Skip to main content

Happy 1000,000 Views!






Lama sudah Nadhie tidak menjenguk blog. Tahu-tahu paparan blog sudah pun mencecah angka yang ke 1000,000  lebih! Mungkin tidaklah sehebat blogger-blogger lain yang sudah pun mencecah puluh malahan ratusan juta pageviews, tetapi ini tetap merupakan satu pencapaian kecil untuk blog Nadhie setelah aktif berblogging sejak kira-kira hujung tahun 2016 yang lalu. Alhamdulillah. 


Masih Nadhie ingati lagi, antara event pertama yang Nadhie pergi sebagai blogger adalah event Stadium Astro. Dekat sana, Nadhie mula mengenali blogger-blogger lain, team newspaper, pengamal media dari pelbagai platform dan banyak lagi. 



Maaf lama tak berkesempatan nak update blog sebab Nadhie benar-benar sibuk dengan pelbagai urusan  di luar sana. Bagi yang hantar email or dm Nadhie untuk reviews dan sebagainya, maaf juga sebab tak dapat balas email-email anda. Jika ada rezeki dari segi masa dan kelapangan untuk aktif berblogging semula, akan Nadhie usahakan. 



Apapun, sempena paparan blog Nadhie telah mencecah angka 1000,000,  ingin Nadhie ucapkan jutaan  terima kasih buat pengunjung blog Nadhie baik dari kalangan blogger mahupun pembaca-pembaca di luar sana.  Tidak kiralah sama ada yang tak sengaja singgah mahupun yang sengaja, yang kenal mahupun tidak kenal, kawan-kawan, rakan-rakan blogger dan terutama sekali suami dan keluarga Nadhie yang sentiasa memberi sokongan. 



Terima kasih semua di atas sokongan dan galakkan yang diberikan, meskipun blog ini sendu dan biasa-biasa sahaja. 
 


Pada rakan blogger yang sudi singgah, tinggalkan jejak anda supaya senang Nadhie nak jejak korang balik ya. 


Apapun, terima kasih sudi baca & terima kasih sudi singgah.




Lots of Love, 
NW





Comments

  1. Tahniah Nadhie! :D I know its not easy. Power dah tu kalau dah mencecah jutaan. Bukan semua blog mampu reach jutaan tu hehe. Congrats once again, dan mari kita berusaha lebih lagi untuk capai pageviews yang lebih tinggi hehe.

    ReplyDelete
  2. Wahh, tahniah Nadhie. Semoga makin murah rezeki 😊

    ReplyDelete
  3. tahniah nad... happy blogging, sibuknya dia dengan life .. semoga nad baik2 sahaja

    ReplyDelete
  4. Tahniah! 1 juta view tu. Saya pun nak sejuta view ke blog saya.

    ReplyDelete
  5. WoW! jutawan PV dah Nadhie ;-)
    Tahniah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda