Tuesday, 31 January 2017

iPhone 8 Bakal Dilancarkan?

Assalamualaikum & Hi!



Belum habis lagi demam iPhone7, tiba-tiba sudah tersebar tentang iPhone 8 yang bakal dilancarkan pada hujung tahun 2017 ni. Erk.. biar betul kan? Tidak pasti sejauh mana kesahihan daripada page iPhone 8 Official ini yang mendakwa bahawa iPhone tidak sengaja menyebarkan design terbaru iPhone 8 sedangkan masih tiada apa-apa berita dari official page Apple.


Diperbaharui dengan fungsi inovasi camera, flexible button widescreen, carbon fiber arms dan home button yang boleh bertukar-tukar warna dan icon bakal menjadikan iPhone 8 satu fenomena yang luar biasa, kerana fungsi ini belum pernah ada pada mana-mana smartphone sebelum ini. 


Jika benar ini adalah design dan features terbaru iPhone 8, memang sangat menarik pada pandangan saya.  Okay, malas nak cakap banyak lagi, biarlah gambar yang berbicara :


New iPhone 8 Photos Leaked





GIVEAWAY SAMPLE COLLAGEN SOAP NURRAYSA BEAUTY

Assalamualaikum & Hi 

(Click banner untuk join)


KOLAGEN MARIN ASLI- mengandungi mineral, asid amino, beta karotein, serta protein yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit

MINYAK ZAITUN - berkesan membersih dengan mendalam tanpa menyumbat pori - pori dan telah digunakan secara meluas dalam industri kecantikan di barat kerana kandungan vitamin E yang tinggi yang boleh merawat kulit muka serta anti penuaan yang sangat dipercayai

SUSU KAMBING- mengandungi selenium dan vitamin A iaitu makanan penting untuk kulit yang cantik menawan. Kaya dengan asid laktik yang berupaya membuang sel kulit mati yang degil di kulit, melembabkan serta mencerah kembali kulit yang kusam. Barat menggelarkan ia sbg 'healing miracle'

*Herba terpilih
*Habbatussauda'

Inginkan kulit anda mendapat manfaat dari bahan-bahan hebat di atas? 

Sabun ini juga sesuai untuk:
✔ Bayi seawal baru lahir
✔ Kaum lelaki & wanita yg mempunyai masalah kulit
✔ Eczema, gatal serta kurap
✔ Boleh guna satu badan

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Dan Psoriasis Pada Bayi

Assalamualaikum & Hi



Teksturnya yang putih jernih, halus dan lembut membuatkan saya terpikat untuk menyentuhnya. Selain sesuai untuk kegunaan luar bagi mengatasi masalah kulit seperti ekzema, ruam-ruam dan jerawat, malah bedak asmak juga selamat untuk dimakan! Jangan tak percaya! Biasanya bedak asmak dimakan bagi mengatasi masalah seperti sakit perut, cirit birit , gout dan lain-lain.

Diperbuat dari 100% bahan semulajadi iaitu tanah liat putih berkualiti tinggi, menjadikan bedak herba asmak selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi dan sangat sesuai untuk merawat ruam pada bayi, ekzema, psoriasis, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain 



Apa keistimewaan Bedak Asmak ?


Selain merawat masalah kulit seperti di atas, bedak herba asmak juga terbukti mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu. Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur 

Monday, 30 January 2017

Bayaran Untuk Segelas Susu

Assalamualaikum & Hi




Pelajar lelaki itu terduduk lelah. Letih setelah sepanjang hari menjaja dari rumah ke rumah demi mengumpul duit untuk membeli buku-buku rujukan dan keperluan pengajian perubatannya itu. Kehidupan sebagai pelajar perubatan di luar Negara memang sangat mencabar baginya. Lagi-lagi apabila jauh dari keluarga dan wang biasiswa tidak mencukupi untuk menampung keperluan-keperluan lainnya.

Hasil jualannya tidak berapa laku pada hari itu. Setelah digunakan untuk membeli beberapa barang keperluan pelajarannya, dia tidak mempunyai baki mencukupi untuk membeli makanan. Namun, dia sangat lapar pada malam itu.

Monday, 23 January 2017

Review Movie : Lost in The Pacific

Assalamualaikum & Hi!



Apa khabar semua? Sihat? Buat apa tu? Saya baru sahaja lepas tonton filem ni, so review sedikit mengenai movie Lost in the pacific.

Apa yang menarik tentang movie ini, salah satu lokasi pengambarannya berlangsung di Malaysia, bertempat di Pinewood Iskandar Malaysia Studio , Johor, Malaysia.

Diarahkan oleh Vincent Zhou, filem ini dibintangi Brandon Routh (Superman Returns) and Chinese star Zhang Yuqi.


 Lost in The Pacific Synopsis :


Kisahnya bermula apabila sebuah kapal terbang komersial baru yang hanya memuatkan penumpang bertaraf elit memulakan penerbangan pertama ke Hong Kong. Masalah timbul apabila pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah pulau terpencil apabila mengalami air turbulence yang agak teruk.

Dalaman kapal yang super cantik & berclass. Kira ruang untuk VVIP chillin' & santai2

Sunday, 22 January 2017

Klinik Homeopathy Hasan Di Kompleks PKNS Bangi

Assalamualaikum & Hi!




Sakit pada urat saraf di bahagian pinggang membuatkan saya berasa tidak selesa. Berdiri salah, duduk salah, malah baring pun salah. Sungguh moral saya benar-benar down pada ketika itu, perasaan menjadi sensitif dan hati mudah sahaja merasa sedih. (Biasalah orang tak sihat selalu begitu ;p)




Pengalaman Sendiri Masalah Urat Saraf di Bahagian Pinggang Dan Gastrik



Silap sikit sahaja postur duduk, rasa sakit itu pasti akan berbangkit. Saya sedar sebenarnya masalah berkaitan urat saraf di pinggang saya pada ketika itu bermula semenjak saya mula memasuki alam pekerjaan, terlalu lama duduk (memandangkan kerja kami bila ada problems, baru pergi troubleshoot), postur duduk yang tidak betul, tidak bersenam, tidak menjaga pemakanan dan banyak lagi aktiviti harian saya yang menjadi penyumbang kepada masalah itu. 


Dalam masa yang sama berat badan semakin bertambah dengan pola pemakanan yang tidak teratur membuatkan saya juga turut berhadapan dengan masalah gastrik. Setiap kali tidur malam, pasti akan tiba-tiba tersedak ataupun terbatuk-batuk. Perut yang memedih tiba-tiba, selalu tidak dipedulikan, dibiarkan kosong.

Thursday, 19 January 2017

Apa Yang Buat Saya Berkenan Layan Drama Korea?

Assalamualaikum & Hi!

Best citer ni. Antara kdrama pertama yang buatkan saya layan korean drama.

Good Day Everyone! Sihat hari ni? Btw, ada peminat korean drama tak dekat sini? Anda-anda minat sebab apa eh? Sebab pelakon wanita atau lelaki yang cantik-cantik dan kacak? Jalan cerita yang menarik? Atau apakah? Dan betulkah movie or drama korea ni hanya berkisar tentang cinta semata-mata? Tentang sang kaya dengan sang miskin? Camtu ke?

Heh, btw, masih ada lagi ke yang tak minat a.k.a kecam Kdrama & seangkatan dengannya ni? *sigh* Train to Busan layan pulak korang. -_-  Sebelum kecam, saya cadangkan cuba tengok dulu. Then judge. 




Apa Yang Buat Saya Berkenan Tengok Cerita Korea ni?


Btw, saya pun bukanlah peminat tegar kpop or korea-korea ni jauh sekali nak mengangkat-angkat mereka. Pendek kata iolss layan semua citer yang best. So, dekat sini meh I nak share sedikit antara sebab yang buatkan I layan gak korean drama ni. 


1. Kesihatan


Dalam kebanyakan movie or drama, mesti ada selit part kesihatan, gaya hidup yang sihat, pemakanan yang sihat. 

Dari situ, akan membuatkan kita rasa macam nak tiru lifestyle mereka ni. Antara yang saya perasan lah benda yang mereka tekankan, minum air masak, makan sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan segar, bersenam dan sebagainya. 

Mesti ada je part watak-watak dalam tu yang tengah stress kunun-kunun, then lepaskan stress dengan cara running atas treadmill. Thumbs up. Cara yang bagus untuk lepaskan stress. 

Sunday, 15 January 2017

Review Movie: Dr. Strange

Assalamualaikum & Hi!



Dalam November yang lalu, tiba-tiba kawan ajak keluar, nak belanja tengok wayang katanya. Kebetulan time tu memang teringin sangat lah nak layan Dr. Strange ni.

Yelah tengok trailer dia pun phew~ Memang menepati citarasa dan genre yang saya suka ;D Action, mystery, fantasy. Hehe.  Btw, anda-anda semua minat movie genre apa je ye? Curious gak. hehe. Okay , itu baru trailer. So macam mana pulak full story kan? So, here's my review.



Synopsis :

Dr. Stephen Vincent Strange merupakan seorang neurosurgeon yang sangat genius, namun terlalu angkuh dan sombong orangnya. Dia juga turut memandang rendah pada doktor-doktor lain dan memperlekehkan kebolehan mereka.

Tanpa disangka, kemalangan yang tidak diingini melibatkan lamborghini mewahnya meragut kebolehan Dr. Strange sebagai neurosurgeon sekaligus kerjayanya.


Harta yang banyak & kehidupan yang mewah semuanya hilang begitu sahaja. Hanya Christine yang stay di sisi dia. Namun, dia memperlekehkan kehadiran Christine dan menganggap wanita itu hanya bersimpati dengannya.

"Only time will tell how much I love you," Kata Christine, hampa sebelum berlalu pergi setelah kena halau dan kena hina dengan Dr. Strange

Pelbagai Tutorial DIY Bunga Hiasan Yang Memikat Hati

Assalamualaikum & Hi!



Nak hadiahkan bunga untuk seseorang? Atau nak tambah hiasan bunga dekat rumah? Atau nak dijadikan hiasan pada hadiah untuk diberikan pada seseorang? Jom follow tutorial DIY bunga hiasan yang saya nak kongsikan ni. Sangat gorgeous dan sungguh memikat hati. Menjimatkan dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. :)



Tutorial DIY Sendiri Bunga Hiasan Yang Memikat Hati


Nampak macam senang. Tapi, bila buat tak tahu lah sejauh mana senang tu kan. Kalau nak tahu memang kena cubalah. Hihi. So, apalagi, follow je tutorial macam dekat gambar-gambar di bawah ni.

Material bunga boleh guna kertas, kertas minyak, tisu, straw, kain satin ataupun apa jenis kain mengikut kreativiti dan citarasa anda. 

Bahan-bahan lain terdiri daripada, dawai, gunting, hot glue, manik, bakul hiasan dan lain-lain mengikut citarasa anda.












Saturday, 14 January 2017

Website Menarik Untuk Download KDrama Secara Percuma!

Assalamualaikum & Hi!



Ramai yang tanya, biasanya download korean drama dekat mana? So, buat peminat korean drama, saya nak share website menarik, di mana anda boleh download drama korea favorite anda samada yang latest mahupun yang terdahulu dekat sini

Selain daripada kdrama, movie korea, if anda peminat citer jepun macam saya (Siapa layan Hanakimi?Yeayyy kita geng), boleh download dekat sini jugak. Macam tu jugak dengan chinese movie & drama. 


Cara-Cara Nak Download Movie/Drama Dari Doramax


Monday, 9 January 2017

WOMEN SHOES PERFECT FOR WORK

Assalamualaikum & Hi!




Good day everyone! How's it going? Have you ever struggled to find the perfect footwear for your working day? Looking for perfect shoes that are comfortable but still make you look fashionable and match your career profession?

These days, women are rocking the career world looking chic and fashionable while being successful in what they do. One thing that people often do not realize is that what we wear to work is what influences us in boosting our confidence. As much as stylish yet professional work outfit goes, shoes also play a huge role in making women conquer the working world. 

So let’s check out what are the women shoes designs that are perfect for work and have always been a woman’s best friends.



WOMEN SHOES TIPS: WORK SHOES EVERY WOMAN SHOULD OWN




1.    High Heels

 

No woman can deny the power that high heels bring to their self-confidence. The height and sexiness of high heels is what makes a woman stand strong in the workplace. It gives us that boost of power and in control feel while performing our tasks.

Not only that, high heels are always great to be worn with anything from dresses, trousers, jumpsuits or even pencil skirts at the office. 

Some light makeup are enough when we put on high heels to make it looks more professional and suitable in office environment. 

Back To School Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum & Hi!


Jom join GA ni! 

Syarat nak join ni simple je :)

1. Follow blog Abam Kie. 
2. Follow Google Plus Abam Kie.
3. Buat entri bertajuk 'Back To School Giveaway by Abam Kie'
4. Tampal banner di atas di entri penyertaan dan 'backlinkkan' ke entriINI.
5. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini.
6. Siap!

Para pemenang akan dipilih oleh random.org. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...