Bangi Avenue Convention Centre (BACC) Sesuai Untuk Menyempurnakan Majlis Impian Anda - Nadhie Wueen

Tuesday, 21 August 2018

Bangi Avenue Convention Centre (BACC) Sesuai Untuk Menyempurnakan Majlis Impian Anda

Assalamualaikum & Hi Semua!



Punyai impian untuk membuat sebuah majlis yang lengkap, punyai pelbagai kemudahan , tempat yang berkapasiti besar, cantik dan elegant? Jika ya, Bangi Avenue Convention Center mungkin adalah tempat yang paling sesuai untuk memenuhi impian anda.  Untuk pengetahuan anda, Avenue Garden Hotel merupakan pemegang Pusat Konvensyen terbesar di Lembah Klang, iaitu Bangi Avenue Convention Center(BACC) atau jua dipanggil sebagai Pusat Konvensyen Bangi Avenue, yang terletak di bandar baru Bangi.


Bangi Avenue Convention Centre Merealisasikan Impian Perkahwinan Anda!




Pelbagai Kemudahan Di bawah Satu Bumbung

Fasiliti yang semakin meningkat dan dimodenkan, Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) jua  merupakan salah satu pusat konvensyen pelbagai guna terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan; Dari kecik ke besar, mewah dan ekslusif,  Mesyuarat Agung Tahunan ke Conferences, Pameran, Meetings, Perkahwinan dan banyak lagi!

Mudah diakses, fleksibel, pelbagai guna, selesa, lengkap dengan peralatan lampu, PA system untuk memenuhi acara, mesyuarat, persidangan dan pameran kecil serta besar.




Kapasiti Yang Luas, Besar Dan Selesa

Pusat Konvensyen Bangi Avenue jua merupakan tempat terbaik untuk menjadi tuan rumah pelbagai acara yang besar di mana ianya mempunyai keluasan sebanyak 27,000 kaki persegi. Juga merupakan salah satu pusat konvensyen paling besar dan luas di Malaysia. Di mana ruang tanah yang luas BACC menawarkan tempat yang ideal untuk pelbagai majlis: majlis perkahwinan, pameran, acara luar, konsert dan banyak lagi. Antara keluasannya meliputi :-

 Grand Ballroom - 27,000 Square Ft.
 Kawasan Sekitar - 88,585 Square Ft.
(Termasuk ruang tertutup dan terbuka)


Di BACC turut menawarkan lima bilik mesyuarat & bilik  VIP serta tiga ballroom untuk pilihan anda. Antara lain ialah ia mampu mengubah saiz dan fleksibiliti, tiga ballroom kurang sesuai dengan keperluan ruang yang kecil, dan kemudian ianya boleh diubah menjadi Grand Ballroom yang menempatkan 2,200 tamu untuk tempat duduk meja (atau jamuan), atau hingga 3300 tamu dalam sesuatu tempat.





Tiada Kerisauan Tentang Parking Anda & Parking Tetamu!

Risau mencari parking dan menempatkan parking untuk tetamu? Hah, jangan risau lagi! Kerana di BACC, kemudahan tempat letak kereta di tempat ini disediakan untuk lebih dari 1000 kenderaan. Memang banyak kan? Dan tak perlu risau seandainya tetamu akan park di tepi jalan, kena saman dan sebagainya. 

Antara lain ialah penginapan disediakan dalam jarak berjalan kaki di mana tetamu yang berkunjung boleh berehat dengan mudah dan mendapat keselesaan di salah satu daripada 178 bilik yang selesa berlatarkan suasana tenang di Avenue Garden Hotel. Selain itu, ia jua terletak betul-betul di tengah-tengah suasana taman yang indah dan menarik dengan air pancut yang sesuai untuk melengkapkan gambar dan menjadi latar romantik perkahwinan anda.




Makanan Yang Lazat Dan Sedap Turut Disediakan

Hidangan yang lazat, mewah dan menepati citarasa tidak semua tempat mampu menyediakannya. Namun di BACC anda tidak perlu lagi risau! Kerana ia menawarkan pelbagai masakan lazat termasuk Cina, Barat, Melayu dan Antarabangsa untuk memenuhi keperluan dan selera yang pelbagai.

So , tak kira apa sahaja tema perkahwinan anda, BACC akan mampu menyediakan hidangan yang menepati citarasa dan mengikut tema perkahwinan anda. No worries k!



Lokasi Yang Strategik 

Lokasi yang strategik juga merupakan salah satu idaman perkahwinan seseorang. Terutamanya untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan sempurna. Terletak di lokasi yang strategik dan mudah untuk ke bandar-bandar besar srta lebuh raya. Antara kemudahan-kemudahan dan capaian mudah di  BACC adalah:

 30-minit ke Kuala Lumpur, Putrajaya & Puchong
 Pemanduan selama 20-minit ke KLIA / KLIA 2 (lapangan terbang)
 Memandu selama 10 minit ke Lebuhraya Lekas ​​(Exit dari Semenyih)
 Memandu selama 5 minit ke Lebuhraya Utara Selatan (Exit 213: Bukit Mahkota / Seri Putra)
 Memandu selama 2 minit ke Taman Tema Air Terjun Bangi

Lengkap, elegant dan dipenuhi pelbagai kemudahan bukan? Selain itu, bagi yang mengidamkan perkahwinan , event atau sebarang majlis berkonsepkan dalam taman, Bangi Avenue Convention Centre (BACC) adalah lokasi yang sesuai. So apalagi pada yang berminat boleh lah berkunjung ke maklumat seperti di bawah ini. 



Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :

Website : 

Eunice Wong, Associate Brand Director
Mobile: +6012 287 7368 



Tan Sue Zhen, Associate Brand Manager
Mobile: +018 218 9660





1 comment:

  1. cantiknyaaaa yang garden tu.. haih !! bilala cheq nak kawen ni hahaha..

    ReplyDelete