Tuesday, 30 January 2018

Tebus Ticket Wayang Percuma Sempena Bulan Birthday di GSC

Assalamualaikum & Hi Semua!

Tebus Ticket Wayang Percuma Sempena Bulan Birthday di GSC 


Sebelum ni saya pernah terbaca/terdengar perkongsian tentang boleh tebus ticket wayang percuma dari GSC Cinema bersempena bulan birthday seseorang. Tak pasti terbaca dekat blog atau terdengar dari orang lain. Sudah lama sebenarnya boleh tebus dekat GSC ni, tapi baru je tahu beberapa bulan lepas :) Disebabkan saya lahir bulan Januari, so peluang yang ada ni memang tidak dilepaskan. Memandangkan tak sempat tengok lagi Insidious dan Jumanji, time-time macam ni memang cukup perfect dah untuk melaksanakan #relationshipgoals, #tilljannah, #bffforever , ahaks dan sebagainya. haha.


Btw haritu sis berjaya tebus 2 ticket wayang percuma untuk menonton filem Jumanji. Memang pyas hati lah sebab dapat jugak tonton filem yang sis tunggu-tunggu ni. Iolss suka watak Ruby Roundhouse lakonan Karen Gillan time cuba goda lelaki tu.*tetiba*. So, pada yang tak tahu dan teringin nak dapatkan ticket wayang percuma jugak, boleh lah ikut langkah-langkah berikut. :) 





Cara-cara Nak Dapatkan Ticket Wayang Percuma


1. Mula-mula korang kena register. Nak register, click je sini atau pergi je dekat website GSC dan kemudian sign up.

2. Isikan detail-details yang betul seperti nama, tarikh lahir, ic dan sebagainya.

3. Done.

4. Bila tiba bulan birthday, akan dapat email daripada pihak GSC. Then click "Redeem Now"

5. Print Muka surat yang terpapar dan masukkan nama, ic dan alamat email.

6. Pergi ke kaunter GSC macam biasa, pilih movie dan seat, tebus guna voucher tersebut.

7. Ada term and condition. Baca sendiri.


Okay mudah je kan? Yang penting jangan lupa bawak IC okay. So pada yang lahir bulan 2 ni, sempatlah nak register dan guna kan? Selamat mencuba! Dan pada yang dah register, korang  tebus tak? Dan korang tengok cerita apa eh guna birthday ticket ni? ahaks. Okay setakat ini sahaja. Bubye!



3 comments:

  1. bday CR bulan feb,boleh la dftr hehehe,
    thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  2. dok kat sana best lah nad boleh tengok wayang hii

    ReplyDelete
  3. Alah! dah tak sempat nak tebus heheh ^^ thanks for sharing tau! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me