Review Movie: Annabelle Comes Home


Assalamualaikum & Hi!



Siapa yang tak kenal movie sereem Annabelle , yang merupakan kesinambungan dari filem The Conjuring : Annabelle Creation. Bila tahu je movie Annabelle ni ada sambungannya, sis tak lepaskan peluang untuk menonton. Terus ajak husband tengok wayang masa beliau agak free sedikit. 

Masa tengok tu tak sangka juga hampir penuh panggung wayang. Yelah time tu baru je keluar lagi. Mujurlah kami dapat jugak seat yang selesa , kira sedap lah untuk menonton. Kalau tak maybe sis batalkan sahaja niat itu. HEHE




Review Movie: Annabelle Comes Home


Sinopsis : Merupakan kesinambungan Annabelle Creation, Annabelle Comes Home mengisahkan tentang pasangan penangkap hantu, iaitu Ed dan Lorraine Warren yang telah membawa balik anak patung Annabelle ke rumah mereka, itupun setelah mengharungi pelbagai rintangan.

Mereka telah mengunci anak patung itu di dalam sebuah almari kaca di bilik tingkat bawah yang dikunci rapi dengan beberapa anak kunci. Tiada apa berlaku sehinggalah beberapa tahun berlalu. 

Pada suatu hari, pasangan Ed dan Lorraine Warren terpaksa keluar sehari dua dari rumah mereka atas urusan tertentu. Anak mereka Judy dijaga oleh baby sitternya, Marry Ellen. Marry Ellen berkawan dengan Daniella yang sangat 'curious tentang apa yang ada di rumah pasangan Ed dan Lorraine.

Diam-diam Daniella menyelinap masuk tanpa pengetahuan Judy dan Marry Ellen. Dia akhirnya menemukan segugus kunci kepada bilik misteri itu. Dia bukan sahaja menyentuh semua benda di dalam bilik itu, malah membuka pintu kaca di mana tersimpannya anak patung Annabelle.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Haa.. yang ni kenalah tengok sendiri. HEHE


Review Sis : Cukup mendebarkan dan memang geram dengan perangai Daniella ni yang selamba je ceroboh kawasan privasi rumah orang. Memang berdebar je rasa. Dan ada juga part-part yang mengejutkan penonton. 

Pun begitu, sedikit kelainan, dalam serem-serem tu terdapat juga part-part yang lucu dan mencuit hati. Paling tak boleh blah, ada gak orang puji anak patung tu comel . ;D Adui! Okay, itu jelah kowt review dari sis. Yang baru nak belajar tengok movie seram, sis galakkan korang tengok :p. hihi

Okay sekian sahaja dari sis. Bubye!



3 Comentarios

  1. PEMINAT FILEM SERAM XKAN KETINGGALAN MENONTONNYA

    ReplyDelete
  2. Ala.. Myra sejenis tak suka tengok cerita hantu. Tapi macam menarik je cite nie.

    ReplyDelete