Facebook Page

Thursday, 30 June 2016

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh

Assalamualaikum & Hi semua!

Nak duit raya lagi tak? Jom jom join Giveaway ni pulak ;) Just follow syarat-syarat yang diberikan k. Nak tahu apa syarat-syaratnya? Just click je banner dekat bawah ni =D


Click Banner untuk join! :D

Pemilihan pemenangan akan ditentukan oleh pemilihan rawak.

PERADUAN DUIT RAYA..! MULAI 27 JUN - 5 JULAI 2016

Assalamualaikum & Hii semua!

Tak lama lagi dah nak raya ni. Btw, jom join peraduan duit raya ni. Mana tahu kowt2 ada rezeki dapatlah duit raya. =) Syarat-syaratnya senang giler kowt. Nak tahu syarat-syaratnya? Just click banner dekat bawah ni k ;)


(Click Banner untuk join)

Hadiah menarik menanti anda! =D



Saturday, 25 June 2016

Cara tukar Default Media Player Anda Kepada Media Player Yang Lain


Assalamualaikum & Hi semua!


Apa kabar? Sedar tak sedar dah masuk 10 ramadhan terakhir :'( Cepatnya masa berlalu. Macam mana ramadhan anda pada kali ini? Moga bermakna dan dapat membuat lebih banyak ibadah saya doakan. Aminn.. Okay, memandangkan pada entri lepas saya telah berkongsi jenis-jenis media player yang mungkin sesuai dengan laptop anda.



So, pada entri kali ini saya ingin berkongsi cara-cara menukar default media player sedia ada kepada jenis media player yang lain, khas untuk beginner. Okay, katakan sekarang kita pakai media player jenis Tiger Player, kemudian nak tukar default kepada jenis MPC, jadi kenalah ikut step-step tertentu untuk jadikan default. Untuk tukar dalam jangka masa pendek/masa nak tengok video tu je, just click:  video-> right click->open with-> Click mana2 media player yang nak guna. 



Biasanya sebab tukar adalah  untuk mengikut kesesuaian jenis dan format video. Yelah maybe ada certain video media player jenis format webm lagi sesuai untuk di tonton   menggunakan Tiger Player contohnya. Kalau tak maybe ada yang pixel, ada yang tak support dan sebagainya. Okay, follow je step-step dekat bawah untuk menukar default media player anda.




Wednesday, 22 June 2016

Jenis-jenis Media Player Untuk Laptop Anda

Assalamualaikum & Hi semua!

Sihat? Moga-moga sihat lah hendaknya saya doakan. Btw kan anda tahu ke tidak apa itu Media Player? =) Okay, secara ringkasnya media player adalah software/platform untuk korang mainkan semua jenis bentuk audio, video yang ada dalam laptop korang. Dan ia juga di datangkan dalam pelbagai format untuk support jenis-jenis format video yang anda telah download atau simpan dalam laptop anda. 

Ha... ni cakap pasal format audio video bagai, btw anda faham tak apa benda nya tu? =) Okay format-format video audio terdiri daripada mp3, 3gp, mp4, mpeg, mkv, webm, flv dan lain-lain. So, today I nak introduce cket jenis-jenis media player yang mungkin menepati citarasa anda :)

1.      Media Player Classic (MPC)



    Sape yang tak kenal MPC kan? Rata-rata ramai yang pakai MPC sebagai media player untuk video di laptop mereka. So apa features ia ? 

   Features : Suka guna player jenis ni sebab sangat simple, mudah digunakan dan ringan. Yelah kalau nak pause click je mouse sekali, takpun tekan je space bar. terus ia akan pause. then bila click balik, player ni akan sambung play balik video tu. Selain itu, MPC ni jenis yang boleh skip forward dan mainkan video seterusnya dalam satu folder, skip back untuk mainkan video sebelumnya, save image pada video , save copy dan sebagainya. Kelemahan dia yg I rasa tak best sebab sound dia tak berapa nak kuat even kita dah letak paling max. T_T




Download dekat sini : http://mpc-hc.org/


2.      Tiger Player


    Korang pernah guna tak yang ni? Yang ni memang yang saya paling suka sebab feature dia juga.

     Features : Secara ringkasnya kemudahan untuk menggunakan tiger player sama mudah macam MPC. Just click atau tekan space bar untuk play atau pause. Namun tidak mempunyai fungsi untuk skip back atau play forward. Just bila kita marathon drama malay, korean drama, lepas tengok episod 1, player ni akan automatik play next episod. Ok sama mcm MPC. Dan apa yang bestnya bila kita tiba-tiba tutup aplikasi ni, kira macam tengah tengok citer tergantung la.. so automatik bila buka balik citer yang sama, tiger player akan play balik dekat part yang kita tengok tergantung tu. Best bila sound , audio dia memang boleh besarkan kuat mana ikut kesesuaian telinga/taste kita. Dan ia juga support banyak jenis audio & video format. 





Download dekat sini : http://www.mpcstar.com/
Nak tahu lebih lanjut? Baca dekat sini http://www.tigerplayer.com/

Monday, 20 June 2016

DIY : Keychain Handphone Burung Hantu Yang Sangat Comel

Assalamualaikum & Hi semua!

Cantikkan Keychain burung hantu ni? Bagi penggemar / peminat keychain design burung hantu, boleh try buat sendiri macam dekat gambar di bawah ni. Simple & easy je. Macam mana? Follow je cara dekat gambar ni.

Bahan-bahan:


  1. kertas conteng untuk lukis corak
  2. Kain 2-3 jenis corak berbeza
  3. peralatan menjahit, jarum & benang
  4. kapas
  5. HOT Glue jika perlu




Langkah-langkah:


  1. Design rupa owl tu atas kertas
  2. Ambik kain dan potong mengikut design yang telah dilukiskan. Mengikut tiga bahagian, mata , perut dan badan. Besarkan sedikit bahagian potongan pada badan.
  3. Gam kan mata dan perut menggunakan hot glue.
  4. Buat tali untuk sangkut keychain, jahitkan sedikit di bahagian dalam ukuran badan belakang.
  5. Terbalikkan design, cantumkan dan jahit dari luar & tinggalkan sedikit ruang supaya senang di terbalikkan semula & untuk masukkan kapas.
  6. Terbalikkan semula dan masukkan kapas.
  7. Guna hot glue untuk cantum bahagian hujung yang tinggal tadi. 
  8. Tambah hiasan lain seperti hidung, reben dan sebagainya mengikut kreativiti anda.
  9. And you're done!



Tadaaa!



Sunday, 19 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016


(Click Banner Untuk Join)


Assalamualaikum & Hi semua!

Saya memang lama dah ushar nile ni disebabkan harga yang berpatutan dan design barang yang cantik-cantik. Btw korang nak duit raya tak? Kali ni Nile buat giveaway.  If nak jom join giveaway raya Nile http://www.nile.com.my/. Memang best & rambang mata dibuatnya bila tengok hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Rugi pulak kalau tak join. Yelah mana tau rezeki, tup tup dapat duit raya . *da besar-besar ni sape jela nak kasi duit raya kan. sobs. 
 Btw, hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut : 


RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang

(Khas untuk 6 orang yang bertuah ;))


So, dekat bawah ni nak share 5 items menarik dengan harga berpatutan yang memukau mata & hati I daripada Nile. Wahhh..



ProductLeisure Design Elegant High Heel
JLM2016 Sales price: RM17.00
Date: 17/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 unit only(Sold out)




ProductPortable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only (Sold out)



Saturday, 18 June 2016

Giveway Shawl Raya by Aryana Couture

Assalamualaikum  & Hi semua! 

Lamanya tak update blog. Kebizian melanda. hihi. Btw, harini dah nak masuk 14 hari kita berpuasa.  Sekejap je kan masa berlalu ;) tahu-tahu esok lusa dah raya! Btw for girls yang nak melawa untuk raya ni, meh join giveaway ni k ;)  Mudah je caranya, just follow step dekat bawah ni k ;)

Click Banner tu join.

Syarat-syarat :

1) Buat entry bertajuk " Giveway Shawl Raya by Aryana Couture " dan tepek banner ni sekali 

2) Follow blog Cherry Blossom n Google+ (Jika ada)

3) LIKE page FB Aryana Couture (optional)

4) Tag Kawan Kawan Blogger yang uols nak melaram bersama (~_^)

5) Tinggalkan link entry anda di komen. 

♥ Due date : 25 June 2016 (Ahad)


okay ni dia hadiah yang menanti :) sweet kan. 

saya tag : 

2. Nurul




Tuesday, 14 June 2016

Tidak Mahu Terlepas Tengok UEFA EURO 2016 Secara LIVE? Cuba Cara Ni..


Assalamualaikum & Hyee semua!

Anda semua apa kaba? Sihat ke? Moga-moga semua sihat hendaknya. =) Btw,  11 June yang lalu dah pun start UEFA Euro 2016 secara LIVE yang melibatkan 51 perlawanan pasukan bola sepak terbesar dunia. Fuhh.. Confirm la ramai yang tertunggu-tunggu dan tak nak melepaskan peluang untuk tengok kan? Yela bola sepak terbesar dunia kowt.  Tapi, tak semua orang berpeluang menyaksikannya. Kadang-kadang sebab busy, nak tengok dekat mamak pun terlepas apatah lagi stadium kat oversea tu kan? Memang harapanlah kan! 

Dan kadangkala disebabkan kekangan masa, kerja dan sebagainya ramai yang terlepas untuk menyaksikan perlawanan bola sepak team fav mereka. Tak apa. Jangan risau. Actually ada caranya untuk anda nak merasa nak tengok bola seolah-olah macam dekat stadium, pada bila-bila masa dan walau di mana jua k! Semua di hujung jari je. So nak tahu macam mana? Senang je caranya sebenarnya. Korang kena dapatkan Astro Sport Pass dan download dua aplikasi ni iaitu Astro on the Go & Stadium Astro apps. Okay, then just ikut je step dekat bawah ni okay!

MULA-MULA
  • Download je aplikasi Astro on the Go daripada GooglePlaystore / iStore anda. Kemudian download pula aplikasi Stadium Astro pula.


APA YANG KORANG PATUT TAHU

1.     ASTRO ON THE GO

·    PELANGGAN ASTRO : Khas buat pelanggan Astro yang ada Sport Pass ( bernilai RM104.95* termasuk GST), anda boleh layan 51 perlawanan UEFA Euro 2016 LIVE dengan paparan HD tidak kira masa dan walau di mana berada taw. Selain itu korang jugak boleh enjoy tengok 51 matches UEFA Euro ni daripada pelbagai platform seperti Astro TV, smartphone & tablet android dan Stadium Astro app.  So tak ada la kes terlepas tengok lagi kan?  ;) Tak ada Sport Pass? Apalagi Subcribe Sport Pack sekarang okay! Rugi taw sebab banyak kelebihan yang korang akan dapat dengan Sport Pass ni. Antaranya:  full access to all 51 of Euro 2016 matches on Astro TV, Astro on the Go and Stadium Astro app with exclusive features like multi-angle highlights & banyak lagi!

·    BUKAN PELANGGAN ASTRO : Jangan risau. Korang tak perlu melanggan Astro untuk tengok perlawanan UEFA Euro 2016 secara LIVE. Lepas download just langgan ‘Pas Sukan dengan harga RM104.95 sahaja dan dapat tengok semua jenis perlawanan UEFA Euro 2016 secara LIVE. Atau kalau korang nak layan certain perlawanan or team yang korang minat je pun boleh. Boleh beli dengan harga RM6* sahaja taw untuk setiap Matches, inclusive GST ;)

·         CARA NAK MELANGGAN/ MEMBELI  SPORT PASS :

1)       If tak ada Astro ID kena sign up dulu dekat : www.astroonthego.com.
2)       Lepas sign up apalagi, kena validate dulu email tu baru boleh pakai ;)
3)      Login balik dekat www.astroonthego.com & boleh start menonton Astro on the Go dan free channels yang ditawarkan. If korang memang dah pernah langgan Astro TV, so link je Astro ID korang dengan Sport Pack yang dah subscribe sebelum ni.
4)      If tak ada Sport Pack boleh purchase terus melalui aplikasi Astro on the Go. After purchase dah boleh enjoy saksikan siaran kesukaan korang.
5)       Thats all! Simple je kan ;)

Nanti pergi je dekat store korang akan jumpa pakej-pakejnya 
Macam dalam gambar ni . & boleh pilih nak yang mana.
 *click gambar untuk besarkan ;) 
             

2.     STADIUM ASTRO

·         Ada Apa Dengan Aplikasi Stadium Astro?

i.      Melalui aplikasi Stadium Astro, korang boleh menonton Highlights dari bermacam - macam sudut. Seolah-olah macam tengok sendiri dekat stadium. Boleh ubah seat nak kiri ke kanan ke depan ke belakang. Multi-angle highlights katanya.

                      


ii.        Berita-berita terkini tentang UEFA Euro 2016, team, gossip dan lain-lain. hehe ;)

                      

Monday, 13 June 2016

Kelebihan, Kekurangan Root & Cara Untuk Mengesan Root Pada Smartphone Anda


Assalamualaikum & Hyee semua,
Seperti yang telah diberitahu pada entri yang lepas iaitu  Apa itu root pada android, di entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan root yang saya dapati setelah membuat root pada fone saya sendiri dan juga rujukan yang dibuat daripada sesetengah entri. Selain itu, saya juga ingin berkongsi cara untuk mengesan samada fone kita telah di root ataupun tidak. Dan actually saya totally not recommended to user untuk root smartphone masing-masing even banyak kelebihan tapi risikonya juga tinggi. 
Kadang-kadang ada juga kes di mana apps yang user install tidak support pada devices dan secara automatik aplikasi itu akan memberi pilihan kepada user untuk root kan devices mereka. Setelah itu aplikasi itu akan menginstall root bagi membolehkan user menggunakannya.
Selain itu, cara lain untuk root devices adalah dengan menggunakan aplikasi seperti SuperSU, SuperUser

  • Kelebihan

1.  Dapat latest update & version of ur android devices.
2.  Bebas untuk install pelbagai aplikasi yang memerlukan “root” tanpa batasan.
3.  Keupayaan telefon bimbit anda boleh menyaingi smartphone2 canggih yang lain.
4. Boleh Backup semua data penting di dalam devices tanpa had samada pada SD Card atau Cloud (Online) melalui aplikasi Titanium Backup yang memerlukan root devices.
5. Boleh save battery fone disebabkan ada sesetengah root apps akan mengurangkan penggunaan CPU tanpa menjejaskan performance devices ketika user sedang menggunakan telefon.

  • Kekurangan

1.  Smartphone anda lebih mudah terdedah kepada vulnerability.
2. Nak jual or trade in ke apa memang tak akan laku. Tak ada kedai yang akan terima smartphone yang telah di root.

Nampak Real! Bunga Yang Diperbuat Daripada Kertas


Assalamualaikum & Hyee semua,

Siyesly suka tengok benda-benda kreatif ni. Btw dah ramai orang amik alternatif lain di hari perkahwinan mereka. Iaitu menggunakan bunga yang diperbuat daripada kertas. Samada untuk menyerikan majlis dan membuat hiasan pada hantaran, untuk goodies, bunga telur dan sebagainya. Jimat pun jimat. Habis majlis boleh terus buang je. Hihi. Jom layankan.










