Saturday, 27 February 2016

Tips Interview Q&A


Assalamualaikum,

Harap perkongsian ini membantu bagi sesiapa yang akan menjalani sesi interview. Kak just kongsi daripada page dekat facebook. Lupa pula page apa. Neway, good luck for those yang akan menjalani sesi interview!


































Tqsm for reading. Hope this helps :)





credit to : photos owner

Peringatan Untuk Diri



Assalamualaikum,

Kadang-kala kita leka dan kadang-kala kita alpa. Selalu berlaku di saat-saat kita sedang mengecapi kesenangan.  Disebabkan itu, sentiasa perlu ada pengisian untuk diri kita seperti selalu ke majlis-majlis ilmu, bercampur dengan orang-orang alim, mendengar ceramah di youtube/televisyen/surau, kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya, agar diri kita tidak akan terus lupa dan alpa.

Jaga solat setiap waktu. Kerana solat adalah titik perubahan utama dalam diri kita. Bermula dengan menjaga solat setiap waktu, diikuti dengan solat di awal waktu dan akhirnya cuba mencari kekusyukan dalam solat. InsyaAllah. Moga saat itu kita akan dapat ketenangan yang kita cari. 

Setelah itu berjihad lah pada diri untuk melazimi lidah dengan zikir-zikir harian. Semoga kita akan sentiasa dekat dengan sang pencipta. Aminn..




Ingatlah. Seperti kata-kata di atas. Jika kita mahu pertolongan Allah swt di saat-saat sukar, ingatlah Dia selalu di saat kita kesenangan. Moga Allah swt akan sentiasa mengurniakan kita ketenangan yang kita cari. Amin!

Dan mana yang baik itu, selalulah kita kongsi bersama untuk peringatan sesama kita. Semoga bermanfaat. Aminn!

Thursday, 25 February 2016

Cara remove / buang virus shortcut dari pendrive.





Ada sesiapa tak yang pendrive dia tiba-tiba jadi macam ni? Lagi-lagi time dah last minute nak hantar assignment , thesis, manuskrip dan lain-lain. Mesti rasa dunia macam gelap je kan time tu. Okay, jangan pening-pening. Cuba ikut je step dekat bawah ni. 

1) Okay mula-mula masukkan pendrive. Buka my Computer.

2) Kenal pasti lokasi pendrive samada E, F, G atau sebagainya.

2) Scan pendrive terlebih dahulu.

3) Lepas je scan, klik balik dekat My Computer, klik Tools, kemudian, Folder Options, lepastu View. Time tu akan nampak kotak show hidden files. Then klik je yang tu.

4) kemudian buka balik pendrive kita. Then akan nampak folder yang shortcut tadi actually sudah di hiddenkan oleh virus tadi. 


5)  After that untick yang hide extension dengan hide protected tu. Nanti akan nampak semua isi dalam window.



6) Klik kat Start, Run, dan taip cmd. Then, skrin hitam aka command prompt akan muncul.


Just taip command seperti di bawah :



attrib -h -r -s /s /d F:\*.*


(yang berwarna merah tu adalah lokasi pendrive kita,f contohnya. If pendrive anda g, taip g dekat merah tu ) Kemudian, tekan button Enter


7)Then, skrin hitam ni akan ambik masa nak loading. So, tunggu jelah sampai second command muncul. 

8) So, lepastu boleh terus delete semua folder shortcut tu.

9) Lastly, kena normalize balik setting yang dekat My Computer tadi, Just tukar jadi macam asal balik.  Macam tadi pergi balik dekat My Computer, klik Tools, kemudian, Folder Options, lepastu View

10 After nampak second command,  bukak balik pendrive anda. Dan anda akan nampak folder yang dah di hidden kan tu back to normal.

11) Kalo tadi unclick, kali ni click yang hide extension dengan hide protected tu. Penting untuk memastikan anda tidak terusik folder-folder penting di windows anda. 

Okay, dah. sampai setakat ini sahaja. If tak faham atau ada apa-apa soalan bolehlah tinggalkan di ruangan komen kat bawah ni. Sekian :)




Sumber gambar: google






Beza prolog dan epilog




Mungkin ada yang tertanya-tanya... Apa itu prolog? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan epilog?


1. Prolog 
Bermaksud prakata. Merupakan pembukaan sesuatu cerita atau peristiwa dan akan diikuti oleh Bab 1. Biasanya prolog akan di hiasi dengan pantun, sajak , syair, imbas kembali atau sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam sebuah penceritaan.


2. Epilog.. 

Apa itu epilog? Epilog biasanya adalah ringkasan atau bahagian akhir sesebuah cerita. Biasanya ditulis untuk menjadikan sebuah cerita itu lebih menarik lagi.



Sekian, daripada saya. Harap info ini membantu :)


rujukan : blog @Nurul Farehah Jaamad


Sunday, 21 February 2016

CERPEN: MIRAGE ( Part I)



  
         
 'Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri....'


Di luar jendela, hujan telah mula berhenti. Awan-awanan mula berarak perlahan. Mentari mula menampakan diri. Tersenyum riang di dada langit. Dan dia masih lagi di situ, lena dibuai mimpi yang indah bagai tidak berkesudahan. Sedikit pun lenanya tidak terganggu dek kedatangan mentari yang memancar-mancar ke muka jendela.

Naufal hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat kelakuan sahabatnya yang sering bangun lewat kebelakangan ini. Lenanya tidur Asyraf bagai tidak mahu bangun untuk beribu tahun lagi. Bagai ingin terus lena bersama mimpi-mimpinya yang indah. Kelihatan nyenyak sekali. Melihatkan lena Asyraf  itu, bagai tidak sampai pula hati Naufal untuk mengejutkannya dari tidur. Tetapi tidak kali ini, Asyraf harus dibangkitkan apatah lagi sahabatnya itu telah banyak kali ketinggalan kuliah. Dari hari ke hari, prestasinya semakin merosot. Bimbang Naufal di buatnya.

“Raf, wake up Raf...,” saat ini suara Naufal seolah-olah bergema-gema di telinga Asyraf.

‘Ah, dari mana datangnya suara itu? Di mana aku sekarang?’ suara hati Asyraf berbicara sendirian. Segalanya menjadi gelap-gelita. Asyraf tergapai-gapai mencari arah. Hatinya resah-gelisah. Taman bunga yang indah bersama kelibat seorang gadis yang dikejarnya sebentar tadi menghilang sekelip mata. Tergapai-gapai dia sendirian mencari arah. Perasaan begini... memang menyakitkan...

“Raf! Bangun Raf!! Raf, kenapa dengan kau ni?!” cemas kedengaran suara Naufal bergema di telinga Asyraf saat ini. Risau Naufal tatkala dilihatnya peluh jernih merenik di dahi sahabatnya secara tiba-tiba. Seolah-olah dia sedang mengalami mimpi yang ngeri tika ini.

Saat ini mata Asyraf terbuka. Tercungap-cungap dia menarik nafas. Segala-galanya menjadi cerah semula. Namun di dalam suasana yang berbeza. Saat ini wajah Naufal terjengul  di ruang matanya. Wajah yang bukan di harapkannya tika ini. 




* * * * * *
   .
Saya sukakan bunga ros putih. Sebab bagi saya ia melambangkan cinta yang suci dan abadi terhadap seseorang. Begitu juga dengan warna putih. Awak tahukan saya sukakan warna putih?”  Masih terngiang-ngiang lagi suara lunak gadis itu suatu ketika dahulu. Ketika gadis itu sedang tekun mengatur bunga-bungaan segar di kedai bunga tempatnya bekerja. Tanpa disedari dia tertarik dengan keayuan dan kelembutan yang dimiliki gadis itu.

Asyraf tersenyum sendirian. Bahagia setiap kali bayangan wajah si dia bermain-main di ruang mata. Inikah rasanya cinta? Buat pertama kali di dalam hidupnya, dia benar-benar jatuh cinta. Indahnya.. dan dia mula mengatur agenda. Pada malam itu seperti yang telah dijanjikan mereka akan bertemu di sebuah restoren eksklusif yang telah ditempah khas Asyraf untuk mereka. 

Dalam ketidaksabaran menanti detik indah itu, Asyraf cuba menahan debar di dada. Buat pertama kali di dalam hidupnya dia akan melamar seorang gadis untuk dijadikan permaisuri hatinya. Oh, alangkah indahnya hidup ini andainya dia sebagai raja dan si dia sebagai ratu! Saat itu, dia tersenyum sendirian tatkala sejambak bunga ros putih kesukaan gadis itu bakal di berikan kepadanya.

“Saya cintakan awak Iris. Kita kahwin? ” lamar Asyraf sambil menyuakan sebentuk cincin berlian membuatkan Irisha terdiam tanpa kata sambil perlahan-lahan mula menyarungkan cincin itu ke jari manis Iris. Namun, belum pun sempat cincin itu selamat disarung ke jari manisnya, tiba-tiba jari manis Irisha menepisnya sehingga terpelanting cincin itu. Cincin itu bergolek keluar dan jatuh ke lantai. Asyraf terkedu.

“Maaf, saya tak boleh terima cinta awak... ” ujar Irisha tiba-tiba, kelihatan sayu sambil bingkas bangun dari situ. Tika itu, berubah wajah Asyraf.

“Nanti Iris... Apa maksud awak? Saya tahu kita saling menyintai... ” ujar Asyraf kedengaran kecewa sambil turut bangkit dari tempat duduknya.

“Awak dah salah faham Raf.. Selama ini saya anggap awak tak lebih macam abang kandung saya sendiri. Maafkan saya Raf... Maaf sebab buat awak salah-faham. Maaf...,” tepis Irisha , kedengaran kesal suaranya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Asyraf terpinga-pinga sendirian di situ. Wajahnya kelihatan sayu sekali saat itu. Begitu juga staff-staff yang bertugas di Restoren mewah itu. Masing-masing seolah-olah bersimpati dan kesal dengan apa yang berlaku.

‘Apa semua ini Iris?’ Asyraf tertanya-tanya sendirian. Perlahan-lahan sebutir air hangat mengalir lesu di pipinya.

“IRISSSS.......!!!!!!!”


Mr.Haikal Asyraf!!” Saat ini wajah Prof. Smith menjengah ke matanya membuat Asyraf tersedar dari lamunannya. Rupanya dia kini sedang berada di dewan kuliah  di University of Manchester bersama beratus pelajar lain  yang datang dari seluruh Negara.

“What’s the matter? What’s wrong with you? Why didn’t you answer me?” kedengaran keras suara Prof.Smith yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di situ.

Saat itu, barulah Asyraf menyedari semua mata sedang memandang ke arahnya. Kedengaran suara-suara sumbang berbisik sesama mereka.






* * * * * * 




Naufal hanya memerhatikan sahaja tingkah Asyraf yang kelihatan semakin ganjil kebelakangan ini. Awal-awal lagi lelaki itu telah masuk tidur tanpa sedikit pun mengambil kisah dengan tugasan kuliah yang berlambak-lambak. Berbeza betul dengan sikapnya ketika mereka sama-sama menyambung pelajaran di Malaysia dahulu. 

Asyraf yang dulu ghairah menyiapkan tugasan dan tidak suka menangguh kerja, tetapi kini?? Hmm... beginikah akhirnya cinta? Merana setelah dicurahkan segala? Iya, Naufal tahu. Sudah setahun berlalu Asyraf putus cinta dan sehingga kini Asyraf masih lagi tercari-cari kelibat gadis itu yang dikatakan telah menghilangkan diri secara tiba-tiba setelah menolak cintanya. Disebabkan itu, ibunya menghantar Asyraf menyambung pengajiannya ke peringkat Master di luar Negara.

Deringan telefon bimbitnya yang berbunyi tidak jauh darinya lantas menyedarkan Naufal dari lamunan. Pantas panggilan itu disambut, kedengaran suara Datin Rafiza , ibu Asyraf di talian.

“Macam mana keadaan Raf sekarang? Dia okey tak ? Selalu tak keluar lewat malam? Bagi auntie dia okey kalau selalu pulang lewat malam...” kedengaran pelik soalan Datin Rafiza di talian untuk memastikan anaknya di dalam keadaan baik. 

Namun, itulah diri Asyraf yang sebenar suatu ketika dahulu sebelum mengenali gadis yang bernama Irisha itu. Pergi ke Kelab Malam dan selalu pulang lewat malam adalah rutin harian Asyraf suatu ketika dahulu.

“Entahlah auntie... Susah nak cakap. Macam semakin kronik aje...selalu mengelamun, khayal dan adakalanya senyum sendiri. Dia nampak macam orang angau setiap masa. Nak kata ambil dadah tidak pulak. Saya dah periksa semuanya. Nak kata selalu keluar lewat malam pun tak ada pulak... Sebaliknya kalau boleh 24 jam aje dia nak terperap kat dalam rumah ni. Asyik nak tidur aje macam dah tak nak bangun-bangun lagi....” kedengaran sedikit mengeluh Naufal meluahkan apa yang dilihatnya. Dia benar-benar bersimpati dengan Asyraf. Sudah puas dia cuba mencungkil isi hati Asyraf, tetapi tidak berjaya. Asyraf kini bagai asyik dengan ‘dunia’nya sendiri.

“Semakin kronik?? Aa...apaa.. maksud kamu? Ada lagi ke perkara pelik yang dibuatnya?” soal Datin Rafiza takut-takut, kedengaran bergetaran nada suaranya.

“Err.. ehem.. auntie, bekas kekasih Raf dulu pakai cermin mata ye?”

“Macam mana kamu tahu? Kamu pernah jumpa perempuan tu ke dulu? Atau Asyraf tunjuk gambar dia pada kamu??” kedengaran bengis nada suara Datin Rafiza secara mendadak.

“Bukan..bukan macam tu auntie... Cuma sejak kebelakangan ni Raf setiap kali nampak perempuan pakai cermin mata, tak kisahlah di mana-mana pun mesti dia toleh, cari... kejar... Sampaikan mak cik cleaner yang dah tua tu pun dia ingat girlfriend dia jugak.. Parah betul...” adu Naufal serius, namun kedengaran lucu nada suaranya mengakhiri kata-katanya. Bukan bertujuan mengejek tetapi, keletah sahabatnya yang bagai orang tengah angau teruk itu kadang-kala mencuit hatinya.

Datin Rafiza termangu seketika. Mendengarkan kata-kata Naufal itu, membuatkan jantungnya bagai di sentap-sentap tiba-tiba. Dan talian di putuskan.

 






 Bersambung..



CERPEN: Siapakah Di Hatimu?

    sumber gambar : google



Pagi itu, tatkala mentari mula terbit dia berteleku di situ. Memerhatikan fajar mula menyingsing dan melihat sang camar yang berterbangan riang untuk mencari rezeki. Namun, hatinya tidak seindah hari yang menjelma.

“Kenapa menangis ni?” Soal Daniel sambil duduk di atas pangkin kayu itu bersebelahan Nabeehah.

“Eh, mana ada saya tak nangislah..,” Nafi Nabeehah lantas berpura-pura ceria sambil cuba menyembunyikan kesedihannya. Sedaya dia tersenyum semanis mungkin meskipun jauh di sudut hati dia jua tidak begitu menyenangi kehadiran Daniel pada ketika itu. Mengapa insan lain yang diharap insan lain yang datang?

“ Eha, jangan cuba tipu abang. Abang tahu awak nangis. Awak takkan dapat sembunyikan kesedihan awak dari abang..,” ujar Daniel prihatin.

“Abang Dani ni ada-ada ajelah. Erm.. kalau saya nangis pun apa salahnya, dapat buat senaman mata..,” ujar Nabeehah tersenyum ceria sambil sempat berseloroh. Tanpa sedar sedikit sebanyak kehadiran Daniel menyenangkan hati jua meskipun kehadirannya sebenarnya tidak diharapkan. Lantas dia bangkit dari pangkin kayu itu dan berjalan ke arah pesisiran pantai.

‘Kalau awak menangis abang pun akan sedih juga, Eha. Eha, apa sebenarnya yang membuatkanmu sedih? Dan mengapa kau seolah-olah menjauhkan diri daripadaku?’ bisik, hati kecil Daniel sayu sendirian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...