Saturday, 3 June 2017

Review Movie : Assasin's Creed

Assalamualaikum & Hi Semua!



Bagi peminat games bersiri Assassin Creed , pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem ini. Apa yang diharapkan adalah semoga filem ini punyai 'feel' sama seperti ketika sedang bermain games. Ya, itulah yang saya harapkan ketika menonton filem ini. Tetapi adakah sama realiti seperti yang diharapkan? Okay , jom baca review ni!





Synopsis Assasin's Creed:



Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 20 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons, Brendan Gleeson
Pengarah: Justin Kurzel
Format: 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX


Menceritakan tentang seorang lelaki yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar "The Animus". Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah assasin. Lelaki itu , iaitu Lynch (lakonan Michael Fassbender) dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya.

 - sumber 




Review Assasin's Creed



Seperti sinopsisnya, kisah bermula bila si Lynch ni disahkan mati setelah menerima hukuman selama 30 tahun di penjara. Dan tanpa disedari dia ditangkap oleh sebuah organisasi besar yang sudah lama selidik susur galurnya, dan di masukkan kedalam animus untuk mengimbas kembali memori datuk nenek moyangnya, semata - mata untuk mendapatkan "Apple". Apple merupakan sebuah artifak berharga dan punyai kuasa berbahaya.



Sejujurnya jalan cerita movie assasin's creed ini sangat tidak memenuhi expectation saya. Jalan cerita yang longgar dan sangat biasa-biasa sahaja dan part lawan-lawan yang sangat kurang. Bila lynch masuk dalam animus baru lah dia akan tiba-tiba pandai menggunakan seni pertahanan diri dan ada aksi perlawanan. 



Paling tak puas hati tentang motif animus tu. Kenapa perlu ada animus untuk membuatkan dia kembali ke zaman tok nenek moyangnya? Kenapa tak buat zaman dulu je? Dan dirinya seakan dikuasi oleh bayangan tok nenek moyangnya. Sekejap ke zaman dulu, sekejap zaman sekarang. Kelam kabut sungguh. Dan feel untuk rasa macam dalam games tu hanya ada pada zaman dulunya, tu pun sedikit sedikit & macam tergantung je tentang apa yang berlaku pada zaman dulu. Tahu-tahu tengah berlawan . Time tengok dengan abang-abang satu opis, ramai yang tak faham jalan cerita dan terpaksa aku explain balik.



Feel yang saya harapkan memang tak sama seperti dalam games. Part berlawan, suasana, jalan cerita, pelakon dan sebagainya. Totally tidak menyeronokkan untuk ditonton. Apapun, kalau nak tahu sejauh mana kebenarannya, kenalah tengok dan nilai sendiri. Mungkin berbeza pandangan bagi yang tak pernah layan games ni. hihi.

8 comments:

  1. MENARIK SEKALI REVIEW FILEM NI RAMAIYG MINAT NK TONTON

    ReplyDelete
  2. Siqah tak berminat nak tengok filem ni. Lepas baca review Nadhie, lagilah tak nak tengok filem ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Husniey tak layan games dan filem sangat (sesetengah) tapi kalau orang yang memang gemar macam Nadhie dah review gini cakap tak best mana mesti memang tak best kan Huhu.

    ReplyDelete
  4. thank you for sharing. you just helping me for the idea to watch next movie

    ReplyDelete
  5. Tak sempat tengok lagi...masih mencari macam menarik

    ReplyDelete
  6. Cerita gini akak kurang minatlah NW...
    Hakak kan sentimental sikit hihi

    ReplyDelete
  7. Lepas baca review ni rasa nak tengok. Menarik rasa :)

    Fatina Mudz | http://www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. I heard a lot of hype regarding this movie, tapi movie macam ni saya kurang minat sikit. hehe :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...