Bershopping Sakan di Jakel Sempena Promosi Besar-besaran Hari Raya Aidilfitri 2018 Sehingga 85% Diskaun! - Nadhie Wueen

Thursday, 24 May 2018

Bershopping Sakan di Jakel Sempena Promosi Besar-besaran Hari Raya Aidilfitri 2018 Sehingga 85% Diskaun!

Assalamualaikum & Hi Semua,


Apa khabar? Macam mana persiapan raya korang pada tahun ini? Dah beli ke? Btw, pada 20hb May 2018, Ahad yang lalu, saya berkesempatan untuk singgah ke Wisma Jakel Shah Alam sempena Sesi Borak Santai Bersama Duta Jakel 2018 yang tidak asing lagi. Sampai-sampai dalam pukul12 tengahari, memang struggle gila nak carik parking. 

Bertemakan Jakel Barulah Raya, Jakel Trading Sdn. Bhd. sekali lagi menampilkan selebriti duta Jakel siapa lagi kalau bukan Harith Iskandar, Nabil Ahmad, Hanis Zalikha, suami (Hairul Azreen) & anaknya (Yusuf  Iskandar) serta Sha Awal & Lara bagi mempromosikan koleksi raya 2018 mereka. 

Owh tidak lupa juga Upin Ipin turut hadir bagi memeriahkan suasana dan melengkapkan lagi koleksi bagi si kecil iaitu koleksi pakaian Upin dan Ipin.

Selain itu, turut diadakan promosi lelongan dan diskaun besar-besaran yang pasti membuatkan korang telan air liur sebab tak pergi. Nak tahu apa? Jom baca selanjutnya!



Bershopping Sakan di Jakel Sempena Promosi Besar-besaran Hari Raya Aidilfitri 2018 Sehingga 85% Diskaun!


100 Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal Jakel!

Promosi lelongan dan diskaun besar-besaran di mana 100 baju melayu percuma telah diberikan kepada pelanggan terawal Jakel pada hari itu. Wahh.. beruntung sungguh bukan? Memang siapa yang tak pergi tu rugi je kan. hehe. Bukan 10 helai tau agihannya, tetapi mencecah sehingga ke 100 helai. Kira bertuah sungguh lah 100 orang pelanggan terawal Jakel pada hari tersebut. Apatah lagi kita mengetahui bahawa baju-baju dan kain di Jakel semuanya cantik-cantik kan!





Pelbagai Koleksi-koleksi Terkini Mengikut Trend Fesyen Tanahair

Jakel juga tidak pernah gagal dalam memberikan koleksi-koleksi terbaik buat pelanggan-pelanggannya di mana koleksi-koleksi baju raya yang dihasilkan sememangnya mengikut trend terkini, menepati citarasa pelanggan , warna-warna yang popular dan menjadi one stop centre buat pelanggan yang ingin mendapatkan pakaian berjenama selebriti popular tanah air. 

Antara koleksi-koleksi pakaian traditional lelaki namun menampilkan fesyen terkini terdiri daripada Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad yang berkonsepkan moden kontemporari, Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari dengan design terbaru dan koleksi Baju Melayu Harith Iskander.

Selain itu, terdapat juga beberapa koleksi lain yang sangat-sangat mencuri tumpuan saya adalah koleksi kurta yang punyai design terkini dan detailed butang di tangan, koleksi baju kurung Ayda Jebat, koleksi kanak-kanak Upin Ipin, Lara Alana dan Yusuf Iskandar serta Koleksi pakaian sekeluarga match matching. 





Kain Ela Bercorak Percuma Dari Jakel Buat Pelanggan Yang Membeli Baju Melayu

Dua dalam satu harga katanya. Mak kakak adik terus berpeluang untuk mendapat kain ela percuma yang pelbagai corak pula apabila belikan baju untuk suami, abang dan mahupun anak masing-masing. Phew~ Siapa nak bagi kan? 

Yang lelaki pun  kalau dah alang-alang carik baju melayu tu pun boleh terus dapat sepasang kain ela untuk dihadiahkan buat isteri atau anak-anak perempuan gitu. Abang-abang pun sama, beli baju melayu, boleh bagi adik perempuan kain ela tu kan. Sungguh memang menarik tawaran-tawaran hebat dari Jakel ni. 



Memang menarik bukan tawaran-tawaran hebat dari Jakel ni. Okay jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun banyak-banyak, pakaian percuma dan banyak lagi kejutan menanti anda!

Sekian sahaja dari saya! Bubye!



Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi:

Instagram : @Jakel_shahalam
Facebook : Jakel Shah Alam
Tel : 03-55108976


3 comments:

  1. Lawa lawa jugak koleksinya.. Seronoknya shopping nadhie 😍

    ReplyDelete
  2. Excellent post. I was checking constantly this blog and I
    am impressed! Extremely helpful information specifically the
    last part :) I care for such information a lot. I was seeking this particular information for a long time.
    Thank you and best of luck.

    ReplyDelete
  3. Kena ambil peluang beli time sales ni kalau tak harga dia mampu tengok sipi-sipi jer...

    Best juga dapat jumpa gang blogger tu

    ReplyDelete