Menyaksikan Persembahan Artis-artis Popular Sebelum Berbuka Puasa di Next Food Junction Klang Parade - Nadhie Wueen

Tuesday, 22 May 2018

Menyaksikan Persembahan Artis-artis Popular Sebelum Berbuka Puasa di Next Food Junction Klang Parade


Assalamualaikum & Hi Semua!
Menyaksikan Persembahan Artis-artis Popular Sebelum Berbuka Puasa di Next Food Junction Klang Parade
credit image : Hael Husaini


Apa khabar? Sihat? Sempena bulan ramadhan ini, bagi yang ingin berbuka puasa di Next Food Junction Klang Parade, anda berpeluang untuk menyaksikan persembahan artis-artis popular yang bakal membuat persembahan di Klang Parade pada 3 JUN 2018 ini!

Persembahan bermula dari pukul 2.00pm hingga 6.00pm. Untuk pengetahuan anda, antara artis-artis popular yang bakal menghiburkan peminat di Klang Parade adalah seperti Hael Husaini, Adibah Noor, Khai Bahar, Kilafairy dan Baki Zainal. Macam best je kan? Sambil shopping tengok persembahan and then berbuka puasa :D



Khai Bahar dan Hael Husaini Antara Artis Popular Yang Hadir!

Menyaksikan Persembahan Artis-artis Popular Sebelum Berbuka Puasa di Next Food Junction Klang Parade

Dan sudah tentu sis tertarik dan teruja untuk melihat persembahan dari artis-artis popular terkini, siapa lagi kalau bukan Khai Bahar dan Hael Husaini kan? Ini kerana kedua-duanya membawakan lagu popular yang sememangnya sis minat.

Siapa sangka Khai Bahar yang asalnya bermula dengan smule dan banyak cover lagu artis-artis lain di Youtube kini berjaya menjadi artis popular tanahair kerana lagu-lagu best yang dinyanyikannya? Dan sememangnya dia telah membuktikan bahawa dia berbakat besar apabila setiap single darinya mendapat sambutan hangat dari peminat.
Menyaksikan Persembahan Artis-artis Popular Sebelum Berbuka Puasa di Next Food Junction Klang Parade
credit image :UtaraNews

Dan umum mengetahui bahawa ramai artis yang asalnya bermula dari Youtube kini berpeluang melebarkan sayap mereka dalam bidang seni. Apatah lagi youtube channel mereka ni sememangnya mendapat sambutan hangat dari peminat bukan?

credit image : MalaysiaGazette

Manakala Hael pula yang popular dengan lagu jampi, turut berjaya menempatkan nama Hael Husaini sebagai antara artis berbakat di persada seni tanah air apabila muncul juara di AJL 32 yang lalu. Bukan sahaja penonton je bagai dijampi, malah juri-juri. Okay sis gurau :'D Kini Hael juga baru sahaja mengeluarkan lagu duetnya bersama Dayang Nur Faizah iaitu Haram.

Sambil-sambil jom ushar clip video lagu terbaru Hael Husaini dan Dayang, iaitu Haram.




Oh Biar rasa ini..
Tersimpan Hanya untuk aku...
Kamu Saja tahu...




Berbuka Puasa di Next Food Junction Selepas Menyaksikan Hael Husaini, Adibah Noor, Khai Bahar, Kilafairy dan Baki Zainal di Klang Parade



Menyaksikan Persembahan Artis Popular Sebelum Berbuka Puasa di Food Junction Klang Parade


Sambil bershopping sakan di Klang Parade, sambil tu menyaksikan persembahan artis. Dan kemudian buka puasa ni nak buka kat mana? Makan apa ya? Apa yang best? kadangkala rasa bosan apabila selalu berbuka dengan menu yang sama. Sesekali teringin rasanya untuk merasa sedikit kelainan.

Oleh itu, apa agaknya menu yang menarik bila berbuka puasa? Nak makan apa buka puasa ni kan. So anda boleh lah try berbuka dekat sini, iaitu di Next Food Junction yang terdapat di Klang Parade kerana terdapat pelbagai jenis menu yang berbeza yang pasti membuka selera. Jom tengok apa yang menarik!




Menu-Menu Western 


Menu-menu western ini pasti membuka selera bagi sesiapa yang menyukai masakan barat. Paling suka dengan spaghetti bolognese di sini.






Nasi Ayam dan Nasi Ayam Penyet


Bagi yang menyukai aneka jenis nasi ayam dan nasi ayam penyet, boleh lah try mencuba menu-menu nasi ayam di sini. Pelbagai pilihan pasti menepati selera.







Masakan Panas dan Traditional


Yang sukakan sup, masakan panas, traditional dan lain-lain, anda mungkin boleh mencuba sup gear box, bubur yang sedap, kari dan lain-lain lagi menu. 







Aneka Jenis Claypot


Buat peminat claypot, claypot di sini agak lain dari yang lain. Dari kuaw teow seafood yang dipenuhi seafood , terdapat jugak claypot lain seperti Claypot sizzling yee me, claypot ikan masin (berani ke?) dan banyak lagi!






Coconut Shake & Air Batu Campur


Terdapat aneka jenis minuman yang pasti membuka selera dan menghilangkan kehausan seperti sirap limau dan apple asam boy. Selain itu anda boleh mencuba menu special di sini seperti coconut shake dan air batu campur. Memang kaw dan sedap okay!



Untuk info selanjutnya, maybe korang boleh tengok sendiri video mengenai Next Food Junction ini. Dan dalam masa yang sama boleh mark dah nak buka puasa dekat mana kan. hehe. Okay enjoy the video!

Okay sekian sahaja dari saya. Bubye!

4 comments:

  1. Salam Ramadhan Nadhie Wueen..
    Semua makanan tu nampak sedap, menyelerakan.
    Pasti tak rugi bila pergi Next Food Junction.

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar cik adik dengan ABC tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum & selamat pagi dari Maznee. Singgah blog walking blog nadhie. Sedap makan besar

    ReplyDelete