Sunday, 12 June 2016

Apa Itu Root Pada Android Anda?



Assalamualaikum & Hyee. Salam Ramadan semua.

Pernah dengar tak perkataan root? Dan tau tak apa itu root? Kekadang nak install ada certain apps  tetiba kuar mesej tak boleh install "Maaf sebab fone anda tak ada root" Okay lebih kurang gitula mesejnya. 

Secara ringkasnya root adalah apabila pengguna smartphone/android mendapat akses penuh & membuat sebarang perubahan pada sistem di dalam android mereka. Istilah ini dipanggil "JailBreak" jika pada iphone mahupun ipod anda. Untuk pengetahuan anda, android adalah open source (based on linux) yang membolehkan sesiapa sahaja untuk mengubah code di dalamnya.

Biasanya golongan yang terdiri daripada developer yang akan menggunakan akses tersebut untuk menjadikan telefon bimbit mereka setaraf dengan telefon-telefon yang mempunyai sistem yang canggih seperti iphone dan mempunyai akses tanpa batas pada fone mereka. End user pun ada je yang belajar cara untuk root fone dengan melihat atau mengikut tutorial yang ada di internet. 

Kadang-kadang ada juga sesetengah aplikasi yang tidak support sistem sedia ada di fone user membuatkan mereka bertindak untuk me’root’ kan fone mereka semata-mata sebab nak guna aplikasi tu.

Kepada pembaca atau siapa-siapa sahaja yang teringin untuk membuat root pada smartphone masing-masing, pesan saya fikirlah berjuta-juta kali sebelum melakukannya. Sebab apa? Sebab sekali anda dah root smartphone anda, anda akan kehilangan warranty fone tersebut untuk selama-lamanya kerana dianggap telah mengubah sistem di fone anda secara tidak sah. Kalau teringin nak buat jugak, tunggula warranty korang abes ya ;)

Banyak lagi isu tentang root yang ingin saya bangkitkan. Lagi-lagi sebab saya sendiri pun pernah root smartphone saya dan sukar rasanya untuk 'unroot' dan mengembalikan semua kepada asal. tsk ;'( Akan saya sambung di lain entri tentang pengalaman saya setelah root  fone, kelebihan & kelemahan yg saya rasa sendiri. tsk. Moga entri ni bermanfaat. Tengss sudi baca =)


Friday, 10 June 2016

DIY Yang Terhasil Daripada Surat Khabar! Seriously Super Cantik..



Assalamualaikum & Hyee semua,

Sihat ke? Moga-moga semuanya sihat2 belaka saya doakan. Lama tak update blog. Tak sempat nak wish salam ramadan. Btw,  Salam Ramadan semua! Moga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya & dapat perbanyakan lagi ibadah kepadanya. Huarghh... jam dah menunjukkan pukul 4.00 pagi. Naseb baik la da last day of my night shift. So lepasni bole la rehat pepuas ;)


Btw, sedang scroll FB, tetiba ternampak something yang super cantik. Iaitu DIY mereka yang dihasilkan menggunakan Surat Khabar. I kenot2 la benda2 yang super creative ni. Mesti suka je tengok n rasa macam nak buat. Yaa.. selain daripada minat benda-benda berkaitan komputer ni, I jugak minat dengan something yang super creative, DIY, penulisan dsb. Okay, takmo cakap banyak *takde org tanya pun. tsk jom layankan gambar-gambar yang super cantik ni.


Wow! will u marry me? *tetiba


Nampak macam senang, bila nak buat belum tentu jadik. tsk


beg goodies. Bole buat idea kawen ni. nice! ;) 


yang ni nampak mcm susah nak buat. kreatif mereka ni


tanglong . lawa betul dia buat ;)


haha. Daripada kertas pun bole terhasil gelang. Impressive!



