Bila sahaja kami sama-sama punyai masa terluang, pasti akan cari jalan untuk eksplorasi pelbagai jenis tempat menarik dan tarikan di Malaysia ini. Tidak kiralah baru atau lama mesti nak cuba! Baru-baru ni sis dan suami berpeluang ke The Shore Oceanarium Melaka. Menarik rupanya tempat ini. Lain dari yang lain. Pada pengamatan sis, tempat ni sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak berjalan sambil berhibur. Selain daripada dapat berhibur, anak-anak juga akan dapat mempelajari sesuatu di sini. Pasti menyeronokkan bukan? Terletak di Level 2F-01, The Shore Oceanarium yang berada di kawasan Sungai Melaka sangat mudah untuk dijumpai. Kiranya, masuk-masuk sahaja dari lobi, naik sahaja escalator atau lift untuk ke tingkat 2, kemudian boleh terus nampak dah tempatnya! Untuk pengetahuan anda, The Shore Oceanarium ini juga dibuka pada setiap hari dari pukul10.30 pagi sehingga 9.00malam. Apa Yang Best di The Shore Oceanarium @ Malacca River Sam