Tahun Baharu Cina Menyaksikan Carian Dalam Talian di Shopee Meningkat Sebanyak 32% - Nadhie Wueen

Friday, 16 February 2018

Tahun Baharu Cina Menyaksikan Carian Dalam Talian di Shopee Meningkat Sebanyak 32%

Assalamualaikum & Hi Semua!

Tahun Baharu Cina Menyaksikan Carian Dalam Talian di Shopee Meningkat Sebanyak 32%


Setiap kali musim perayaan menjelang tiba, setiap kali itulah ramai yang berpusu-pusu shopping secara online. Apa taknya semuanya dihujung jari. Kesibukan aktiviti harian, kesuntukan masa, menjadikan ramai yang memilih untuk bershopping secara online. Begitu juga saya. Dan salah satu platform online shopping yang saya suka adalah Shopee. Ada bermacam sebab, contoh sebab banyak promotion,  pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta,

 
Berikutan itu, sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.




Untuk pengetahuan anda, berikut merupakan carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 ni untuk beberapa kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobile & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.




No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas



Jadi, tunggu apa lagi kan? Jom nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Okay sekian sahaja, bubye!




4 comments:

  1. SHOPPING ONLINE LEBIH JIMAT N MUDAH TAPI KURANG MEAKINKAN JUGA KOT

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi sabtu nadhie

    waktu cuti orang tak ada kerja agaknya, shopping online

    ReplyDelete
  3. Rata rata yang berbelanja memamng kaum hawa.

    ReplyDelete
  4. Shopee satu app yang memudahkan kita menghabiskan duit. Same goes to apps yang lain :D

    ReplyDelete