Tips & Perkara Yang Perlu Dibuat dan Dielakkan Bagi Menghilangkan Kahak - Nadhie Wueen

Friday, 8 February 2019

Tips & Perkara Yang Perlu Dibuat dan Dielakkan Bagi Menghilangkan Kahak

Assalamualaikum & Hi Semua!

Tips & Perkara Yang Perlu Dibuat dan Dielakkan Bagi Menghilangkan Kahak
[Credit Image : MedinAction]



Bila terkena batuk mahupun selsema, tak sah jika tidak disertai dengan kehadiran kahak. Lebih merisaukan apabila kahak itu bertukar jadi hijau. Okay, jangan risau. Kerana kahak hijau bukan bermakna sesuatu yang buruk, sebaliknya menunjukkan sistem imunisasi badan anda sedang berjalan dengan baik dan cuba melawan kuman di dalam badan.

Manakala kahak berwarna kuning pula menunjukkan sistem imunisasi badan cuba melawan penyakit. Dan kahak berwarna putih pula menunjukkan badan anda sedang memasuki peringkat yang tidak sihat. Untuk menghilangkan kahak, lebih-lebih lagi kahak hijau, sis kongsikan tips & petua di bawah buat anda semua. Dan haruslah dilakukan secara istiqamah ya.



Tips Menghilangkan Kahak Dengan Cepat dan Mudah!

credit image : Cooking Light

1. Perbanyakkan Meminum Air Kosong

Anda digalakkan untuk memperbanyakkan meminum air suam mahupun mineral bagi memastikan cecair di badan mencukupi. Selain itu, paras cecair yang banyak dan mencukupi akan dapat mengurangkan kahak dan melegakan sakit di kerongkong. 


2. Perbanyakkan Pengambilan Citrus

Saat tekak berasa tidak selesa, badan memerlukan vitamin yang mencukupi bagi melawan penyakit. Pengambilan minuman bersitrus sangatlah digalakkan kerana kasiat vitamin C di dalamnya dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan melegakan kahak .


3. Berwap Dengan Minyak Aromatheraphy

Tuangkan beberapa titis minyak aromatheraphy di dalam mangkuk bulat atau periuk lalu dipanaskan. Setelah itu letakkan di tempat yang selesa dan sedut wap tersebut sehingga anda berasa lega. Penyedutan wap ini dapat meringkan rasa sesak nafas, hidung tersumbat dan sekaligus memberi kelegaan kepada anda.


4. Pastikan Persekitaran Anda Bersih!

Persekitaran bersih bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa selesa, malah ia sangat berkait rapat dengan kesihatan kita. Boleh jadi kita alah pada hama, habuk mahupun debu. Pastikan persekitaran anda bersih, selesa dan bebas dari habuk mahupun debu yang boleh menggalakkan kegatalan tekak dan pengumpulan kahak!




Perkara Yang Harus Di Elakkan Bagi Menghilangkan Kahak

credit image : ChesterCountyCheese

1.. Elakkan Minuman Manis Berkarbonat , Kafein dan Teh

Saat kahak mula menyerang, elakkan minuman manis, berkarbonat, berkafein seperti kopi dan Teh. Kerana tanpa anda sedari, minuman-minuman tersebut menggalakkan pengumpulan kahak dan membuatkan sukar untuk sembuh.


2. Elakkan Produk Tenusu

Selain dari makanan di atas, produk atau makanan yang mengandungi susu seperti yogurt, chocklat, susu, cheese dan sebagainya akan menebalkan kahak dan membuatkan tekak berasa semakin gatal.


3. Elakkan Menelan Kahak

Jangan sesekali menelan kahak kerana ia mengandungi kompaun bakteria yang berbahaya seperti immunoglobulins dan glycoprotein. Menelan kahak sama seperti anda memasukkan semula penyakit yang ingin keluar!


4. Elakkan Stress!

Salah satu punca susah untuk bebas dari kahak adalah kerana stress. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengelakkan, kawal mahupun mengurangkan stress bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. Ketahuilah bahawa stress merupakan salah satu punca sistem imun menjadi lemah sekaligus melambatkan proses penyembuhan. 



Okay , sekian sahaja dari sis. Semoga tips dan pengkongsian ini bermanfaat. 
Dan semoga cepat sembuh. Amin!








1 comment: