Monday, 25 April 2016

Pertemuan dan Perpisahan




Assalamualaikum semua…

Topik hari ini ingin saya ulas mengenai pertemuan dan perpisahan. Saya tidaklah sebagus mana untuk mengulas topik ini, kerana saya juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan pernah menangisi perpisahan. Namun, berharap moga-moga sedikit perkongsian ini dapat meredhakan hati-hati yang sedang bersedih, yang tercari-cari jawapan. 

Siapa yang suka kan perpisahan? Sudah tentu tiada siapa. Lagi-lagi jika pertemuan itu telah memberi kesan yang besar kepada kita. Setiap pertemuan pasti akan adanya suka duka, pahit manis dan meninggalkan kenangan yang boleh memberi kesan mendalam pada hati. Siapa jelah yang mahu semua itu berlalu pergi? Percaya atau tidak, setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Samada perpisahan sementara, jangka masa panjang mahupun selamanya. Ada orang kata jika tidak mahu adanya perpisahan, elakkan pertemuan. Tetapi, mampukah kita untuk mengelak daripada dipertemukan?


Kadang-kadang kita menangis bila ditinggalkan orang tersayang, terpaksa berpisah dan melepaskan orang tersayang, samada keluarga mahupun kekasih. Kita mungkin akan memberontak, menyesali takdir dan ada yang mungkin seolah-olah menyalahkan Tuhan. Astagfirullah alazim.  Tetapi, kita lupa yang aturan Allah itu cantik sekali dan setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmah disebaliknya kan? Kadang-kadang Allah menguji kita dengan perpisahan daripada org tersayang sebab kita terlalu taksub dengan cinta dan kasih-sayang manusia. Sampai kita lupa bahawa Allah sepatutnya nombor satu di hati dan bahawa cinta manusia tidak kekal abadi, tetapi cinta Allah swt lah yang kekal dan abadi. Cinta teragung dan indah. Sebab apa? Sebab kita tahu bahawa Allah tidak akan pernah tinggalkan kita. Sejahat-jahat mana pun kita, Dia akan sentiasa sudi menerima dan mengampuni dosa-dosa kita selagi kita bertaubat dan kembali kepadaNya.





Apapun yang sudah biarkan sudah. Yang berlalu biarkan berlalu. Move on. Learn how to let go. Kadang-kadang bila sukar melepaskan kita akan terleka terlalu lama pada pintu yang tertutup sampai tidak menyedari akan pintu yang terbuka untuk kita. Lepaskanlah dan bebaskan dia. Serahkan semuanya pada Allah. Biarlah Allah yang menilai baik buruknya sesuatu perkara itu untuk kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatau, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padalah ia amat buruk bagimu; allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah [2]:216 )

Redha kan semua yang terjadi. Anggaplah pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah. Dan semata-mata untuk mencari redhanya.  Serahkan dia dan serahkan semuanya pada Allah. Dan jangan lupa sebut nama mereka yang anda sayang di dalam doa. Kerana doa juga merupakan saluran untuk mencurahkan kasih sayang kita. Mengingati seseorang di dalam doa merupakan kasih sayang yang paling dalam buat seseorang.





Setelah itu, senyumlah, bangkitlah. Lihatlah sekeliling, dunia ini begitu luas. Lihatlah seandainya kita ada terlepas sesuatu ketika kita hanyut dalam kesedihan. Mungkin saat kita bersedih kita terlupa seketika pada insan-insan lain yang turut sama menyayangi kita sedang risaukan kita. Hargailah mereka yang ada. Yang pergi biarlah pergi. Doakan mereka dan selalu sedekahkan al-fatihah, samada mereka yang pergi itu masih hidup atau telah tiada di dunia ini. Yang ada disisi, hargailah. Dan ingatlah satu perkara bahawa mencintai & menyayangi itu tidak semestinya memiliki. Kerana dunia ini sementara, pinjaman seketika buat kita semata-mata untuk mencari redha Allah.





Jika terlalu sukar melupakan kesedihan, selalulah perbanyakan solat sunat taubat dan solat hajat. Mohonlah apa yang dimahukan dan istikharahlah demi meminta petunjuk dari Allah swt. Teringat lagi pesanan seorang Ustaz, paling penting carilah kekusyukan dalam solat fardhu dan awalkan solat fadhu anda. Ingat, dalam apa-apa perkara yang kita lakukan, letaklah dan niatkan semuanya kerana Allah. Kerana bila kita tahu apa yang kita buat semata-mata untuk mendapat redha Allah, perasaan sedih itu seolah-olah tidak wujud lagi. La tahzan innallaha ma'ana.  



Sekian, Assalamualaikum :')

Saturday, 16 April 2016

Tutorial : Cara Download Facebook Video Tanpa Menggunakan Software


Assalamualaikum & hai semua,

Di petang-petang hujung minggu yang hangat ni, tetiba ahkak rasa macam nak share jer tutorial & trick mudah ni. Iaitu cara download facebook video tanpa menggunakan software. Selalu guna software kan? Install sana sini. Then software tu pulak bengong, takpun banyak ads. So tak yah susah-susah ikut je step macam dekat bawah ni k.

1.    Memula login akaun facebook korang

2.  Tetiba Nampak video anak kucen tengah bermain dengan emaknya. So rasa macam sweet , cute & terus nak download.



3.    So pergi dekat tabs sebelah and type je en.savefrom.net atau klick sini



Ujian Personaliti Diri #1

sumber gambar : google

Assalamualaikum & hai semua!

Sihat ke? Apa khabar hari ini? Ahkak doakan moga semua sihat2 sahaja :) Harini nak share ujian personaliti diri yang  saya sendiri pernah jawab beberapa tahun yang lalu. Siyesly, bila jawab sekali lagi memang banyak dah berubah. So, korang yang samada pernah atau tak pernah jawab test ni cubalah try jawab lagi test personaliti ni k. Sebab keputusan ujan ni memang agak tepat. Dari sini, boleh kenal diri sendiri dengan lebih dekat lagi :p 

Tips jawab soalan ni : Mesti jujur pada diri, 1st benda terpikir tu terus tulis jawapan. jangan pikir lama2. Thats why la kalau pergi psychometric test, kena jawab ratusan soalan dalam masa yang singkat. Okay, jangan lupa sediakan pen n kertas k sebelum jawab soalan. hihi

Jawab soalan dulu k, baru tengok jawapan. Janji taw? ;(


SOALAN-SOALANNYA

SITUASI:

Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara, anda ternampak sebuah pondok…

1.    Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka / Tertutup)

Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…

2.    Apakah bentuk meja itu?
(Bulat / Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)

Di atas meja itu ada pasu bunga…

3.    Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh / Separuh / Kosong)

4.    Pasu itu dibuat daripada apa?
[(kaca / porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]

Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari kejauhan….

5.    Berapa lajukah air terjun
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras, anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama anak kunci.

6.    Berapa banyakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah istana….

7.    Apakah keadaan istana itu?
( Lama / Baru)

Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di atasnya…

8.    Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya / Tidak)

Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...

9.    Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya / Tidak)

Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas. Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.

10. Apakah saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

11. Kotak itu diperbuat daripada apa?
( cardboard / kertas / kayu / logam)

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.

12. Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam / kayu/ rotan)

Diseberang jambatan ada seekor kuda

13. Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam) 

14. Apa kuda itu lakukan?
( tidak berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)


15. Tiba-tiba datang angina puting beliung.. Anda ada 3 pilihan:

a)    lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
b)    lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
c)    lari dan menaiki kuda keluar dari situ?

JAWAPAN

Thursday, 14 April 2016

Simply Segmen By Shawal & Sofie

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

( https://1.bp.blogspot.com/-NWx70TGluWw/Vw4xGz8jneI/AAAAAAAABLc/yM1o5451O34ZgQvmj83Xsxc03IdlZRcAQCLcB/s1600/IMG-20160413-WA0007.jpg )

Nak join klik je banner =)

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16

Wednesday, 13 April 2016

Tips : Cara Selamatkan Handphone Yang Dimasuki Air



Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Sihat ke hari ni? Moga sihat2 lah semuanya saye doakan. =) Btw, pernah tak korang mengalami situasi handphone korang jatuh dalam air? terkena air, tertumpah air dan sebagainya? Kalau situasi ni terjadi, please jangan panik okay? Relax... tarik nafas panjang-panjang dan cuba ikut step dekat bawah ni :) Dont worry everything's going to be okay :)


  • PERLU BUAT & SILA IKUT STEP2 INI

1.   Matikan telefon bimbit anda terlebih dahulu
1st of all, sila off kan telefon bimbit korang terlebih dahulu, senang citer cabut terus battery. Tujuan ini bagi mengelakkan berlakunya short circuit lagi2 kalo fone korang still on lagi lepas kena kena air tu.

