Salam Maulidur Rasul 1440H/2018 - Nadhie Wueen

Tuesday, 20 November 2018

Salam Maulidur Rasul 1440H/2018

Assalamualaikum & Hi semua!



Sempena sambutan Maulidur Rasul yang mulia ini, jika masih belum kelewatan sis ingin mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua umat islam di seluruh negara. Semoga dalam aktiviti seharian kita, kita takkan pernah lupa untuk berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW. 


Sempena hari kelahiran baginda Muhammad SAW ini (atau jua dikenali sebagai Maulud Nabi), ingin sis kongsikan serba sedikit tentang hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang merupakan Nabi terakhir kita yang diutuskan oleh Allah SWT. Keputeraan baginda jatuh pada hari ke 12 Rabiulawal hari isnin, Rahun Gajah bersamaan 20 April 571. Di bawah ini sis senaraikan biodata ringkas Nabi Muhammad SAW untuk ingatan bersama. 


Biodata Ringkas Nabi Muhammad SAW



  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



Ingin sis suarakan, semoga kita bukan sahaja mengingati beliau pada hari keputeraanNya, malah sentiasa istiqamah berselawat ke atasnya pada hari-hari yang lain juga. Apapun, untuk pengetahuan anda, banyak kelebihan dan keistimewaan yang dapat diperolehi seseorang apabila mengadakan atau menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul. 

Sama-sama kita istiqamah semoga setiap amalan dan kebaikan kita serta selawat ke atas baginda, akan sentiasa diteruskan pada hari-hari yang lain juga. Semoga kita beroleh syafaat dari baginda SAW di akhirat kelak. Amin!



No comments:

Post a Comment