Sebelum ini saya pernah terbaca sebuah perkongsian yang bertajuk "Dosa Suami Kesan kepada Isteri," Dosa apakah? Adakah tentang pengabaian tanggungjawab? Masalah rumah tangga dan sebagainya? Umum mengetahui bahawa kisah ini memang selalu 'famous'. Pun begitu, pada ketika itu, saya sedikit kabur apabila membaca tajuknya. Tentang apakah? Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya, lantas saya memulakan pembacaan. Buat kaum lelaki yang punyai anak isteri yang anda sayang dan ingin lindungi, bacalah kisah ini dan ambil lah iktibar darinya. Moga terhindar dari situasi yang sama. Dan sama-sama kita berdoa moga Allah jauhkan kita dan seisi keluarga kita daripada terlibat dengan sikap-sikap negatif yang seperti ini. Amin. Dosa Suami, Kesan Kepada Anak & Isterinya Dosa suami memberi kesan kepada anak dan isterinya Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isteri