Review Movie: Munafik 2 2018 Best ke Tak?

Assalamualaikum & Hi Semua!



Bagi yang dah layan Munafik pertama, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton sambungannya, iaitu Munafik 2. Sama seperti sis dan cinta hati. Masing-masing peminat cerita seram, terutamanya Munafik 1 yang telah ditayangkan pada tahun 2016. 

Ternyata efek seram pada Munafik 1 yang telah dibawakan dengan jayanya oleh pengarahnya Shamsul Yusof ternyata memberi satu kepuasan pada kami.

Feel nya terasa nyata, jalan cerita yang mantap. Namun, adakah Munafik2 turut memberi hasil yang sama? Oleh itu, pada hari pertama tayangan Munafik 2, kami telah berdating ke GSC IOI City Mall Putrajaya untuk tidak melepaskan peluang menyaksikannya.



Sinopsis : Munafik 2 2018



Semenjak kejadian seperti dalam Munafik 1, akhirnya dua tahun pun berlalu. Ustaz Adam lakonan Syamsul Yusof kembali tenang selepas dihantui oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat.

Setiap dugaan yang menimpa sebelum ini menjadikannya seorang yang lebih tawaduk. Namun, entah kenapa Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam dan mimpi tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. 

Dalam masa yang sama, di sebuah kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) , di mana Sakinah terpaksa lari kedalam hutan dan tinggal di sebuah rumah usang di situ bagi menjaga anak serta bapanya Imam Malik , yang terkena penyakit misteri beserta gangguan-gangguan sihir yang dipercayai telah dihantar oleh Abujar (Nasir Bilal Khan).



Abujar seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama, dimana Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam sebenar adalah musuh Abujar dan dia menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Selain itu, Abujar turut membunuh sesiapa sahaja yg dirasakan tetap berpegang pada akidah dengan cara yang amat kejam.

Dalam masa yang sama, Sakinah cuba mencari cara untuk mengubati bapanya dan gangguan-gangguan yang dihadapinya, dimana dia telah dipertemukan dengan Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abujar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abujar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.



Review Movie & Sinopsis : Munafik 2 2018


Elemen Dakwah & Mesej Yang Bermanfaat

Bagi sis, elemen seram yang dibawakan di dalam cerita ini sememangnya mantap dan tidak dinafikan yang pengarahnya Syamsul Yusof memang seorang yang berbakat besar. Selain itu, sis sangat suka dan berkenan dengan konsep dakwah di dalam cerita ini, di mana setiap pelakon di dalam Munafik 2 akan bertudung. 

Tidak kira walau watak apa pun yang telah dipegang mereka. Tiada aksi-aksi melampau atau bersentuhan dengan yang bukan mahram. Big thumbs up kepada Syamsul Yusof. Kerana dia telah membuktikan, jalan cerita yang menarik dan mantap tidak memerlukan wataknya untuk tidak memakai tudung mahupun bersentuhan dan sebagainya.

Dugaan Seorang Pengamal Perubatan Islam

Selain itu, sis sangat suka dengan elemen perjuangan seorang pengamal perubatan islam yang cuba dibawakannya. Ujian, dugaan dan setiap kesusahan yang terpaksa mereka hadapi.. ya, memang benar, hanya orang yang merasainya sahaja yang akan faham. Dan sis suka apabila cerita ini memperlihatkan bahawa ayat suci Al-Quran, Ruqyah mahupun Manzil adalah cara sebenar bagi melawan sebarang ilmu hitam. Tiada elemen khurafat. Alhamdulillah.


Tidak Logik?

Namun, disebalik semua itu, ada juga part yang agak 'kureng' pada pengamatan sis. Di mana pengakhiran cerita 'tidak kuat' untuk dijadikan penutup. Selain itu, ada part-part di dalam cerita yang akan membuatkan kita terfikir yang jalan ceritanya agak kurang logik. Contohnya apabila skop kawasannya hanya mewakili sebuah perkampungan yang terpencil dan seolah-olah penduduk kampung di situ hidup seperti 'orang zaman batu'. Tiada handphone, tiada talian untuk menghubungi polis , meminta bantuan dan sebagainya. Sedangkan watak Ustaz Adam adalah zaman kini.

Selain itu, sangat tidak logik apabila pembunuhan yang dilakukan oleh Abujar dan orang-orangnya tidak pernah disiasat oleh polis dan tidak pernah sampai ke pengetahuan polis. Secara realistik, apabila adanya orang hilang dan sebagainya, mustahil ahli keluarga mereka tidak akan mencari dan mustahil ianya tidak sampai ke pengetahuan polis. At least jika terdapat scene yang menunjukkan pihak polis sedang menyiasat kes tersebut, bomba , ambulan dsb hadir mungkin akan lebih membuatkan jalan cerita berpijak dibumi yang nyata.  Diharapkan pihak Syamsul Yusof dapat memperbaiki hal ini pada masa akan datang. 

Overall sis still suka dan memberi thumbs up pada elemen dakwah yang cuba disampaikan. Memang bermanfaat. Okay sekian sahaja reviews dari sis. Nak tahu lebih lanjut, tengok lah sendiri. Bubye!




3 Comentarios

  1. Wahhh best best review yang akak buat ini. Najihah tak tengok lagi Munafik 2. Nanti nak tengok insyallah

    ReplyDelete
  2. Thanks you sis..nanti sis di sini cuba untuk tengok. Haritu Munafik 1 memang syokkkk!

    ReplyDelete
  3. aida lom tgk.
    nak sgt tgk tapi tak berpeluang...

    ReplyDelete