Skip to main content

Tempat Menarik Melaka | VRAR Interactive Park @ The Shore




VRAR Interactive Park @ The Shore merupakan salah satu tarikan terbaru di Melaka. Baru-baru ni sis berpeluang pergi ke The Shore Oceanarium seperti yang sis pernah kongsikan di SINI


Alang-alang dah pergi, sis singgah sekali dekat VRAR Interactive Park yang merupakan salah satu tempat menarik di Melaka. Tempat ini juga adalah salah satu tempat yang sudah ada dalam Wishlist sis.


Bagi yang tertanya-tanya tentang apa yang ada dekat VR&AR Interactive Park ini,  maksud VR itu sendiri ialah Virtual Reality, manakala AR pula adalah Augmented Reality. Jom sis ceritakan lebih lanjut tentang  pengalaman sis sepanjang berada di sini.


Ada Apa dengan VRAR Interactive Park @ The Shore?


1. Game Zone

Di Kids VR Zone. Dekat sini dikhususkan untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun tau. Tetapi boleh je orang dewasa kalau nak cuba juga. Disebabkan memang tak ramai orang  datang semasa kami di sini, oleh itu sis tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis permainan VR di sini.

Memang seronoklah sebab banyak pilihan dan sangat terhibur betul semasa bermain permainan-permainan VR yang ada di sini. Tambahan lagi, dengan paparan menarik, kepelbagai jenis permainan yang berbeza dan kebolehan fokus 360 darjah menjadikan ia bertambah menarik. 

Ketika itu, sis asik terfikir sahaja kenapalah permainan-permainan VR ini hanya dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja dan tidak dibuka secara terang-terangan untuk orang dewasa juga? Heh, kami pun terhibur tau bermain dekat sini juga. Hehe. 

Pun begitu, untuk kanak-kanak setiap permainan ada limit masa kerana menurut pekerja tempat ini, ia adalah untuk mengelakkan mereka pening kepala jika bermain dalam jangka masa yang lama.




2. Zone Melukis Lukisan Hidup!

Zone melukis dan mewarna ini memang sangat menyeronokkan kalau kita minat. Apa taknya, sebab setiap lukisan yang kita dah lukis atau warnakan itu akan keluar berjalan-jalan secara live di paparan skrin besar di hadapan kita. 

Disebabkan tidak berbakat, hasil penguin dan orang salji yang kami warnakan itu memang nampak comot-comot lah bila keluar secara Live di paparan skrin. Segan dibuatnya. Hehe. 






3. Fruit Slice Game

Macam biasa dengar je kan? Selalu dah main dekat smartphone sahaja kan? Tetapi, kali ni boleh main puas-puas dekat skrin besar depan kami. Memang puas hati lah dibuatnya. 

Macam magis je, cara nak potong buah dekat paparan skrin tu cuma guna je tangan kita dan target je dekat gambar buah tu. Kemudian, boleh compare markah kita dengan pasangan kita.



4. Selamatkan Penyu!

Penyu-penyu sudah terkeluar dari landasan! Ha, apalagi takkan lah nak biar je kan? Kena selamatkan penyu-penyu semula supaya mereka tidak bersepah-sepah. 

Caranya, dengan tapis di tangan kita, kita cedokkan penyu dekat paparan kolam itu dan masukkan ke dalam tapis yang disediakan. Yang seronoknya sebab rasa macam betul-betul pula selamatkan penyu tu.



5. VR Lab seolah-olah di Dimensi Lain!

Di VR Lab ni, antara pengalaman yang akan kita rasai adalah pelbagai kisah dan pengembaraan seolah-olah kita sedang menyelam di dasar lautan.

Masa tu lah akan bertembung dengan jerung yang seolah-olah terasa realistik, kapal yang hampir karam, mengharungi ikan-ikan di lautan dan sebagainya. 

Dengan kebolehan pusingan 360%, membolehkan kita berpusing untuk melihat apa yang berada di depan mahupun belakang.



6. Sudut Bergambar

Dekat sudut bergambar, banyak gambar berkonsepkan augmented reality. Contohnya macam seolah-olah trex tiba-tiba keluar berjalan dihadapan kita dan kemunculan pelbagai jenis haiwan lain lagi. 

Apapun, kalau nak tahu dengan lebih lanjut kenalah pergi cuba sendiri ya. Memang satu pengalaman yang berbaloi untuk dirasai dan boleh dijadikan salah satu kenangan indah. 


Okay, sampai di sini sahaja perkongsian sis. Bagi yang turun ke Melaka dan berniat untuk singgah, anda boleh rujuk maklumat lanjut seperti di bawah. 

Dengarnya ada promosi baru-baru ni. Boleh dapat satu harga untuk dua tempat berbeza katanya! Baiklah semoga perkongsian ini membantu & selamat mencuba!




Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda