Skip to main content

Review Buku: #aboutlove





Bila kau tak mengerti apa itu cinta dan cinta itu membuatkanmu keliru, oleh itu di sini kau boleh belajar tentang apa itu cinta. 


Ya, di sini , di buku ini... Sesuai dengan tajuknya #aboutlove, semuanya hanyalah tentang cinta. Ikutkan saya bukanlah peminat novel-novel cinta, mahupun buku-buku jiwang, tetapi gaya bahasa, penyampaian dan ilustrasi yang digunakan di dalam buku ini membuatkan saya tertarik untuk membelinya. Jom tengok apa yang menarik dalam buku ni.




"Aku hanya berani bermimpi. 
Sungguh tak terhitung berapa kali aku bermimpi 
tentang kau,"


Ayat atas ni macam untuk orang frust pun ada .


"Ada seseorang dalam hidupmu, 
yang ketika dia pergi, maka dia juga membawa sepotong hatimu"


Ayat yang ni pulak, macam faham, tapi kurang faham maksudnya. 
Ada sesiapa boleh translatekan? Haha.
Yang penting sweet kan ;D





"Terkadang cinta tumbuh dengan cara yang amat ganjil dan di tempat yang keliru"


Alohai sweetnya ayat! Bersarang semut bergula melaka. 
Tetiba terbayang seorang putera dari kayangan turun dari langit 
lalu melamar aku tanpa sebab.haha
 Okay gurau je XD #jangankecamsayee



"KESEPIAN
Bukan alasan untuk jatuh cinta. 
Ketahuilah banyak orang yang tetap merasa kesepian meski telah jatuh cinta."


Yang ni memang setuju. Ada orang memilih untuk jatuh cinta apabila merasa kesepian, tetapi hakikatnya bila dah jatuh cinta, dia lebih merasai kesepian. 


So usah terburu-buru untuk jatuh cinta k? Bila hati sunyi sepi, rasa bagai ada yang hilang, cuba cari cinta Allah terlebih dahulu. Kadang-kala yang hilang itu adalah cinta dari Allah, sebab kita jauh dariNya.




Last but not least. Malas nak type semua. Kita amik point penting jelah. Yang pasti apa yang di katakannya itu betul.


"Cinta Sejati selalu menemukan jalan. Jika berjodohan, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya , termasuk "kebetulan-kebetulan" yang menakjubkan"


Maksudnya, jika seseorang itu adalah benar-benar jodoh kita, semua ujian dan dugaan akan menjadi mudah. Ada sahaja jalan keluar bagi setiap masalah yang mereka hadapi. Dan perasaan mereka akan berasa tenang dan senang apabila denganya. Takdalah serabut & kacau bilau memanjangkan. 


Tetapi, jika sebaliknya, contoh jika perasaan ada rasa bercelaru, hati tak tenang, makin jauh dari Allah dan masalah yang seolah-olah tiada jalan keluar, itu bermakna dia bukanlah jodohmu , dia mungkin tidak baik untuk kamu.


Okay ulasan yang ni juga berdasarkan apa yang pernah saya dengar jugak. Ingat kalau seseorang tu adalah jodoh sebenar korang dan baik untuk korang, haluannya juga akan menjadi mudah. Jika sebaliknya tu, faham-faham jelah. 



++++


Hihi. Dah macam pakar motibasi cinta pulak rasenya. Wokaylah sekian sahaja review buku untuk kali ni. Ikutkan banyak lagi gambar-gambar yang sweet bersama ayat-ayat yang bersarang semut. hihi. Apapun moga perkongsian ini bermanfaat. Sekian ;)

Comments

  1. WAH N3 TETANG CINTA YG MEDALAM NI... NAMUN MERASAI DICINTAI DNG IKHLAS AMAT MEMBHGIAKAN

    ReplyDelete
  2. ayat-ayat cinta..menggugat perasaan..hehe..aku dibius cinta..
    rayulah cinta dari Yang Maha Pengasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Cinta dari Yang Maha Esa itu yang teragung :)

      Delete
  3. adakah nadhie sedang jatuh cinta?atau ada orang yang cuba menghulur cinta?..hehehe..

    apapun buku inj menarik..kata2nya menusuk kalbu..aboutlove ingatkan dalam bahasa inggeris..rupa2nya bait2 daa bahasa melayu yg cukup indah
    .

    i love this book
    .ya kadang2 kita tak tahu siapa..bagaimana dan waktu apa kita jatuh cinta
    .dan kadang2 kita keliru apakah itu cinta atai sekedar rasa suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa indonesia sebenarnya. memang asalnya tak plan nak beli, tapi tetiba berkenan pulak. hahaha.

      Bila tak tahu tu yang suprise dan mcm menarik kan? hehe

      Delete
  4. Erm...kalau susah tu means bukan jodoh eh...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin. paling penting restu, for me restu dari kedua ibubapa, family dan org sekeliling.

      Delete
  5. buku ni macam madah2 tentang cinta ya? sesuai sangat untuk orang yang sedang dilamun cinta. awww...

    rasa2 kalau isteri bagi buku ni kat suami, apa perasaan suami ya? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk character kowt. hehe. maybe akan terharu dan rasa sweet2 je. haha

      Delete
  6. Ayat-ayat cinta ye akak ingatkan novel cinta .. heheh.

    ReplyDelete
  7. Cantik rekaan buku tu

    dan juga susunan ayat pun puitis

    ReplyDelete
  8. Adeh..penin kepala baca. HAHAH! jiwang-jiwang ni susah dah nak masuk dengan jiwa ahkak! tapi kan..akak suka sangat dengan illustration dalam buku tu Nadhie. Soft dan ceria. Selamat bercinta. Eh..eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. saye kalau terlalu jiwang karat pun tak boleh masuk jugak. lagi2 ayat banyak hiperbola bagai. tapi yang ni for me okay lah. mcm sweet je. tu yang tiba2 beli tu. :)

      Delete
  9. cantik ilustrasi dlm buku tuh...
    ingatkan mcm novel cinta biasa

    ReplyDelete
  10. Amboi.... Tahniah... heheehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. aik. ni tiba2 tahniah pasal ape ni? berkaitan dengan apa? :O

      Delete
  11. waa bersemut2 ni baca ayatnya tu... hehe..

    ReplyDelete
  12. Suka juga buku jenis ilustrasi macamni haha.
    at least segar sikit mata nak tengok kan.

    ReplyDelete
  13. macam menarik je novel nie!

    ReplyDelete
  14. Saya tak ada kemahiran nak review buku. Apa2 buku pun saya tak tau nak buat review.

    Entah apa yg saya tau tapi apa yg saya tau, saya ni banyak perkara yg saya tak tahu. Sampai bila agaknya saya macam ni. Asyik tak tahu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye yer jer Adam ni 😂😅😅

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda