Resepi Cheesekut Sedap Mudah Dan Tidak Terlalu Manis

Assalamualaikum & Hi Semua!


Resepi Cheesekut Sedap Mudah Dan Tidak Terlalu Manis


Resepi Cheesekut Sedap Mudah Dan Tidak Terlalu Manis | Biasa sis jumpa resepi yang agak manis. Bila makan mudah terasa jemu. Lantas sis modified resepi tersebut mengikut citarasa sis. Dan bahan-bahannya lebih mudah.



Bahan-bahan

 Secawan Susu Segar/Susu Tepung/ Bancuhan sus Pekat manis
1/2 tin Susu Pekat Manis
250gm Cream Cheese Tatura
1 Peket biskut cream cracker
Topping (Serbuk Milo, chocolate Rice, badam kisar)



Cara-cara Membuat :-


1) Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan sesudu susu segar (boleh digantikan dengan bancuhan susu tepung, vico atau susu pekat manis) ke dalam blend. Blend sebati dan ketepikan.

2)Celupkan satu persatu biskut ke dalam susu segar dan susun di dalam bekas empat segi.
3) Alaskan biskut yang telah disusun itu dengan cream cheese yang telah di kisar sebentar tadi.

4) Tambah lapisan biskut yang dicelup dan buat lapisan sehingga kesemua biskut habis digunakan.



5) Ratakan cream cheese di atas permukaan teratas. Letak topping samada serbuk milo, vico , chocolate rice atau badam kisar mengikut citarasa anda.


6)Sejukkan ke dalam peti sejuk dalam masa sekurang-kurangnya setengah jam.
7)Sedia di makan!




Yang ni sis dah letak macam-macam topping.
Letak aiskrim, biskut dan chocolate chip.
Memang terlebih kalori!



Okay sekian sahaja resepi dari sis. Selamat mencuba & terima kasih sudi singgah!


7 Comentarios

  1. siap topping lg, nampak menarik sgt

    lama betul tak bt cheesekut dh, dh jd mls dh hehehe, sedangkan mudah je

    ReplyDelete
  2. tayang cheesekut pulak huu lama dah tak buat ni .. nak kena cari bahan ni

    ReplyDelete
  3. mudah jugak cara nya.. tq share :)

    ReplyDelete
  4. Senang je cara nak buat dia. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Akak kan dah lama nak buat kuih ni..taoi belum2 kesampaian lagi. HAHAH! doakan nanti akak buat juga yer.

    ReplyDelete
  6. kalau tak manis sgt, ok..boleh try nii..

    ReplyDelete
  7. Dah try buat cheesekut ni. Mudah rupanya dan best. Saya ada lihat tutorial kat youtube.com jugak.

    ReplyDelete