Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Review Filem: Johnny English Strikes Again (2018)

 Johnny English Strikes Again (2018) Baru-baru ini sis dan suami berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Johnny English Strikes Again atau Johnny English 3 2018 pada 12 September 2018 yang lalu. Di mana sis telah menerima jemputan dari pihak UIP Malaysia untuk ke premiere screening tersebut yang bertempat di TGV 1Utama. Terima kasih UIP Malaysia atas jemputan! Johnny English Strikes Again 2018 atau Johnny English 3 2018 adalah lakonan hebat Rowan Atkinson dan merupakan siri ke3 untuk filem Johnny English yang pernah ditayangkan sebelum ini. Di antara siri Johnny English Strikes Again adalah  Johnny English   (2003) dan  Johnny English Reborn   (2011).  Review Movie & Sinopsis: Johnny English Strikes Again (2018) Sinopsis : Suasana tenang dan kelihatan Johnny English kini telah menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah dengan mengajar subjek Geografi dan Sejarah. Namun saat cuti semester menjelang, pengembaraan baru Johnny

Kun Faya Kun. This is Where & When Magic Happens.

Sudah lama rasanya sis tidak membicarakan tentang perkongsian ilmu. Di sini sis ingin mengulas sedikit tentang suatu ayat. Kun Faya Kun. Bilamana Allah mengatakan "Jadi, maka jadilah ia"- Surah An-Nahl, ayat 40. Apa yang sis ingin ulaskan di sini adalah tentang perancangan Allah. Perancangan Allah itu indah. Dia menciptakan sesuatu itu mengikut apa yang dikehendaki dan apa yang terbaik bagiNya. Namun, adakah kita sedar tentang itu? Kadang-kala seringkali kita memperlekehkan aturanNya, seringkali kita mempertikaikan perancangannya dan seringkali kita menganggap sesuatu yang mustahil bagi kita adalah turut mustahil bagiNya. Samada kita memperlekehkan aturan Allah terhadap diri kita atau terhadap kehidupan orang lain. Siapa kita untuk menidakkan janji Allah? Siapa kita untuk memperlekehkan aturanNya? Kita bukan Tuhan. Kita tidak berkuasa.  Kita tidak mampu melakukan apa-apa tanpa kuasa Allah. Bagi sis, apabila kita terdetik seperti "Mustahil a

Lirik Lagu Bukti Virgoun

Virgoun nama yang tidak asing lagi apabila membawakan lagu Surat Cinta Untuk Nadhie  Starla :p.  Soft and romantik sahaja nadanya, begitu jua lagu bukti. Di bawah ini sis sertakan lirik lagu Bukti bagi mereka yang turut meminati lagu ini. Semoga enjoy! Lirik Lagu Bukti Virgoun [Verse 1] Memenangkan hatiku Bukanlah satu hal yang mudah Kau berhasil membuat Ku tak bisa hidup tanpamu [Verse 2] Menjaga cinta itu Bukanlah satu hal yang mudah Namun sedetik pun tak pernah kau Berpaling dariku [Refrain] Beruntungnya aku Dimiliki kamu [Chorus] Kamu adalah bukti Dari cantiknya paras dan hati Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi Tentang terang dan gelapnya hidup ini Kaulah bentuk terindah Dari baiknya Tuhan padaku Waktu tak mengusaikan cantikmu Kau wanita terhebat bagiku Tolong kamu camkan itu [Verse 3] Meruntuhkan egoku Bukanlah satu hal yang mudah Dengan kasih lembut kau pecahkan Kerasnya hatiku [Refra

Gantikan Snek Anda Dengan 12 Jenis Snek Sihat Ini Dan Sesuai Untuk Diet

credit image Snek. Siapa sahaja yang tidak suka snek bukan? Biasanya snek akan dimakan apabila kita kebosanan, sedang menonton TV, lapar tengah malam dan sebagainya. Namun, sihat kah snek itu? Adakah ia tidak memudaratkan tubuh badan? Ya, sudah tentu ia boleh memudaratkan tubuh badan apabila kita memilih snek yang salah. Oleh itu, apakah jenis-jenis makanan yang sesuai untuk dijadikan snek? Yang sedap dan berkhasiat? Ada ke? Di bawah ini saya nilaikkan jenis-jenis makanan berkhasiat yang sesuai untuk dijadikan snek.  12 Jenis Snek Yang Sihat Untuk Diet Anda 1. Epal Ada kajian mendapati 3 biji epal setiap hari boleh mengelakkan peningkatan berat badan dan juga berpotensi menurunkan berat badan. (Sumber: Women's Health ) 2. Almond Selain baik untuk kulit, almond juga snek yang bagus untuk golomgan yang sedang cuba mengawal pemakanan. Kunyah almond sebanyak 40 kali. Nanti tentu cepat rasa kenyang. (Sumber: Eating Well ) 3. Kacang

Lirik Lagu Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

Romantik! Itu yang terlintas saat pertama kali terdengar lirik dan bait-bait lagu 'Sampai ke hari tua' nyanyian Aizat Amdan. Liriknya membuatkan kita teringat insan yang dicintai, mengidamkan detik-detik indah bersama sehingga masing-masing menginjak ke usia tua. Namun bukan setakat itu sahaja, ia membuatkan kita turut mengimpikan cinta bukan sahaja hingga ke hari tua, namun untuk ke syurga bersama-sama. Lirik Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan Jika ku radio dan engkau lagunya Dan aku putarkan hingga semua terleka begitulah kita ditakdirkan untuk bersama Jika ku air wudhuk mu menjadi seri mu dalam lima waktu Jika kau kuat percaya akulah jodoh mu jaga mu selalu Menarilah sayang di hari bahagia di bawah bulan bintang kasih kita berdua Jangan bimbang sayang kita harungi bersama berdua selamanya sampai ke hari tua mencintaimu Kaulah watak utama dalam setiap drama yang sering dimainkan menjadi kegilaan begitulah kita dit

Ini Yang Akan Berlaku Jika Anda Memakan Pisang Setiap Hari

Buah-buahan sangat penting untuk memastikan diet kita seimbang dan kaya dengan fiber. Kekurangan fiber dan makanan berkhasiat biasanya sering membuatkan kita mengalami masalah seperti sembelit, masalah pencernaan dan banyak lagi.  Namun, apa pula kesannya jika kita mengambilnya setiap hari? Adakah pengambilan buah-buahan  terutamanya pisang secara berlebihan memudaratkan? Jom tengok apa sebenarnya. Kebaikan, Khasiat Dan Kesan Dari Memakan Pisang Setiap Hari credit image 1. Tekanan Darah Terkawal Tekanan darah tinggi adalah sangat berbahaya di mana ia membolehkan seseorang itu terkena serangan jantung, kerosakan paru-paru, buah pinggang dan sebagainya. Untuk merendahkan tekanan darah tinggi, kita digalakkan untuk mengambil Potassium, di mana pisang turut mengandungi potassium yang tinggi. Harvard scholl of Public Health menyarankan untuk memakan makanan berkandungan tinggi potassium bagi melegakan tekanan darah tinggi. 2. Mengawal Selera