Pesawat Terbesar di Dunia Antonov An-225 Mriya Mendarat di KLIA - Nadhie Wueen

Sunday, 15 April 2018

Pesawat Terbesar di Dunia Antonov An-225 Mriya Mendarat di KLIA

Assalamualaikum & Hi Semua!

Pesawat Terbesar di Dunia Antonov An-225 Mriya Mendarat di KLIA
Sumber gambar : Bernama



Pesawat terbesar di dunia? Besar mana lah kan? Untuk pengetahuan anda, pesawat terbesar di dunia Antonov An-225 Mriya, sebesar 84 meter(m) panjang dan berketinggian 18 meter, telah selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 14 April 2018 semalam.Merupakan pesawat kargo gergasi Ukrain, pilot mereka iaitu Antonov Dmytrov memberitahu Bernama bahawa Malaysia merupakan tempat persinggahan ketiga selepas Lepzig, Jerman, Dammam dan Arab Saudi bagi menghantar kargo berat.


Memandangkan pesawat tersebut akan berada di sini selama tiga hari sebelum terbang semula ke Arab Saudi, so apalagi jomlah ushar-ushar kan besar mana lah pesawat tersebut. Bak kata dutanya iaitu Olexander Nechytaylo yang turut hadir di KLIA, beliau sangat bangga melihat hasil hebat daripada teknologi pesawat tersebut dengan lebih dekat.

Phew~ Besar sungguh nak dibandingkan dengan kapal terbang yang lain.
Sumber gambar : JetPhoto.net



"Inilah antara contoh hasil daripada teknologi yang dimiliki Ukraine. Ia menunjukkan bahawa dalam sesetengah bidang seperti aeroangkasa dan pembinaan kapal terbang, Ukraine menjadi antara peneraju di dunia. 
"Saya sungguh gembira apabila pesawat ini kini berada di Malaysia dan dapatlah rakyat negara ini melihatnya sendiri," kata beliau.



Pesawat yang mengangkut barang yang tersangat berat ni adalah menyamai lima pesawat lain, menggunakan enam enjin dan memiliki sayang berukuran 88m panjang dan 32 tayar. Direka bentuk oleh Antonov pada akhir 1980-an, pesawat tersebut merupakan pesaawat paling panjang dan paling berat yang pernah dibina setakat ini. 

Phew~ tak dapat dibayangkan. Kena tengok sendiri baru puas hati kan. Jom lah beramai-ramai turun KLIA sambil mensesakkan jalan raya dan membuatkan sis kesukaran pergi balik kerja. Lol. Okay gurau je. hihi.

Okay sekian sahaja dari sis! Bubye!



SUMBER:  BERNAMA



2 comments:

  1. Nak turun KLIA yang malas tu. Hihi. Gila besar. CAnggihnya lah, hebat tau!

    Nadhie, jemput join segmen dan giveaway blog Siqah ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA


    ReplyDelete
  2. Besar betul pesawat tu, hairan camne la dia terbang...

    ReplyDelete