So acaner? Lawa tak? Nak tengok lagi? Visit je fb mereka ni, Art and Craft. Okayla I nak gi bersahur. Selamat berpuasa semua :)


sumber gambar : FB Art and Craft Ideas

Saturday, 4 June 2016

Cara Set Password Pada File Winrar Anda

Assalamualaikum & Hi semua!

Lepas terangkan secara ringkas basic-basic yang ada pada winrar pada entri yang lepas, now bolehla proceed dengan lebih mendalam lagi. Kali ni macam mana nak set password pada winrar? Sebab apa nak set? Sudah tentulah supaya file kita, terutamanya yang confidential akan lebih secure dan tidak mudah dibuka oleh sesiapa sahaja. Sangat sesuai diaplikasikan bagi pihak payroll yang ingin menghantar payslip kepada pekerja melalui email ataupun secara online.  Kita-kita pun kalau ada something yang nak sorok dalam laptop, bole guna cara ini jugak k. :p So, masih ada yang tidak tahu macam mana caranya untuk meletakkan password pada folder winrar anda? Okay, takpa. Ikut je langkah-langkah di bawah ini okay?

CARA-CARANYA

1.       Double click pada folder winrar anda tadi





2.       So dia akan terbukak macam ni




3.       Click “Add”. So ia akan terbukak macam ni pulak.





4.       Click balik pada folder winrar korang tadi. Lepastu tekan okay macam kat bawah ni.



5.       After dat, tekan je set password. Lepastu masukkan password uall mcm dekat gambar bawah ni. Tick kan pada encypt file names. Tekan ok

 

6.       Kendian ia akan running macam ni. Tunggu je sampai siap

 


7.       Da siap tu tutup balik semua dan cuba test dan click balik pada folder yang anda nak letak password tu. Automatik dia akan keluar macam dekat bawah ni.

 


So, folder da secure. Takdalah sebarang orang boleh bukak folder tu lagi dah. =)  Thanks sudi baca. Semoga bermanfaat

Thursday, 2 June 2016

Cara Menjadikan Folder Kepada Bentuk WinRar


Assalamualaikum & Hyee semua,

Apa kaba? Sihat? Anda tahu tak winrar tu apa? Secara ringkasnya winrar ni merupakan file compression yang menjamin keselamatan data kita ketika menghantar email, menggunakan secara online dan sebagainya. Selain drp itu, kita boleh kumpulkan banyak data dalam satu tempat ketika menghantar email. So tak payah la upload satu satu kan? Dan tahu tak macam mana nak tukar folder biasa menjadi zip file? So, pada siapa yang masih tidak tahu macam mana nak menggunakan winrar ni. Meh ikut je cara-cara yang saya share dekat bawah ni okay? =) Selalu kita reti ekstrak je, ni kita compress kan pulak. Hihi





1.       Mula-mula download dulu software winrar ni, tekan sini.

2.       pergi je dekat folder yang korang nak tukar ke format rar tu. Contoh kat bawah ni folder SPA tu. Right Click dan tekan add to "SPA.rar"  

*SPA tu nama folder tau, kalo folder anda, situ akan keluar nama folder anda tu. 





3.       Dan kemudian anda akan nampak satu process yang secara auto akan create folder anda menjadi format Rar. Jangan risau folder asal still dikekalkan :)





4.       Jeng jeng jeng siap! Folder anda tadi da jadi RAR. Macam dekat bawah ni nampak tak satu SPA dalam bentuk folder biasa dan yang satu lagi (yang highlight tu) dalam bentuk RAR






So, macam mana? Simple je kan nak guna jadikan folder kepada rar ni. After siap, folder Rar tersebut pun bole digunakan dengan senang hati. Moga perkongsian ini bermanfaat. Tengss sudi baca =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...