Biodata Lengkap Haqiem Rusli Penyanyi Kacak Berbakat Besar - Nadhie Wueen

Thursday, 3 May 2018

Biodata Lengkap Haqiem Rusli Penyanyi Kacak Berbakat Besar

Assalamualaikum & Hi Semua!

Biodata Penyanyi Kacak Haqiem Rusli 


Suaranya yang lunak dan merdu. Rupa paras yang kacak, sopan dan punyai gaya tersendiri membuatkan ramai yang terpikat melihatnya. Siapa yang tak kenal Haqiem Rusli? Merupakan penyanyi, komposer dan penulis lirik yang mula-mula dikenali kerana lagu nyanyiannya "Segalanya" yang pernah menjadi lagu ost Lara Cinta Ameena. Populariti Haqiem Rusli sudah semakin berada di kemuncak, terutama selepas kemenangannya di tempat ke 3 pada AJL 32 yang berlansung Februari lepas dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, baucar bernilai RM2000 dan sebuah trofi, walaupun baru pertama kali bertanding. 


Haqiem Rusli atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Bin Rusli baru sahaja berumur 19 tahun ketika mempertaruhkan lagu popularnya Tergantung Sepi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 32. Sis memang dah lama ushar beliau. Sejak beliau masih kecil lagi, masa beliau menyanyi lagu Isabella lagi. Sempat sis membayangkan yang dia tengah menyanyikan lagu 'Nadhiebella' XD sehingga ingin bersuamikan beliau. *Okay gurau je :D *



I'm a loyal but unlovely girl. Would you marry me huh? kah. *Pangggg. Lalu ditampar peminat Haqiem Rusli.*

Actually, masa beliau masih budak lagi, sis memang dah perasan dah *dengan kuasa super power sis* yang beliau ni memang berbakat dan bakal menjadi seorang bintang suatu hari nanti. Then, pernah sekejap namanya tenggelam di dalam bidang seni. Hati tertanya-tanya, mana perginya budak yang bersuara power tu? Yang menyanyi penuh semangat? Tak sangka beberapa tahun kemudian beliau akan muncul kembali. 


So, untuk pengetahuan korang, Haqiem Rusli sudah lama berjinak-jinak di dalam bidang seni ketika masih budak-budak lagi. Beliau pertama kalinya mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air ketika berusia 10 tahun apabila beliau menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil (TV9) musim pertama pada tahun 2008 dan berjaya menjadi naib juara. 


Pernah menyertai The Bessing (2012), Novemboys(2014) dan akhirnya muncul solo (2016) dengan menyertai Mentor Millenia & menjadi protege Black dengan menggunakan nama Haq. Namun, tuah tidak menyebelahinya. Ada desas-desus yang mengatakan Black tidak mengambil beliau kerana bakatnya sudah setanding artis-artis yang hebat. Dalam masa yang sama beliau telah menandatangani kontrak dengan FMC Music sehinggalah keluarnya single pertamanya Segalanya, sebelum menjadi popular seperti kini. 

Selanjutnya, jom baca biodata beliau seperti di bawah.




Biodata Penyanyi Kacak Haqiem Rusli 

Biodata Penyanyi Kacak Haqiem Rusli 


Nama Penuh : Ridzuan Haqiem Bin Rusli
Nama popular: Haqiem Rusli
Asal Usul : Hulu Langat Selangor
Tarikh Lahir : 16 Jun 1998
Umur : 20 tahun (2018)
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Adik-Beradik: Anak ke3 dari 5 orang beradik
Ibu : Nazrah Ahmad Nordin
Bapa: Rusli Abdul Manaf
Sekolah : SK Sungai Serai & SMK Dusun Nanding, Hulu Langat
Pekerjaan : Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik
Genre : Pop, Balada, R&B
Syarikat Rakaman: FMC Music
Kelab Peminat: Qiemilio


HASIL KARYA/LAGU CIPTAAN

Pesan - Irfan Haris (2017)
Tersiksa - Putera Band (2017)
Aku Sendiri - Sufi Rashid (2017)
Sahabat - Adly Sofwan (2017)
Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat. Aman Ra (2017)
Cinta dan Rindu - Ary Klangit (2018)


Antara lagu beliau yang saye suka :)



ANUGERAH & PENCAPAIAN

▪Naib Juara Idola Kecil 1 TV9 (2008)
▪Juara Pop Krew TV9 (Novemboys)
▪Tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH2017)
▪Tempat ketiga - Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) menerusi lagu Tergantung Sepi
▪Tercalon dalam dua kategori di Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) iaitu kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Tergantung Sepi)
▪Menyanyikan lagu tema Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang bertajuk 'Meletop' kolaborasi bersama Aziz Harun dan Alif (SleeQ)


SOCIAL MEDIA

Instagram : https://www.instagram.com/haqiemrusli98_/
twitter: https://twitter.com/haqiemRusli
Facebook: https://www.facebook.com/Haqiem-Rusli-307876216029194/

Selpie dekat tandas pun comel :)

Apa yang paling saya suka dengan cara Haqiem ni, beliau menjaga batas-batas dan pergaulan sebagai seorang artis dan sangat menjaga wanita. :) Bila memasukkan gambar beliau akan mencover part gambar-gambar yang melihatkan aurat-aurat samada peminat atau keluarganya. Gentleman!Hee. Salute dekat Haqiem. Mana nak cari artis muda yang seperti ini kan? Apapun moga Haqiem boleh istiqamah dan dalam masa yang sama terus mengejar kejayaan dunia akhirat. Amin! Good luck Haqiem! :)

Okay setakat ini sahaja & sekian sahaja dari saya. Moga ketemu lagi. Bubye!



SUMBER: Haqiem Rusli

4 comments:

  1. suara dia sedap :D lagu pun best

    ReplyDelete
  2. addei akak x pernah tahu menahu pun hiii.. nampak sangat x ambik kisah dah,,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis nadhie.


    Mencari sesuap rezeki yang halal dan berkat memang susah.

    ReplyDelete