi-lagi bila kesalahan yang dilakukannya terlalu besar dan berat. Mungkin menyebabkan seseorang itu sukar untuk memaafkan. Kena fahami situasi dia juga :)

      Delete
  2. Terima kasih ingatkan. ^^v

    Happy new year jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama awak ;) happy new year 😍😘

      Delete
  3. Satu perkongsian yang bagus sebelum melangkah ke tahun baharu. Semoga tahun akan datang jauhkanlah diri dari suka menyakiti orang lain.

    Selamat tahun baru Nadhie Wueen. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. insyaAllah. Moga Allah permudahkan semua urusan dunia & akhirat kita. InsyaAllah. Amin.

      Selamat tahun baru awak ^^ 😍😘

      Delete
  4. kita tanam tekad tahun baru supaya tidak menyakiti hati orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul :) insyaAllah. kita sama2 buat yg terbaik

      Delete
  5. Aminnnn..

    Selamat tahun baru nadhie

    ReplyDelete
  6. Tidak rugi memohon kemaafan dan tidak rugi juga memberikan segala kemaafan biarpun terasa berat di mulut mahupun di hati.

    Semoga tahun ini memberi segala kebaikan buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. amin. Semoga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya :)

      Delete
  7. betul. lagi lega kalau ada tak puas hati, terus ja cakap face to face, settle! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! hehe. Selamat tahun baru sis :)

      Delete
  8. allahurabbi mohon jaga hati sendiri dan juga hati orang lain..
    salam tahun baru > hihi 5 jan dah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. penting jaga hati sendiri. kdg2 bila terlalu menjaga hati org dan membiarkan hati kita terluka, in the end keadaan akan semakin keruh. :) apapun selamat tahun baru jugak awak! takpa awal lagi. hehe

      Delete
  9. thanks ingatkan. azam tahun baru ni

    ReplyDelete
  10. Saya pun nak ucap tahun baru.
    Dah 8 hb januari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okay boleh lagi ni. hihi. Selamat tahun baru jugak Adam :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...