Skip to main content

Hack WiFi






Maaf lama tak mengupdate blog dan lama tak berinteraksi dengan korang. Harap semua okay. Mana yang tak sempat melawat nanti aku akan datang melawat satu per satu. Hari ini aku nak meluahkan sedikit isi hati dan pengalaman aku, tentang hack WiFi. Kali ni aku guna bahasa pasar je eh. Nama pun luahan hati kan.



Jangan ditanya macam mana cara untuk hack WiFi, hack Whatssap dan sebagainya. Cukup. Aku takkan jawab soalan itu. Apa yang ingin aku kongsikan adalah apa consequence dan kesan-kesan jangka masa panjangnya apabila kita melakukan sesuatu yang tak sepatutnya, yang tak diredhai dan menggunakan jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Apa kifarahnya dikemudian hari yang membuatkan aku benar-benar bermuhasabah diri.



Semuanya bermula apabila.......




Dulu, aku merupakan student HND dan kami assignment base. Hampir semua assignment kena buat system, documentation yang melibatkan system requirement, design, planning, software testing , user manual dan sebagainya.  Dan of course individu. Bermacam jenis system, dari console application, windows application sampaikan yang ada web base, ada database semua dari Ms Excel, Ms Access sampai My SQL database. Dan bermacam-macam jenis language dari C#, Java, Visual Basic sampailah ke html javascript semua. 




Sebuah Kekalahan 

Disebabkan satu kekalahan yang pernah aku hadapi masa fhnd (foundation) membuatkan aku jadi sangat serik. Yup seperti yang korang sangka, time foundation aku pernah repeat satu subject. Iaitu C# programming disebabkan apa? Bukan kerana final exam, bukan juga kerana lab test (Lab test ada dua tak silap, semua tu aku lepas even lab test kena hafal semua coding n takda rujukan) sebaliknya kerana documentation aku . 




Time tu aku takda laptop, mmg susah nak buat report. Setiap hari kena ulang alik dari asrama ke lab (college) untuk siapkan report. Lab selalu tutup kul5. Dipendekkan cerita, salah satu point dekat report aku tak meet pass criteria padahal benda yang salah tu adalah benda yang aku paling okay sekali, selalu dapat pujian lecturer. Benda yang aku sepatutnya ada kelebihan kat situ. (Iaitu buat flow chart system yang memerlukan logic thinking yang tinggi) padahal makanan aku kowt tapi benda tu la menyebabkan aku akhirnya terpaksa repeat subject tersebut disebabkan salah satu anak panah dalam flow chart tu tak betul. Mujur bukan repeat the whole sem. 




Bila dah kena repeat tu ko rasa apa? Perasaan malu pada junior tu, nauzubillah. Sebab aku pernah berangan nak jadi senior yang cool dan menjadi sandaran junior. Ceh. Tapi yang aku musykil tu, kami digagalkan dalam subject C#, kena repeat ambik C++ pulak. Acaner tu? Ibarat tak repeat rasanya weyh, ambik subject baru kowt tapi dengan junior. tsk . Setiap hari pergi kelas muka masam, demotivated. Aku takleh terima kena repeat dengan benda yang paling aku score. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata mentor aku depan muka aku time tu. "Face your fear Nad," Ehh dah terpanjang pulak aku citer kan. So apa kaitannya dengan hack wifi kan? Ha.. tu lah yang aku nak citer ni. 






Nafas Baru & Sebuah Tekad

Setelah berhempas pulas di zaman foundation, akhirnya aku menamatkan foundation dan memulakan HND dengan nafas yang baru. Pointer pun akan bermula dengan kosong semula. Semangat sikit aku. Time HND, aku memang dah bertekad nak jadi best student, nak buat yang terbaik & nak dapat deanlist. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk capai matlamat aku ni. Nak kata aku ni jenis genius pandai sangat, memang tak kowt. Tapi, aku jenis yang akan usaha lebih sampai dapat benda tu. Lagi-lagi aku memang minat programming, minat IT ni dan makin jatuh hati dalam bidang ni. Bermula dari sini lah aku start belajar senyap-senyap skill-skill hacking ni. Tu pun belajar dan explore sendiri je. Takda gempak mana pun. Hacking bodo-bodo je termasuklah hack WiFi guna kaedah brute force (google sendiri kalau nak tahu), then tengok result budak class dekat website yang tak encrypt (yang ni aku guna logic thinking je, takda belajar memana) dan sebagainya. Semuanya demi kepentingan peribadi aku.



Memandang internet Maxis broadband ciput macam semut dan aku pulak kena upload system-system berkapasiti besar ke ftp server dsb, download & update software besar-besar dan sebagainya membuatkan aku akhirnya terpaksa hack WiFi. Try and error. Akhirnya menjadi. 



Tiada lagi masalah untuk menyiapkan assignment aku. Tiada lagi masalah untuk mencari bahan buat assignment. Tiada lagi masalah untuk main social media, download crack games dan sebagainya even graphic card AMD & RAM 2GB aje. Tu yang jahanam laptop tu. Akhirnya bermacam-macam jenis WiFi aku try. Dari list WiFi dekat asrama, sampai lah dekat rumah sewa kawan, dekat area Cafe dan sebagainya. Entah sape punya aku pun tak tahu. Yang penting time tu aku dapat carik bahan untuk buat assignment, aku ada rujukan untuk settle kan masalah aku , dan sebagainya. 



Fokus aku time tu nak struggle dan buat yang terbaik je dalam assignment aku. Boleh kata kami, dalam satu sem tu kalau kata ada 4 subject. setiap 4 subject tu kena buat systems, database dan setiap saimen ada anak-anak dia. Kira total ada 11-15 report yang kena siapkan dalam satu sem yang memakan masa 4 ke 5 bulan tu. Nak Distinction (bersamaan dengan A) punya pasal, entah WiFi siapa lah yang aku tibai. Dan alhamdulillah, aku graduated dengan pointer yang menjadi target aku even bukan 4 flat.


Selempang idaman ramai time konvo dulu



Kesan Jangka Masa Panjang

Seriously aku kesal sebenarnya memikirkan. Sebab pertama, aku tak tahu siapa pemilik-pemilik WiFi tersebut dan aku tak tahu macam mana nak mintak halal dengan tuan punya WiFi. Seriously aku tak tahu macam mana. Mana nak cari mereka. Nama SSID wifi tu pun aku dah lupa dan jumlahnya pun terlalu banyak. Tak termasuk dengan yang dekat rumah mak cik aku, kat rumah mak, dan sebagainya. Sungguh aku tak tahu macam mana nak mintak mereka halalkan, atau macam mana nak bayar balik dekat mereka. I don't really have an idea. If ada sesiapa tahu caranya, please share to me. Pleasee... Macam mana aku nak bayar balik pada mereka sedangkan aku tak tahu siapa orangnya? huhue.




Dan kedua, apa yang membuatkan aku kesal sangat-sangat adalah apabila assignment yang aku struggle buat siang malam, tak tidur malam tiga empat hari sampai tak makan, minum & life tak teratur tu, akhirnya lesap sebegitu sahaja. Mula-mula aku dapat detect laptop hard disk hampir rosak. Masalah hardware biasa aku hantar kedai je, and then mintak dia backup kan, mula-mula dia cakap boleh detect hard disk, tapi dia tak backup data-data tu & lastly hdd tu langsung tak boleh detect & langsung tak leh recover dah.  Gila ape tak sayang? Mengalir air mata darah kowt nak siapkan semua tu, tup tup hilang macam tu je? Memang aku marah dekat mamat kedai PC tu. Tapi , aku akhirnya redha dan muhasabah diri. 




Nak kata tak ada buat backup langsung tu, aku ada buat backup sebenarnya dekat tempat lain. Tetapi takkan sama perfect macam dekat laptop tu. Dan pun sama backup tu sedikit demi sedikit mulai lesap. Even berapa banyak copy buat sekalipun. Dari tahun ke tahun ia mula-mula hilang, sedikit demi sedikit. Then semua lesap entah macam mana aku pun tak tau. Termasuklah video mandarin yang dah penat-penat aku edit dengan subtitle nya sekali. Lama aku amik masa untuk muhasabah diri dan untuk 'move on' bila benda yang aku sayang lesap. Dan akhirnya aku sedar apa puncanya. Mungkin kerana tiadanya keberkatan. 






Muhasabah Diri

Even aku struggle, usaha sendiri siapkan semua assignment dan system, tetapi mungkin kerana hack WiFi dan tiadanya keberkatan , akhirnya ianya lesap sebegitu sahaja. Penat. Tu je yang mampu aku rasa bila semua yang aku usahakan tu lesap camtu je. Sedangkan aku tahu yang suatu hari nanti aku perlukan ia balik dan memang aku kena refer balik system system yang aku pernah buat tu.  Untuk refresh balik, sebagai portfolio dan sebagainya. Tapi, kini? Aku terpaksa bermula semula. Ya penat. Sebab tu aku kata penat. Takpalah aku akan cuba sikit-sikit.



Faham kenapa aku cerita kan macam mana struggle aku dari foundation dan apa kaitan dengan kes ini? Ya, kerana semua yang aku usahakan, susah payah aku tu akhirnya lesap camtu je. Actually semasa pernah pakai WiFi orang tu, sebenarnya ada terdetik dalam hati aku takut benda ni takda keberkatan dan one day akan hilang camtu je. Orang kata mungkin sebenarnya apa yang terdetik dalam hati kita tu adalah teguran dari Allah. Sayangnya aku ignore je time tu. Fokus aku time tu yang penting kerja aku siap. Namun kini, semua tu sangat-sangat aku jadikan pengajaran. Agar aku tidak lagi alpa, lalai dan leka dalam mengejar sesuatu. Dan agar aku tak cari jalan mudah untuk selesaikan masalah aku. Agar keberkatan itu sentiasa berpanjangan. 



Apapun aku hanya berharap moga tiada lagi kes sebegini sekarang. Dan moga kisah ini menjadi iktibar buat adik-adik yang sedang membaca dan sedang menuntut ilmu. Apatah lagi sekarang WiFi ni kat mana-mana pun senang nak dapat ye tak? Takda kes lagi kowt nak curi-curi password ni. Yang penting niat kena betul. Dan niatlah apa sahaja yang kita lakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan keberkatan jangka masa panjang. Sama-sama kita belajar dari kesilapan dan tidak mengambil jalan yang mudah untuk mencapai sesuatu. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan semoga sentiasa ada jalan & usaha untuk meraih redhaNya. Amin!

Comments

  1. Memang muhasabah sangat yang baca ni pun. Kita semua memang pendosa dik...maaf, akak tak tau camane nak tolong. Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan Nadhie nanti yer. Owh yer..teringat Nadhie pernah share cara nak hack whatsapp aritu. Lepas tuh..akak pun one of the mangsa org hack whatsapp org lain..menyamar guna phone number org lain then whatsapp akak. Haishh..Rase nak balas dendam balik. Nak hack balik...tapi akak tersedar..tak jadi buat. Takperla, ALLAH SWT ada.....

    ReplyDelete
  2. MUHASABAH DIRI BELAJAR DARI KESILAPAN...SEMUA KITA INGINKAN YG TERBAIK DALAM HIDUP NI..MOGA ALLAH REDA DGN NIAT KITA

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, semoga Allah ampunkan semua dosa dosa kita. Kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan silap. Happy selalu :D

    ReplyDelete
  4. Time belajar memang kena ada keberkatan. Ai sendiri penah hampir repeat sebab tak berkat punya pasal.. lepas tu insaf tak buat dah..

    ReplyDelete
  5. semoga jumpa jalan penyelesaian.

    pasal hack wifi tu, I pun dah hampir nak terbuat babe. tapi pakai alat lah. rasanya dulu ada jual kat mudah/fb. rm100++. Time tu I memang baru kahwin, duduk rumah je. dengan tak kerja nak topup pun takde duit. so kawan suggest beli natang tu lah. katanya lajuuuu.

    tapi nak beli ada je proble. takleh transfer lah, tetiba nak pakai duit untuk benda lain lah. last last tak jadi. =___=

    ReplyDelete
  6. paling penting adik dah sedar & insaf. ujian hidup tanda Allah sayangkan adik, dan ujian hidup juga penghapus dosa2 kecil kalau kita redha (contoh: jatuh sakit). solat sunat taubat dik & mintak kat Allah je, tunjuk nak buat macam mana utk rasa tenang balik. akak doakan adik berjaya dunia akhirat. :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kita diBeri peluang utk sedar kesilapan lalu. Bertaubat nasuha & terus improved diri, in shaa Allah. Semua org buat silap, just kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, moga dosa-dosa lalu diampun olehNya yang Maha Pengampun.

    ReplyDelete
  9. kita manusia biasa, kdg2 alpa dgn benda2 macam ni...Allah SWT Maha Mendengar taubat hamba2Nya...

    ReplyDelete
  10. pergh... nad tak sangka pandai hack, hehe.. apapun keberkatan tu penting..

    NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda