Review Drama: Info dan Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu - Nadhie Wueen

Tuesday, 10 July 2018

Review Drama: Info dan Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu

Assalamualaikum & Hi Semua!


Review Drama: Info dan Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu


Apa khabar sihat? Siapa dah layan drama melayu "Tak ada cinta sepertimu?" Pasti ramai kan. Sudah lama menamatkan tayangannya, namun saya baru-baru ni berkesempatan nak layan. Itupun bila terdengar adik beradik bergosip tentangnya . Heran jugak. Jarang mereka nak bergosip pasal drama-drama melayu ni, kecuali jika cerita tu betul-betul best. 

Untuk pengetahuan korang, drama ini merupakan adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang telah mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. 





LAGU TEMA / OST 

Marsha Milan - Hilang
Terasa Ada - Sufian Suhaimi
Demi Kita - Ismail Izzani
Jangan - Aziz Harun
Mimpi Indah - Amira Othman

WATAK-WATAK

Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad 
Zahirah Macwilson sebagai Athea Irdeena
Nik Adam Mika sebagai Qaleef
Fikry Kiki sebagai Qayyum 
Ruhainies sebagai Bella 
Fadlan Hazim sebagai Azam 
Ardell Aryana sebagai Intan
Nazeera Sardi sebagai Abby
Hazman Al-Idrus sebagai Kamarul
Alif Muhaimin sebagai Hayuzi
Zarina Zainuddin sebagai Rohani
Zainol Macwilson sebagai Hassan
Mahmud Ali Bashah sebagai Sulaiman
Haleeda Mazlin sebagai Aminah
Sheela Mambo sebagai Fatimah
Atoi Tohet sebagai Fatah
Sara Daewood sebagai Fatin
Suky San sebagai Kamal
Abil sebagi Khalil
Dhia Ly sebagai Alia
Rayyana Rayqa sebagai Aleesya


SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU



Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidaklah sweet. Semua bermula dengan insiden berebut penadol di kedai runcit, kemudian kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap rumah Hazran dipecahkan oleh anak Athea dan sehinggalah part anak Athea dikatakan mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Tanpa disedari Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Tanpa disedari 
Keakraban Hazran dan Athea  digunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea. Untuk pengetahuan anda, Athea sebenarnya merupakan seorang anak gadis, namun menjaga anak-anak kakak dan abang iparnya yang telah meninggal seperti anaknya sendiri. Mereka juga memanggil Athea mama.
Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Hazran membawa diri seketika apabila Athea telah menerima Azam. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Okay setakat itu sahaja info dan sinopsis yang dapat saya share kan. So far memang tak rugi tengok. Jalan cerita yang menarik dan memaparkan kehidupan yang realiti dan pelakon-pelakonnya yang sangat pandai membawakan watak-watak masing-masing. Termasuklah watak anak-anak Athea. Sangat hidup watak mereka. Sis kagum dengan budak-budak itu. 

Okay sekian sahaja dari saya. Bubye!






4 comments:

  1. Baru habis maraton semalam. Tertengok tanpa sengaja dan tersuka. Best juga jalan cerita drama ni. Suka wata hazran tu :)

    ReplyDelete
  2. budak-budak tu pandai tul berlakon..tak kersa, expresi muka pun sgt sesuai, pelapis masa depan..

    ReplyDelete
  3. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete