Review Movie & Sinopsis: Hantu Kak Limah 2018 - Nadhie Wueen

Thursday, 6 September 2018

Review Movie & Sinopsis: Hantu Kak Limah 2018


Assalamualaikum & Hi Semua!



Di penghujung August yang lepas, sis sempat pergi tengok wayang dengan adik perempuan sis sempena bufday beliau. Cerita apa lagi yang ada tanda asterik * untuk tebus ticket wayang percuma sempena bulan birthday kalau bukan cerita hantu Kak Limah 2018. Ini kerana hanya filem yang sudah 2 minggu berada di pawagam sahaja boleh ditebus secara percuma.

Filem Hantu Kak Limah 2018 arahan Mamat Khalid yang diterbitkan Astro Shaw ini telah ke pawagam pada 9 August yang lalu dan merupakan sequel beberapa filem sebelumnya seperti “Zombi Kampung Pisang” (2007), “Hantu Kak Limah Balik Rumah” (2010) dan “Husin Mon Jin Pakai Toncit” (2013).

Disebabkan ada someone special + adorable yang request sis ceritakan movie Hantu Kak Limah ni pada beliau, so barulah sis rajen nak review.  Dipersilakan membacanya insan yang chumel :p



Sinopsis Penuh Hantu Kak Limah 2018

[AMARAN :SPOILER ALERT]

Kisah bermula apabila Kak Limah berkahwin dengan Khuda  (TJ Isa) dan duduk di pinggir kampung. Namun, beberapa hari selepas itu, ketika Khuda pergi berburu bersama Husin dan Wani (Sharwani NS), penduduk kampung pisang telah menemui Kak Limah mati dalam keadaan mengerikan di kebunnya. Dan semenjak dari itu, hantu Kak Limah mula mengganggui orang kampung. 

Ketika berburu sebelum ini Husin pernah bertemu dengan seorang gadis bunian yang bernama Eton di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tepi jalan dan telah menumpangkan Kak Limah menaiki keretanya sebelum datang ke klinik. 

Dalam masa yang sama, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Bermacam-macam cara mereka cuba untuk memeriksa samada Kak Limah adalah hantu atau manusia.

Kerana ketakutan, masing-masing cuba mendapatkan bantuan dari seorang guru silat, Solihin (Zul Ariffin) untuk membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha Solihin menemui kegagalan. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan. Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan hantu Kak Limah. Hal ini membuatkan Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula hantu Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Solihin. Selang beberapa jam kemudian, hantu Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Solihin sekali lagi ditewaskan oleh hantu tersebut.

Disebabkan itu, Husin telah menggunakan bahasa isyarat untuk meminta bantuan dari orang-orang bunian, iaitu keluarga Eton. Dan tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menghuraikan kekecohan yang berlaku dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Hantu Kak Limah kemudiannya telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini, adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. 

Mereka telah berkahwin sebelum ini tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian. Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya ke dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah. Ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah terkejut lalu meninggal dunia. 

Ayah bunian (Mustaffa Din) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Nor Aini pulang ke pangkal jalan. Tidak lama selepas itu, Husin, Wani dan Yeh menasihati Khuda agar move on. Namun, sekali lagi, Khuda mengejutkan Husin, Wan dan Yeh apabila Nor Aini bersama-sama tiga rakannya yang lain tiba-tiba muncul ke alam manusia sekali lagi untuk hidup bersama Khuda. Husin, Wani, dan Yeh terkejut lantas masing-masing melarikan diri.

~Tamat~



Review Movie Hantu Kak Limah 2018

Pabila melayan cerita seram komedi, perasaannya memang berbeza dengan hanya menonton filem seram sahaja. Tidaklah sentiasa terkejut dengan adegan seram, tetapi sebaliknya turut tercuit hati dengan adegan-adegan kelakar yang dipaparkan.

Kali ini, memang satu kelainan apabila Zul Arifin yang biasanya membawakan watak serius dan romantik, namun bertukar ke watak komedi apabila membawakan karakter Solihin. Ternyata lakonanya mencuit hati dan memang berkesan.

Elemen humour di dalam cerita ini juga tidak membosankan. Sentiasa ada part yang membuatkan kita tidak henti-henti tertawa. 

Okay sekian sahaja review dari sis.Bubye!


5 comments:

  1. Satu lagi reviews positive.
    Bila la dapat pergi tengok ni huhuhu

    ReplyDelete
  2. tunggu keluar tv astro first/best..baru nk tengok..huhu..

    ReplyDelete
  3. fikem menarik ramai menontonnya

    ReplyDelete
  4. zul arifin is kelakar ha ha aha ha...
    especially time diorang nyanyi ramai2 dlm rumah solihin.
    omg!!!
    izzat berdekah2 ketawa time tgk citer ni.

    ReplyDelete