2. Remove apa yang patut dan keringkan
Tanggalkan segala mak nenek sarung fone, keluarkan sim kad, kad memory, battery dan sebagainya. Then lapkan part basah tu dengan tisu atau kain menyerap air.

3.  Gunakan Vakuum
Lepastu if korang ada vacuum jenis USB, gunakan vacuum tersebut untuk menyedut sisa air di fone korang. Keliru and tataw camne rupa vacuum tu? Cam gambar kat bawah ni okay =) 

omey angat ha vacuum ni, rasa cam nak gigit2 ;D


Monday, 11 April 2016

Tutorial : Cara Mudah Download Instagram Video

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Pernah tak korang rasa macam menarik je video dekat Instagram yang korang tengok tu, then rasa nak download. Tapi tataw camne caranya. So, today ahkak terdetik pulak nak share software yang korang boleh guna untuk download bideo tu. Senang & simple angat haa..

1.  Memula buka google play store korang
2. Then type je Instasave.. nanti akan keluar cenggini kat gamba kat bawah nih



3.       Lepastu install macam biasa.


4.   Dah install? So click dulu dekat instasave tu.



Remove Media Auto-Download Di Aplikasi Whatssapp Messenger Anda! (Updated)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Before ni memang dah buat entri pasal ni dekat sini. Tapi, lepas wassap update & ada perubahan pada settingsnya membuatkan ahkak pun rasa bertanggungjawab untuk buat entri baru pasal remove media auto download ni. Kowt ada yg refer entri lama agi. But, dun wurry senang je yg baru ni.

1. Buka terus settings aplikasi wassap korang tu.



2. Pergi dekat data usage.



3. Dekat media auto-download tu, click satu2, cthnya korang click 'when using mobile data'


4. so untick dekat 'images, audio, videos dan semualah yang korang takmo guna media auto download.

5. Ulang step yang same pada when using wifi, roaming dsb. Okay tuh jer.


Hopefully kalo still ada lagi yg tak apply benda ni bole la follow step ni dan heharap wassap takdelah ubah2 setting lagi. haha. Okay, Sekian. Thanks sudi baca. Moga bermanfaat =)



Sunday, 10 April 2016

Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part2)



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Berapa hari dah tak jenguk blog. Okay nak sambung dari entri sebelum ni & nak share pasal hari iv & soalan2 yg ahkak kena soal. 

Interview dijalankan pada pukul 10 am, so pukul 8am tu baru gerak. Memang rushing je rasa. Yelah time tu hari opis hrs, memang jam lah. Ahkak pun apalagi dok selit sana sini, potong queue, himpit kereta lain dan pecut habes. So korang jgn camni k. Datang tu biar awal lagi.  Dapat interview dekat compleks C putrajaya. Naik2 je dekat aras yang disebutkan, kena bagi semua dokumen berkaitan dekat meja urusetia sambil tu ambik no giliran.


PREPARATION

Pada siapa2 yang nak pergi Interview SPA ni, INGAT! Pastikan DOKUMEN PENTING seperti IC, lesen, transkrip, salinan SPM, PMR dan surat tawaran seperti yang diminta semua ada. Dan seeloknya susun semua document & sijil2 dalam file besar korang tu ikut susun atur yg pihak SPA dah kasi dalam email. So, takdalah korang kelam kabut nanti.


LEPAS AMIK NO GILIRAN

Masuk-masuk je tengok ada nak dekat sepuloh bilik interview untuk macam-macam jawatan berserta calon2 untuk jawatan lain gak. . Time tu legalah sikit sebab ngam2 je sampai dan panel interview pun tak sampai lagi. Ada masa lah nak susun atur sijil semua mengikut arahan urusetia dan seperti lampiran surat tawaran.



