PRU14 Malaysia Selamat Datang Kerajaan Baru dan Tahniah Tun.Dr Mahathir Mohamad! - Nadhie Wueen

Thursday, 10 May 2018

PRU14 Malaysia Selamat Datang Kerajaan Baru dan Tahniah Tun.Dr Mahathir Mohamad!

Assalamualaikum & Hi Semua!

[PRU14 Malaysia Selamat Datang Kerajaan Baru dan Tahniah Tun.Dr Mahathir]
Beliau makin cute :)

Jarang saya ingin menulis tentang politik. Dan sebetulnya saya bukanlah seorang yang berminat dengan politik. Namun, sampai bila untuk tidak mengambil tahu apabila ia akan melibatkan kesejahteraan Malaysia dalam jangka masa yang panjang. Pertama kali mengundi, alhamdulillah syukur rasanya apabila sudah menjalankan tanggungjawab itu dengan sempurna. Usai mengundi , saya terus masuk kerja seperti biasa.


Dan malam itu, ternanti-nanti apakah keputusannya. Selesai berbual dengannya, saya kembali ke ruang tamu. Mak dan adik masih jenuh menanti keputusan sepenuhnya. Di social media mahupun group whatssap ramai yang merungut kerana keputusan sepenuhnya terlalu lambat dikeluarkan. Tak larat rasanya untuk menunggu kerana akan bertugas pada keesokan harinya, lantas saya kembali ke bilik dan melelapkan mata.


Dan pagi itu, alhamdulillah. Bagaikan mimpi apabila mendengar berita gembira bermulanya era baru kerajaan Malaysia. Akhirnya Pakatan (Harapan), gabungan empat parti politik yang dibentuk oleh pembangkang dan diterjui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang ke 14 dan lantas menamatkan pemerintahan BN selama lebih 60 Tahun. Bangga dan kagum saya melihat beliau yang kini berusia hampir 93 tahun sanggup bersusah payah terjun ke dunia politik kembali demi kesejahteraan Malaysia. Moga Allah merahmati beliau dan memberikan kesihatan yang baik berpanjangan buat beliau. 


Suasana ketika pergi mengundi pagi semalam


Tun Dr.Mahathir Mohamad yang merupakan bekas perdana menteri Malaysia ke4 bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-7 pada hari ini. Sedih saya sebelum ini, apabila meilihat beliau yang sepatutnya berehat namun terpaksa bangkit kembali demi membela nasib Malaysia. Alhamdulillah pengorbanan beliau berbaloi. Beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk bermula semula dan usia bukanlah penghalang untuk mengecapi kejayaan. Alhamdulillah. Syukur. 


Untuk pengetahuan anda, ketika keputusan muktamad diumumkan oleh Tan Sri Hashim Abdullah, keseluruhannya Parti Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen. Manakala BN 79 kerusi, PAS 18 kerusi dan Lain-lain 12 kerusi. Kuasa rakyat mula kelihatan apabila BN turut kehilangan Melaka dan Negeri Sembilan. Pas kekal di Kelantan dan turut memenangi Terengganu.


PKR dan DAP masih kekal dengan Selangor dan Pulau Pinang. BN jelas tewas dengan kuasa sejumlah besar pengundi generasi Y. Jangan pandang rendah okay dengan kuasa generasi Y. Kawan sis yang berumur 23 tahun pun gigih balik Terengganu semata-mata untuk mengundi. Oleh itu jangan malas mengundi okay :) Kerana undian anda berharga dan akan menentukan nasib Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.


Siapa sangka :)

Apapun moga Malaysia semakin aman dan maju.  Dan semoga Tun Dr. Mahathir diberi kesihatan yang baik & berpanjangan. Amin



4 comments:

  1. I am so grateful! Memang idola la Tun Dr. Mahathir ni.. :)

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH TUN M N WARGA MSIA..DIDOAKAN ALLAH PERMUDHKAN URUSN TUN M MELANGKAH KE PUSAT TADBIRAN NEGARA

    ReplyDelete
  3. tahniah telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi :D
    https://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2018/05/sikap-kita-selepas-pilihan-raya-tahniah.html

    ReplyDelete
  4. huu sebak tengok Tun M dilantik buat kali kedua.. semua orang rasa lain rasa baru jer merdeka..Semoga Tun M dikurniakan kesihatan yang baik..ntuk menjalankan amanah rakyat.. sedihnyaaa.. >_<..byw ramai jugak yg x pergi mengundi ada satitistik.. teruk perangai.. adeh

    ReplyDelete