Biodata Penuh Alvin Chong - Nadhie Wueen

Wednesday, 7 February 2018

Biodata Penuh Alvin Chong

Assalamualaikum & Hi Semua!


Biodata Penuh Alvin Chong


Bunyi deringan telefon yang tiba-tiba berbunyi lantas menghentikan lamunanku dari terus tekun menatap wajah kacak Alvin Chong. Ah, siapa pulak yang call? Kacau daun betullah! ' getus hati kecil aku. Lantas aku menjawab. dan greeting seperti biasa.

"Hello saya Asyraf dari MP...," Dia memperkenalkan diri.

"Ya, ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Ada dapat tak..." Dan... perbualan kami pun berterusan.

Berbalik pada Alvin Chong, btw masih ada lagi kah gadis-gadis yang tak kenal Alvin Chong ni? Merupakan pelakon kacak berbangsa cina yang sedang meningkat naik. Menariknya kerana personaliti, auranya dan terutamanya lakonan Alvin dalam 'Awak Suka Saya Tak?' membuatkan dia punyai ramai peminat bukan sahaja dikalangan gadis cina, malah melayu. Ya, aku lah tu salah seorang darinya :p  Heh, btw aku dah lama minat Alvin ni tau. Sebelum dia jadi hero lagi. ;P Minat sebab rupa paras Alvin ni menepati ciri-ciri lelaki idaman aku, kulit putih, air muka nampak lembut, handsome. Haha. Tapi bak kata Ayen, Alvin tak pandang pun. Kah. 

Baru-baru ni Alvin ada datang mitsui Outlet pada 28 Januari 2018 dan 4 Febuari 2018. Memang bergambar sakan lah siblings aku dengan dia. Jeles dibuatnya. hihi. Btw, pada yang nak mengenali Alvin dengan lebih dekat, di bawah ni sis sertakan biodata Alvin untuk tatapan anda. :)






Biodata Alvin Chong

Alvin Chong

Nama Penuh: Alvin Chean Wah Chong
 Nama Komersil: Alvin Chong/ Alvin
 Tarikh Lahir: 23 Januari 1991
Umur: 27 tahun(2018)
Asal: George Town, Pulau Pinang
Keluarga: Anak pertama daripada tiga adik-beradik
Agama: Kristian
Bangsa: Cina


Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Model dan Ahli Perniagaan
Single:  Mencintaimu (lagu baru), Lagu Mu, Perfect, Don’t Ask Me Why, OH!, Born This Way, dan beberapa lagu Mandarin
Drama/Filem: Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr Pilot, Once Upon A Time, 3 Brothers & The Dreams Boyz, Awak Suka Saya Tak
Label Pengurusan: E Studios Management




Social Media Alvin Chong

Alvin Chong berbaju melayu. kacak :)

Facebook: https://www.facebook.com/alvinchong123
Twitter: https://twitter.com/Alvinchong123
Instagram: https://www.instagram.com/alvinchong123


Trivia Menarik Alvin Chong

Oh Alvin :)


  • Lahir daripada program realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ) 2009.
  • Dia Semanis Honey merupakan drama Melayu pertamanya.
  • Memulakan karier nyanyian sejak 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin.
  • Single Melayu pertamanya, Lagu Mu ciptaan Omar K merupakan lagu runut bunyi (OST) drama Suri Hati Mr Pilot.
  • Setakat ini, mempunyai lebih 723,000 followers di Instagram
  • Mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri iaitu Dr. Love Fragrance pada penghujung tahun 2016.
  •  Sangat meminati lakonan Datuk Rosyam Nor.


Okay sekian sahaja entri sis tentang Alvin. If nak tahu lebih lanjut boleh lah stalk beliau. hihi. 
Okay bubye!


Sumber : www.pocketjobs.my


6 comments:

  1. Kalau tak letak biodata ni zumal tak tahu siapa Alvin, teruknya zumal...

    ReplyDelete
  2. kenal dia pun sebab tengok dia dengan fatah tu
    hahaha

    ReplyDelete
  3. suka tgk dia dgn Fatah Amin dlm the House..kelakar depa berdua..

    ReplyDelete
  4. amboi pak we ke nad hii.. Alvin ni fasih bahasa melayu tu ramai peminat melayu kan. lebih lagi kalau berlakon dalam drama melayu kan.. doakan lah semoga ada hidayah buat beliau hii..

    ReplyDelete
  5. Baru tahu Alvin ni lahir tahun 1991

    ReplyDelete
  6. wahhhh kacaknyaaaa...tapi kalau nadhie xtulis pasal alvin chong...sumpah xkenal..hahaha...nampak sgt la xlayan tv or astro
    ..huhu

    ReplyDelete