Monday, 28 March 2016

Cara Screenshot Untuk Kebanyakan Jenis Telefon Android





Assalamualaikum & Salam sejahtera semua,

Apa kaba? Sihat ke? Moga-moga semua sihat dan berada dalam rahmat Allah. InsyaAllah.. amin. 
Macam suatu ketika dulu, kalau nak ambik screenshot ni biasa phone tu mesti dah install dengan Android Developor tools. Dan tidak semua jenis telefon android ada function untuk screenshot. Tetapi, pada hari ini, kebanyakan jenis android, basically android 4.0  berkebolehan untuk mengambil screenshot dengan hanya menekan beberapa jenis button.

Hari ni ahkak nadhie nak share something yang basic. Pada anda dekat luar sana yang mungkin tidak perasan atau tidak tahu lagi. Tidak perasan apa? Okay, maybe tak perasan atau tak tahu yang semua jenis phone android boleh ambik screenshot. Dan hampir semua menggunakan cara yang sama. *masa mula2 pakai fone android dulu, saye pun tataw yg fone saye tu boleh amik screenshot tau. sbb murah so, ingatkan function tu takda :p*

Maybe ada sesetengah tu *macam samsung* dia sediakan button or apps, or function tertentu untuk screenshot. Tapi , ada sesetengah tu memang tak ada langsung. So, ada lah nanti orang yang akan tercari-cari tak habis-habis dekat mana function untuk screenshot tu. *samelah dulu..T_T

Okay, senang je sebenarnya. Macam ni caranya..

Just tekan "Power" button serentak dengan button "Volume Down". So, automatik korang akan print screen fone korang.

Okay, untuk Samsung Galaxy pula lain sikit, kena tekan "Home" button dan "power" button serentak sampailah fone korang screenshot.


Dan macam biasa, gambar yang dah print screen tu akan automatik masuk dalam galeri fone korang, dalam folder screenshot. So, korang carilah kat situ ek. Macam tu jerr. Simple kan? :)

Okay, sekian sampai di sini sahaja entri pada kali ini. Moga info ini berguna dan bermanfaat buat semua. 

Sekian, thanks sudi baca =)

Wednesday, 23 March 2016

Remove Media Auto-Download Di Aplikasi Whatssapp Messenger Anda!

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...

Sihat ke? Hopefully semua sihat-sihat belaka. :) Hari ini ahkak nadhie ingin berkongsi sedikit info berkenaan aplikasi whatssapp Messenger anda. Rata-rata hampir semua orang pakai aplikasi ni kan sekarang? Ye tak? Tapi, tak semua orang tahu fungsi-fungsi sepenuhnya di aplikasi ini? So, hari ini nak share tips sedikit...

Sebelum tu, nak tanya..

Semua orang ada group whattsapp kan? Kadang-kadang ada yang sampai berbelas group. Dah tu setiap kali ahli group yang lain update gambar, video , status atau share something, tahu-tahu gambar-gambar dan video tu semua dah ada dalam galeri fone korang. Dan tak pasal-pasal memori fone korang penuh dek gambar-gambar dan video-video tu jek. Sampai jam jam dibuatnya. Kadang-kadang tak pepasal habis bandwitch internet kita. Lebih haru bila ada yang share gambar2 seram, tak best, menakutkan, tak senonoh dan sebagainya. Nak left group pulak takut ada yang terasa hati pulak.

Okay, so untuk entri kali ini saye nak share macam mana nak remove media auto download atau pendek kata, fone korang tak akan  auto download gambar-gambar atau media-media yang korang tak nak. Ada paham? hihi



Okay camni cara-caranya...


   1. Mula-mula buka aplikasi "whatssapp messenger" korang tu.


   2. Kemudian buka "settings" fone korang



   3. Okay, lepas tu tekan "Chats and Calls"


5 Soalan Dari Ucing Versi 2



http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/03/5-soalan-dari-ucing-versi-2.html

Hi Blogger. Segmen Soalan Dari Ucing Versi 2 kembali.Jawab Lima Soalan dari Ucing ,Ada Berani .?Follow Blog Ucing atau Google +.Copy Code yang Tersedia di Bawah .Buat tajuk "5 Soalan Dari Ucing Versi 2" dan Publish . Tinggalkan Post Anda di Ruangan Komen  Di Sini.Tag Rakan Anda untuk Sama-sama menjawab 5 Soalan Dari Ucing Pastikan Dia Tahu..Segmen Tamat 25-3-2016.(^x^) miau..miau...

1) Ayam Berkokok ..Hari mau...?  

 Jawapan Anda.. Siang

2) Kucing Jadi Harimau,Harimau jadi Kerbau,Kerbau Jadi Lembu,Manusia Jadi...?

Jawapan Anda......Heran

3) Kucing Jadi Ayam,Harimau jadi Ayam,Kerbau jadi Ayam,Ayam jadi...?

Jawapan Anda......marah. hihi

4) Seekor kancil mencari Makanan di Hutan lalu ternampak Makanan dan satu ekor Harimau.kancil makan makanan tersebut tanpa takut mengapa .?

 Jawapan Anda......Sebab harimau tu di seberang sungai :D

5) Sepasukan Orang Gila main Bola di Pesawat.Oleh kerana terlalu Bising co-pilot pun Marah."Hey..! kalau Nak Main Bola keluar.!".Lalu Orang Gila itu pun keluar .(Maklum lah Orang gila).Soalan nya Siapa kah yang terselamat dalam Pasukan tersebut.?

Jawapan Anda......Pemain simpanan kowt .hihi



BLOGWALKING By CORETANKU


Klik Banner untuk Join!

TARIKH MULA & TAMAT SEGMENT

18 Mac 2016 Hingga 31 Mac 2016

Pemenang akan diumumkan pada 01 April 2016

5 Blog Yang Bertuah akan dipilih secara Random.org Dan akan dimasukkan dalam Bloglist Coretanku Selama 3 Bulan.
Jom join! :D

Segmen Blogwalking + Bloglist #3


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
( https://1.bp.blogspot.com/-kmFlBN0fSk0/VuLagarf9OI/AAAAAAAAA5o/_RTam2maZHc76aWve6K59Bo-7keQHXe3A/s320/IMG_20160110_221755.jpg )

(klik banner kalau nak join)

Tamat : 29 March 2016

Tuesday, 22 March 2016

Cara Mudah Detect Virus Pada URL dan File anda!




Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Pernah tak korang rasa was-was masa nak bukak sesuatu link yang diberikan? Atau maybe lepas download software, korang rasa ragu-ragu nak extract, install mahupun menggunakan software tu? *kalau pernah angguk* Takpun konon-konon dia cakap tu link untuk download movie batman vs superman, tapi bila click, tak dapat download. Yang dapat hanyalah virusess. huhue


Atau pernah tak bila dah download software dan install software tu, tiba-tiba computer korang hang, dan antivirus detect ada virus dekat computer korang... Then, time tu panik memang tak tahu nak cakap apalah kan.. Rasa stress sangat-sangat! Lagi-lagi time tu korang tengah buat assignment ataupun menyiapkan kerja-kerja penting di laptop korang. Last-last, kena format laptop. So sad :'( 


Okay, jangan sedih, jangan panik. Yang dah berlalu tu biarkan berlalu. Yang penting kita move on k. Improve diri untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya. hehe. Pada yang tak pernah kena tu, alhamdulillah. Tapi, apapun tak salah kan kalau kita amik langkah berjaga-jaga ni untuk kemudian hari? hihi. So ,info yang saya nak kongsikan pada hari ini ialah... *jeng jeng jeng* bunyi gendang pun kedengaran



Scan URL Dan File Anda Dengan Virus Total Sebelum Download Apps


Untuk memastikan URL ataupun link yang kita click tu selamat, so sebelum click tu, copy dulu link tu, then bukak website Virus Total ni. Dan paste kan URL korang tadi dekat kotak URL tu. Then, tekan je scan okay!



Website ni akan loading URL korang tu untuk seketika, then barulah result tu keluar macam dekat bawah ni . Ni contoh je k, saye masukkan URL blog sendiri, korang masukkan URL atau links yang korang nak bukak @ download tu. Jangan masukkan URL blog saye pulak. kekeke






So, kalo dapat result "clean site" dan detection ratio "0", bermakna memang selamat lah link/URL yang anda nak buka atau download tu. Tak payah risau dah. :) boleh terus download dengan senang hati.


Untuk folder/Software/program yang korang dah download pun macam tu jugak. For more safety, tekan je button choose file tu dan pilih file mana yang korang nak scan tu. If result semua okay dan clean, then bolehlah korang guna file tu k! 


Okay, dah. Setakat ni je perkongsian untuk hari ini. Moga membantu dan bermaanfaat buat anda semua. sekian :)

Friday, 18 March 2016

Software Penting Yang Perlu Ada Dalam Laptop




Assalamualaikum guys,

Dah nak dekat pukul2 pagi ni , masih lagi tak tido . Ahkak Nadhie ada ha.. kat tempat keje ni mengadap je tv2 banyak2, busan pulak. So nak share lah software-software yang penting bagi ahkak & patut ada pada laptop kita.

ANTIVIRUS
First of all, software basic dan penting yang perlu ada dalam laptop anda sudah tentu adalah antivirus. Dengan adanya antivirus laptop dan PC kita akan berada dalam keadaan selamat. Terutamanya ketika melayari internet, mencucuk pendrive asing di laptop dan lain-lain lagi. Tanpa antivirus, PC akan mudah terdedah dengan kehadiran malware, spyware, worms dan lain-lain. 

Jangan tak tahu kehadiran virus-virus ni bukan sahaja akan menyebabkan kita terdedah dengan kehilangan data di computer, kekacauan pada system computer anda dan akhirnya akan menyebabkan kerosakan pada computer! Selain itu, berkemungkinan besar maklumat akaun bank juga akan diintai! Bahaya woo.. sangat bahaya! 

That’s why kesedaran untuk memastikan PC anda berada dalam keadaan selamat sangatlah penting. Ahkak Nadhie tak dapek nak tulun dek oi kalau maklumat akaun anda kena intai. Papepun sebelum nak online bank pesuma pastikan PC yang digunakan tu benar-benar safety. Selain itu, if guna chrome, buka “new incognito windows” dan pastikan link yang dibuka adalah betul dan mesti "https" . Okay lari topic dah… Papepun, paling basic pun if tak ada antivirus gempak mcm kapersky, Norton, so download lah Microsoft security essential. Antivirus for windows. Btw boleh download di laman web microsoft k.



CCLEANER (System maintenance)
CCleaner merupakan software kedua penting yang perlu ada dalam laptop kita. Tujuan ccleaner ni samalah seperti nak meringankan atau membersihkan laptop kita. Ahkak cadangkan ada baiknya adik-adik guna ccleaner ni sebelum dan selepas browsing internet. Selain daripada itu, ccleaner adalah platform mudah untuk kita view apa yang ada dalam programs and features di laptop kita, mudah untuk uninstall software, membersihkan cookies, history, scan for registry issue, manage our startup, driver wiper, system restore dan lain-lain. Aih.. pendek kata memang terlalu banyak lah functions dia untuk system maintenance PC kita. Tak kisahlah kita pakai laptop or desktop computer, yang penting software ni kena ada. hihi





WinRAR (File Compression)
Biasanya kena ada supaya senang untuk kita extract file yang telah di compress dan download daripada internet kepada bentuk asal file tu. Contoh paling senang kat sini yang ahkak Nadhie boleh bagi bila korang download subtitle file, kebanyakan dalam bentuk WinRAR Uploader compress selalunya bertujuan untuk data safety sebenarnya. Supaya data tak corrupt , kena virus dan sebagainya.



Thursday, 17 March 2016

Apa Itu Backup Data?



sumber gambar: google

Assalamualaikum,

Masih ada yang tidak tahu apa itu backup data? Okay, dun wurry, dekat sini Kak Nadhie akan menerangkan serba sedikit tentang apa itu backup data di komputer anda. Entri kali ini pendek je untuk memberi serba sedikit pengenalan tentang tujuan membackup data di komputer anda. Apa itu backup data? Kenapa perlu backup data? Kepada sesiapa yang masih tidak tahu apa itu backup data, kat bawah ni saya list kan okay? 

 Apa itu backup data?
Backup data adalah apabila kita menyalin atau memindahkan data-data dalam hdd computer daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Data-data yang dimaksudkan terdiri daripada systems windows, driver, software, video, audio, file dokumen dan sebagainya.

·      Kenapa perlu backup data?
Tujuan backup data adalah untuk memastikan kita boleh mengembalikan data yang hilang atau rosak menggunakan data yang telah dibackup (samada dijangkiti virus, computer problems, blackout atau berpunca daripada kecuaian kita sendiri) kepada data asal, melalui data yang telah di backup itu tadi.

·      Cara backup data
Bagaimana cara untuk membackup data? Cara backup data boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui internal hard disk itu sendiri seperti local disk c, external hdd, CD R/RE, DVD R/RW ataupun dengan menggunakan software backup yang boleh di download secara percuma di internet ataupun diperolehi di kedai-kedai computer.

Okay sekian daripada saya tentang pengenalan membackup data di komputer anda. Diharapkan entri ringkas ini mampu memberi serba sedikit pemahaman kepada anda tentang tujuan dan kepentingan kita membackup data di komputer. Okay, sekian daripada saya. Semoga bermanfaat :)

Wednesday, 16 March 2016

Cari Rumah Sewa, Bilik Sewa, Pilih Roommate dan Iklankan Bilik Untuk Disewa Di Hidup.my

Assalamualaikum guys,
Ada yang sedang runsing mencari rumah sewa atau bilik sewa yang sesuai? Risau memikirkan bayaran sewa bulanan dan roommate yang tidak dikenali? Atau mungkin anda juga sedang mencari penyewa? Dan ingin mengiklankan kekosongan bilik untuk disewa?
Usah risau, usah runsing. Hari ni Kak Nadhie nak kongsikan cara mudah dan menjimatkan masa untuk mencari rumah/bilik sewa mengikut budget yang anda mampu, mencari roommate, penyewa ataupun mencari platform untuk mengiklankan bilik sewa . Di sini Kak Nadhie akan terangkan serba sedikit mengenai laman web Hidup.my yang merupakan platform untuk anda mendapatkan bilik sewa, roommate, mahupun penyewa.


Yang bestnya bila guna Hidup.my sebab ada beberapa options diberikan untuk memudahkan anda. Antaranya ialah:-
1. Bilik/Rumah sewa mampu milik 
Melalui portal Hidup.my anda juga akan mudah untuk mencari bilik sewa mengikut kemampuan dan kawasan yang di inginkan. Just click je Search rooms, then masukkan kawasan dan pilih harga rumah/ bilik mengikut kemampuan anda! Mudah bukan?


2. Boleh pilih roommate/housemate
Selain daripada boleh pilih bilik dan bayaran sewa bulanan mengikut budget anda, anda juga boleh memilih roomate/housemate dekat sini. Selain itu, anda juga boleh memilih penyewa bersama. Yelah manalah tahu, kebetulan ada bilik kosong di rumah sewa anda, tak akanlah nak biarkan kosong je kan? Lebih baik rasanya mencari penyewa untuk memeriahkan lagi bilik yang kosong tu. hehe. Just click je link find a housemate k


3. Boleh iklankan bilik sewa secara percuma di sini.
Selain itu, diportal Hidup.my juga, anda tidak perlu susah-susah untuk mencari platform sesuai untuk mengiklankan rumah sewa atau bilik sewa. Just daftar , isi form dan letakkan terms and condition anda di ruangan prefered. After that boleh iklankan di sini k. Jangan risau, semuanya percuma. 


Selain itu, Laman Web Hidup,my juga adalah mobile-friendly. So, bila buka guna fone je tak payah susah-susah dah untuk muat turun sebarang aplikasi android. Guna je website ni sepenuhnya. Sangat mobile friendly!
Kak Nadhie harap, moga perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan mereka yang masih tercari-cari bilik atau rumah untuk disewa terutamanya bagi mereka yang baru atau ingin memulakan pekerjaan di tempat baru. Atau juga mungkin sedang mencari penyewa bersama, Kak Nadhie doakan moga dipermudahkan semua urusan anda. Sekian. Moga bermanfaat ;)

Monday, 14 March 2016

Cara Betul Menggunakan Perkataan "Di"







Assalamualaikum..

Hai semua.. Sihat ke? Moga-moga sihatlah hendaknya dan mendapat perlindungan daripada Allah swt. InsyaAllah. Pada posting kali ini Kak Nadhie nak berkongsi cara menggunakan perkataan 'di' dengan betul. Walaupun di entri blog, Kak Nadhie tidak selalu menggunakan tatabahasa yang betul, tetapi sangat penting apabila kita bertujuan untuk menulis cerpen, novel atau sesuatu yang lebih official. 

Macam Kak Nadhie juga, mesti ada yang keliru macam mana nak guna perkataan 'Di' dengan betul. Samada perlu dekat atau jauh. Di sini Kak Nadhie akan berkongsi 'di yang dekat' dan 'di yang jauh' dengan harapan dapat menghapus sebarang kekeliruan pada kita semua. 


Menurut penulis daripada blog depsaafzan, ‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan. 

Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan.


Contoh:

1. Dibahaskan – dekat kerana ‘bahaskan’ adalah perbuatan/kata kerja
2. Dibakar – dekat kerana ‘bakar’ adalah perbuatan/kata kerja
3. Di perhentian – jauh kerana ‘perhentian’ adalah kata nama
4. Di rumah – jauh kerana ‘rumah’ adalah tempat
5. Di dalam – jauh kerana ‘dalam’ BUKAN perbuatan atau kata kerja"


Okay, setakat ini sahaja entri daripada kak Nadhie pada kali ini. Sekian daripada Kak Nadhie. Terima kasih sudi baca. Moga bermanfaat ;)



Cr : depsaafzan

Friday, 11 March 2016

Persediaan Sebelum Format Komputer






Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang ingin belajar dan sedang berjinak-jinak belajar format komputer, dekat sini Kak Nadhie nak kongsi tip-tip persediaan sebelum format computer. Bila tiadanya persediaan untuk format computer dan tidak tahu cara yang betul, ramai yang pakai sumbat je CD windows & terus format. Dan semua ni akan menimbulkan masalah kelak, contohnya hilang data dan sebagainya. So kat bawah ni Kak Nadhie akan list kan cara-caranya:



1. Backup kesemua data penting

Kesemua data penting hendaklah di backup terlebih dahulu di dalam partition lain atau external hard disk selain daripada Local Disk C, sebab  kita akan menginstall windows dekat C dan partition C akan dikososngkan dan diperbaharui dengan windows baru. Disebabkan itu, kesemua data-data anda yang disimpan di dalam partition Local Disk C akan hilang semuanya. So, backup boleh dibuat samada di partiton D atau external hdd.

2. Backup guna open source (jika perlu)

Ada sesetengah kes, windows corrupt dan maybe tak boleh log in windows. So, takkan nak terus format macam tu je kan? Dan menyerah serta membiarkan data-data penting anda hilang sebegitu sahaja? Semuanya? Tak mungkin kowt! Percayalah ada je cara dan ikhtiar lain seperti membackup data anda menggunakan open source. Biasanya Kak Nadhie guna open source macam Ubuntu, backtrack pun boleh kalo takda yang lain. Dapatkan ISO open source (secara percuma tak payah beli CD os dah) tu, then buat portable os dekat pendrive, guna software LiLy. Nanti kak Nadhie ajar camne nak guna. Kemudian barulah boleh loggin komputer kita dan backup data-data penting sebelum komputer diformat.


3. Simpan software-software dan driver penting untuk laptop.

Sebelum format laptop, kena ada simpanan perisian driver untuk komputer korang dengan tujuan selepas format korang boleh install driver tersebut dan komponen seperti audio, video, VGA, camera dan lain-lain. Sebelum tu , korang kena pastikan driver yang korang simpan tu adalah driver yang betul dan bersesuaian dengan laptop korang. Contohnya korang punya laptop Compaq tapi pergi download driver untuk Acer pula.


Sunday, 6 March 2016

CERPEN: MIRAGE (Part Akhir)

Sambungan dari MIRAGE Part1



"Siang malam termimpi-mimpi
Pagi petang tercari-cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi ... " 
- Mirage, Pesawat 

Datin Rafiza terduduk di sofa empuk di banglo mewahnya. Saat ini, kenangan lalu mula bermain-main dimatanya.
“Kau ke Nur Irisha Abdul Aziz?” soal seorang wanita separuh umur sambil memandang Irisha dari atas hingga bawah seolah-olah ingin menerkam sahaja gadis itu.
“Iya....sa....,” belum pun sempat menghabiskan kata-katanya satu penampar hinggap tepat di pipi kiri Irisha membuatkan dia hampir sahaja tersungkur. Irisha terkejut, tidak tahu mengapa dia ditampar tanpa sebab.
“Dasar betina gatal! Hei, betina! Jangan sesekali kau cuba ganggu hidup anak aku! Kau sedar tak kau tu tak setaraf dengan kami??!! Aku jijik dengan orang miskin macam kau! Tak sedar diri!! ” tempik Datin Rafiza, menyinga tiba-tiba tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.
“Kenapa?Apa salah saya puan? Lagipun siapa anak puan?”
“Jangan kau berpura-pura dan jangan sesekali panggil aku Puan! Panggil aku Datin! Aku Datin Rafiza, ibu Asyraf. Jangan sekali kau cuba dekati dia kalau tak nahas kau aku kerjakan budak miskin!!” Tengking Datin Rafiza sambil menunjal-nunjal dahi Irisha.
Irisha terduduk di situ. Dia benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Baru dia faham kini mengapa Asyraf begitu sukar untuk memperkenalkan ibunya kepada Irisha sebelum ini. Apatah lagi menurut wanita tua itu tadi, dia telah mempunyai calon menantu untuk anaknya.
“Asyraf....cinta tanpa restu tidak mungkin akan berkekalan...,” bisiknya sendiri. Tanpa disedari setitis air matanya gugur ke bumi.

              

* * * * * * 

“Mama, Raf tak boleh terima Nabella, Nabella bukan gadis idaman Raf. Tak mungkin Raf akan menyintai dia . Lagipun Raf sudah ada pilihan sendiri,”tegas Asyraf saat ibunya mencadangkan agar dia menerima Nabella.
 “Sayang, cinta itu boleh dipupuk. Mana tahu suatu hari nanti Raf akan jatuh cinta dengan Nabella. Lagipun dia berpelajaran, cantik dan setaraf dengan keluarga kita..,” pujuk Datin Rafiza lagi, tidak berputus-asa.
“Mama, selama ini Raf tak pernah minta apa-apa pada mama. Tapi, tolonglah untuk sekali ini sahaja.... Beri peluang pada Raf tentukan hidup Raf sendiri?” rayu Asyraf penuh mengharap.
 “Baiklah, sayang.... Jika itu yang terbaik...” jawab Datin Rafiza seolah-olah memahami sambil tersenyum penuh makna pada satu-satunya anak tunggalnya itu. Sedangkan sebenarnya hati kecilnya memberontak hebat. Dia bertekad tidak akan melepaskan gadis yang cuba merampas anaknya itu.
Thanks a lot mama! I love you till Jannah! Nanti Raf kenalkan Iris pada mama...!” ucap Asyraf sambil bersorak riang lantas mencium pipi mamanya.
Auntie.... auntie.. are you alright?” tegur Nabella lantas menyedarkan Datin Rafiza dari lamunannya. Saat itu, peluh jerih terasa membasahi dahinya.
“Eh, Bella bila sampai?” soalnya cuba beramah mesra dan menyembunyikan kegusaran di hati.
“Dah lama auntie.. tapi, auntie aje yang tak perasan.. pucat aje muka auntie, tak sihat ke?” soal Nabella menunjukan keperihatinannya.




* * * * * *

Malam itu Datin Rafiza tidak dapat tidur lena. Sekejap dia berkalih ke kanan dan sekejap lagi ke kiri. Peluh jerih membasahi dahinya. Kereta putih itu lagi. Seorang gadis dan titisan air yang membingitkan telinga. Gadis itu. Titisan air. Kereta putih.. Dan mimpi itu berulang-ulang tanpa mahu berhenti. Dia cuba berlari,  jauh... Sejauh mungkin dari semua itu. Tetapi, benda-benda yang sama itu tetap terus mengejar. Nafas Datin Rafiza tercungap-cungap. Dia terhenti di persimpangan jalan yang sunyi. Saat itu, terasa dosa-dosa silam seolah-olah menjerut batang lehernya sendiri.
“Pergi kau! Pergi kau!!!” Dia mula meracau-racau di dalam tidurnya.
Bunyi panggilan telefon yang berdering-dering membuatkan Datin Rafiza terjaga dari mimpi buruknya. Lantas dia mengurut dada yang terasa mencungap-cungap benar. Perlahan-lahan dia mencapai telefon bimbitnya. Panggilan dari Naufal.
"Hello.... Apaaa??!!” telefon bimbitnya terlepas tanpa dapat dia berkata apa-apa lagi.



* * * * * *

“Iris...ingat! Aku nak kau tolak cinta anak aku bila dia lamar kau nanti. ” masih terngiang-ngiang lagi ayat amarannya kepada gadis itu apabila dia mengetahui anaknya, Asyraf ingin melamar gadis itu.
 “Iris.... Iris... Iris...” sayup-sayup kedengaran suara Asyraf meracau-racau memanggil nama Irisha, membuatkan Datin Rafiza tersedar dari lamunannya.
 “Asyraf....Asyraf, ini mama sayang, ”  panggil Datin Rafiza cuba menyedarkan anaknya itu dari lenanya yang panjang. Sudah beberapa hari Asyraf koma di Hospital dan berada di dalam penjagaannya. Datin Rafiza sedikit lega apabila mendapati perkembangan positif anaknya meskipun agak tidak senang mendengar nama gadis itu disebut anaknya. Pantas loceng kecemasan yang terdapat di hujung katil wad kelas pertama itu ditekan bertujuan untuk memanggil doktor.  Sedikit pun dia tidak mahu berpisah dengan Asyraf.

Perlahan-lahan Asyraf membuka matanya. Cahaya terang yang menembusi bilik itu terasa cukup menyilaukan pandangan matanya. Dia mendapati suasana di situ terlalu asing baginya. Di mana Iris? 
Rasanya baru sebentar tadi dia melihat Iris, tersenyum penuh makna padanya. Tetapi, kenapa pula dia tiba-tiba terbaring di sini? Dan kenapa pula tubuhnya terasa amat letih? Letih sekali?
“Mama...,Raf... dekat mana?”  soal Asyraf sedaya upaya menguatkan dirinya meskipun terasa bisa di seluruh sendi-sendinya. Tekaknya juga terasa haus.
“Raf, kat Hospital sayang... sudah hampir seminggu Raf koma. Maafkan mama sebab paksa Raf belajar di luar negara. Mungkin disebabkan itu Raf jatuh sakit...,”ujar Datin Rafiza separuh kesal sambil membelai rambut anaknya itu.
“Mama...Iris mana? Raf rindukan dia ma...,” soal Asyraf lagi meskipun agak penat, spontan mati senyuman Datin Rafiza sebaik sahaja nama itu lagi disebut Asyraf.  Jiwanya merontak bagai hendak gila setiap kali  mendengar sebaris nama itu.
“Sayang, Iris dah tak ada, sayang...lupakan dia sayang...,” ucap Datin Rafiza lembut, meskipun hatinya berperang sesama sendiri. Sebolehnya dia cuba menahan kesabaran yang semakin menipis di dada.
“Apa yang mama merepek ni? Baru tadi Raf nampak dia ma... Raf nak jumpa dia ma...,”
“Asyraf, Iris dah meninggal dunia....,” Datin Rafiza masih cuba bersabar meskipun hatinya sudah mula menggelegak.
“Tak mama..., mama bohong . Kalau tidak kenapa Raf nampak dia tadi? Raf tahu, mama sengaja nak halang hubungan kami kan? “ucap Asyraf agak kecewa sambil menahan bisa yang bukan sahaja menjerut tubuhnya malah hatinya.
“Asyraf, Iris dah mati!! Dah mampus !!! kamu faham tak?? Mama yang upah orang untuk bunuh dia! Langgar dia sampai mati!! Mama sendiri nampak macam mana dia diseret sampai mati! Iya, kemalangan tu dirancang! Puas hati kamu sekarang??!!” tempik Datin Rafiza hilang sabar, tanpa sengaja meluahkan segala yang terbuku dihatinya dan ‘beban’ yang diciptanya selama ini. Setelah itu, barulah dia menyedari keterlanjurannya sebentar tadi. Dia tergamam sendiri.

 “Tak..Takk mungkin ma....Raf tak percaya! Iris tak mati macam tu....,” saat ini air mata Asyraf mula bercucuran. Dia teresak-esak sambil cuba menjauhi mamanya tanpa menghiraukan wayar yang berselirat di pergelangan tangannya.
Dia mula teringat kembali pada berita kematian Iris yang didengari beberapa hari selepas lamarannya ditolak. Berita itu memang terlalu memberi tamparan hebat padanya.
Disebabkan itu, dia menganggap Irisha masih hidup lagi cuma menghilangkan diri sahaja. Dia yang mengkhayalkan semua itu semata-mata untuk meneruskan hidup dan mencari sedikit kekuatan. Namun, dia tidak sangka bahawa semua itu membuatkan dia semakin parah.
“Maafkan mama Raf...mama terlalu sayangkan Raf. Mama tak mahu orang lain rampas anak mama...,”
“Raf tak sangka, mama memang kejam! Mama zalim! Sampai hati mama bunuh Iris! Sedangkan selama ini mama berpura-pura sukakan dia... kenapa ma??!! Padahal... Iris dah tarik diri sebelum mama bunuh dia lagi. Kenapa? Kenapa sampai bunuh dia ma? Dia... dia... tak berdosa pada kita...” ujar  Asyraf terlalu kesal  sambil terbatuk-batuk. Dan semakin lama semakin teruk batuknya sehingga dia tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Saat itu bersemburan darah merah dari mulutnya. Tubuh lelaki itu menggeletar seolah-olah terkena sawan. Namun kejang tiba-tiba. Dan akhirnya kaku terkulai layu di situ.
“Raf...semuanya sebab mama sayangkan kamu... maafkan mama Raf..,” Air mata penyesalan Datin Rafiza mengalir di pipi, namun sudah tiada gunanya lagi kerana Asyraf telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tubuh kaku anaknya yang tidak lagi bernyawa itu dipeluk erat. Air mata penyesalannya mengalir deras, namun sudah tidak berguna lagi. 
Silapnya kerana terlalu menyayangi anak sendiri secara berlebihan dan asyik membezakan pangkat serta taraf kedudukan seseorang sehingga sanggup melakukan jenayah. Tanpa menyedari bahawa anaknya itu adalah milik Allah S.W.T yang hakiki dan bila-bila sahaja Allah boleh menariknya daripada dia. Dia juga lupa bahawa manusia itu semuanya sama, yang membezakan adalah amal dan iman mereka kepada Allah S.W.T. yang menentukan dajat mereka di sisi Allah.  Dan kini, dia  kehilangan satu-satunya anak tunggal kesayangannya itu buat  selamanya. 
Masih terbayang lagi saat indah itu ketika dia melahirkan Asyraf dan menimang bayi comel itu.  Andai boleh diundur waktu, dia ingin kembali ke detik itu lagi.


TAMAT
Nadhiewueen, 2009

p/s : Maaf andai pengakhiran cerita ini tidak berakhir dengan bahagia, kerana secara realitinya tak semua kisah berakhir dengan indah. :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...