SOALAN YG CALON UTK JAWATAN LAIN KENA TANYA

Then , time tu jumpalah dan sempat berborak dengan calon2 lain yg datang interview gak. Tapi, dorang bilik lain jawatan lain. (Yang geng satu bilik tak jumpa pulak.) So, dorang dok citer yg ada antara dorang kena soalan berkaitan ISIS. Yelah time tu isu ISIS ni memang hangat diperkatakan. Yang bestnya calon bilik lain ni kena interview macam santai-santai je. Dari luar lagi dengar dah gelak tawa, then keluar pun muka berseri-seri. Jeles betui nengok eh. So, i pun apelagi expect lah benda yang sama. Kowt2 panel interview i pun mesra2 dan boleh diajak bergurau senda worangnya. Kekeke.


BILIK INTERVIEW

Sebelum masuk, haruslah bersupan-santun, sambil mengetuk pintu 3 kali. Masuk-masuk je bilik interview, terus bagi salam sambil melebarkan senyuman dgn harapan ada yg terpikat dapatlah markah extra. Kekeke. Aihh.. tapi kan senyum mana pun, muka penemuduga dua orang tu still nampak serius. Nampak sangat tak terhasut dengan rasuah kemesraan yg i cuba berikan. Yelah.. nak gak interview santai-santai n gelak-gelak cam bilik lain tu. Takdalah i nebes kan ;(


CONTOH SOALAN UMUM & KHUSUS

Btw kat bawah ni nak share contoh dan perbezaan soalan-soalan umum dan soalan khusus yang telah ditanyakan pada ahkak ketika hari temuduga PPTM (F29) ni.



Sunday, 3 April 2016

Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part1)


Contoh Email daripada pihak SPA


Assalamualaikum semua :) sihat ke? Moga semua sihat-sihat hendaknya.. amin. Today, ahkak tingin nak share pengalaman interview SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) yang telah diadakan pada januari lalu. Entri ni agak panjang sikit, so, hopefully you all tak bosan lah eh. =)

Masa mula-mula dapat message terpilih untuk interview tu tak payah cerita lah macam mana terkejutnya. Apa taknya bila tengok statistik untuk jawatan tu memang tak payah ceritalah. Kenmain ramai cam nak pengsan tengok. Bil pemohon je dah 95637, yang kena interview nak dekat 1k, jawatan kosong 18, dan calon simpanan je dah 80. So, dalam gembira-gembira tak pasti tu, tawakal ajelah. Dalam hati fikir if ada rezeki insyaAllah. Yang penting tak mengalah dari awal dan pergi je interview tu. Dalam masa yang sama, tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebab diberi peluang untuk dapat interview ni. Yelah bukan semua orang dapat peluang ni. Ye tak? Apa-apapun teruskan berdoa, berusaha dan bertawakal okay?

Okay, ada sesiapa tak dapat interview SPA? Dan untuk jawatan apa? Share lah cket. If ada tahniah saye ucapkan. Buat yang terbaik ye =)

Sebelum tu, nak tanya siapa nama Yang di pertuan Agong kita yang sekarang? Beliau merupakan yang di pertuan Agong ke berapa? NKRA tu apa? Apa itu MOSTI? Sebutkan rukun iman, rukun islam dan rukun negara?  Ha.... tengok tu... terkial-kial kan nak jawab. Time-time nak dekat exam, interview nanti lah baru korang nak buka buku sejarah, google sana-sini cari contoh soalan-soalan interview SPA, maklumat berkaitan pentadbiran malaysia, parlimen dan sebagainya. Kan kan kan.. Sebab tu lah korang boleh ada dekat entri ni. Kekeke. Dun wurry.. kita 2x5 je benarnya :3

Time mula2 dapat tahu ada interview ni, Mr.Coffee terus tanya ahkak soalan paling basic + simple. Iaitu siapa nama speaker dewan rakyat? Itupun I tak boleh jawab. Selamba je i cakap “Owh.. nama dia datuk pandikar kowt,” *mmg terok betul jawapan -.-“ Mr.Coffee terus gelak dengar dan bagitahu pandikar tu gelaran je. Memang rasa shy shy cat dah time tu. Nampak sangatlah kita ni memang jenis tak amik  tahu hal semasa. :’D Hopefully korang tak lah sampai camni sekali. Haha. Nak cover malu i terus jawab.. “Nama dia datuk pandikar awang abdullah..” haha. Hentam lagi. Sesedap mulut je. Mr.Coffee geleng je dengar. Okay kalau tak tahu tu tak payah hentam k.. Tak pepasal nak tersedak je org yang mendengarnya. Pastu nampak sangat @#$%^&*! Hmm.. hmm

Ha...  nak tanya kat korang plak... Siapa nama speaker dewan rakyat? * berlagak*  Kalau korang tak tahu gak ni yang nak kena siku ni! Kekeke. (Btw soalan-soalan dekat atas ni dikira sebagai soalan umum tau)

Okay, so seminggu dua sebelum hari kejadian tu, mulalah berhempas pulas belajar dan ulangkaji tentang sejarah2 malaysia, contoh2 soalan interview calon2 yang lepas. Dari website A sampai blog Z, semua i selidik, notakan, macam time study2 dulu. Then mana soalan-soalan berkaitan pengetahuan am, sejarah malaysia yg ahkak tak tahu & xjumpa jawapan time google, terus tanya Mr.Coffee (sebab dia ni mcm full of knowledge je, bila tnya semua dia tahu) dan dia pun keje dalam sektor kerajaan gak. =)

Manakala soalan berkaitan IT ni, I study lah cket2 mana yg patut, mana yg rasa cam dah ingat2 lupa tu. Contoh cam soalan coding. Sebabnya ada satu blog ni, tak ingat plak blog sapa. Dia bagitahu dia ada berapa peringkat time interview tu. Then, dia kena buat quiz coding. Coding yg simple je. Siapa lepas baru boleh proceed ke peringkat seterusnya. Mengenangkan soalan coding, ni yg buat i lemah gemalai cket.. yelah dah 2tahun tinggalkan sejak keje bidang broadcast eng ni. Time tu terus capai fone terus text Mr.Z, budak paling pandai dlm kelas dulu. Kekeke. Lantas meluahkan ketidakpahaman tentang contoh coding simple di blog tersebut. Mr Z terangkan cket2 dan terus buat dua contoh coding jawapan kepada soalan coding tu. *pelik ahkak sepantas kilat dia siapkan jawapan* tp i tetap blur blur blur. Haha.  Then dia terus suruh ahkak google bila dok xpaham je. Malas nak layan agaknya, lagi2 dia pun tengah bz dgn FYP. Kekeke. So, tang part ni memang ahkak nadhie  tawakal habes lah.

Dipendekkan cerita, dua hari sebelum hari kejadian, terus bukak waze dan cari tempat untuk interview. Penting kowt, lagi2 kalau korang tak pernah pergi tempat tu. Kekeke. Padahal dekat je. Tapi i ni masih fening2 lalat lah dgn jalan-jalan area situ. Hihi.

Seterusnya.. di hari kejadian ahkak sambung dekat next entri k. Jangan marah. Kekeke. Panjang benor dah ni. busan lak korang baca nanti. Hihi. Dekat next entry I share lah soalan2 yg dia tanya time sesi IV tu berlangsung k.. =)

Bersambung... 

Friday, 1 April 2016

Cara Install, Scan dan Update Antivirus Microsoft Security Essential (MSE)


Assalamualaikum & salam sejahtera semua. 

Sihat ke? Korang pakai antivirus jenis apa? Berat tak? Okay, if korang nak try antivirus yang simple dan tak berat ni, boleh la download Microsoft Security Essential (MSE) ni. Antivirus under microsoft produk.  So, just follow step2 dekat bawah ni k. Okay malas nak cakap banyak, kita proceed je dengan tutorial ni.

   1. Just click link ni SINI

   2. Then, nanti akan keluar macam ni : 



   3. Lepastu, just tekan je button “Download Now”

   4. After button dah tekan, dia akan download file tu macam biasa.

  5. Yang penting korang akan nampak lah prosedur download tu.  Macam kat bawah ni, sbb ahkak nadhie guna idm, so dia akan keluar macam ni. Tak kisahlah kan, asalkan korang nampak process download tu. 




 6. After siap download, tekan je open file location dan korang akan jumpa folder  “mseinstall.exe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...