MMSOS Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Di Saat-saat Kecemasan - Nadhie Wueen

Friday, 28 December 2018

MMSOS Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Di Saat-saat Kecemasan

Assalamualaikum & Hi Semua!



Apa khabar? Sihat? Semoga semua sihat-sihat hendaknya. Lama tak bersua. Hari ini sis ingin berkongsikan tentang aplikasi yang boleh membantu di saat-saat kecemasan. Di mana kita selalu dengar perkataan SOS bukan? SOS atau sebutan penuhnya ialah International Morse Code Distress Signal. Ia merupakan mesej yang dihantar seseorang menggunakan isyarat tertentu pada saat-saat kecemasan. 

Punyalah sukar dahulu untuk mendapatkan bantuan kecemasan, kini MM Synergy Sdn Bhd membawakan satu aplikasi yang dipanggil MMSOS “Panic Button”. Ia merupakan aplikasi  bantuan kecemasan “Creating Awareness”.


MMSOS Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Di Saat-saat Kecemasan 



Aplikasi SOS pertama di Malaysia

Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini,  dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan. 

Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.




Beroperasi 24 Jam walau di mana sahaja!

Tidak perlu bimbang dan tidak perlu risau kerana MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun! Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.  

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.



Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS 

• Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000). • Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’. 
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining). • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta. 
• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta. 
• ‘Ambulance fees’.
• Percuma ‘towing’.



Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.  So, tak perlu risau lagi apabila mengalami saat-saat kecemasan k! Semoga kita semuanya sentiasa selamat dan dalam lindungan Allah SWT. Amin!


Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:-

Pengurus Perhubungan Awam :
 Puan Rozana Abu Hassan           012-2952169


1 comment: