Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa Semua!


Assalamualaikum & Hi Semua!

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa!



Korang apa khabar? Sihat? Sedar tak sedar dah masuk ramadhan ke3 kita menjalani ibadah puasa. So far macam mana? Semua okay? Di kesempatan ini sis ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala amalan kita pada tahun ini mendapat redha dan keberkatan dari Nya.

Lama pula sis tak update blog. Sis masih struggle dengan assignment, midsem exam dan fyp.Sem ni struggle yakmat. huhu. Doakan sis ya agar semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin

Yang tahu sis menyambung pengajian separuh masa, untuk pengetahuan anda sem ni merupakan sem terakhir sis belajar satu kelas dengan classmate sis. Teringat pula time mula-mula jumpa dalam penghujung tahun 2016 dulu, masing-masing masih tak kenal. Then sedikit demi sedikit sis mula mengenali hati budi mereka. Ramai yang baik-baik , sporting dan suka tolong sis ;)

Dah nak abis belajar ni, macam-macam kenangan throwback balik. Susah senang sama-sama sepanjang pengajian kami dan semoga kami sama-sama berpeluang konvo sama-sama.Takmo lah ada yang takda kan. 

Okay dah terbabas pula cakap pasal kelas. Cukuplah setakat ini. Apa yang penting sis harapkan semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita sama-sama dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat dan baru pada ramadhan kali ini. Okay, thanks sudi baca.


Bubye!


1 Comentarios

  1. Ramadhan Kareem Nadie.
    Aaaminnn... InSya Allah semoga doa-doa yang baik.

    ReplyDelete