Review Movie: The Angry Birds Movie 2 (2019) - Nadhie Wueen

Tuesday, 3 September 2019

Review Movie: The Angry Birds Movie 2 (2019)


Assalamualaikum & Hi Semua!


Review Movie : The Angry Birds Movie 2


The Angry Birds Movie 2, seriously kelakar. Buat kami gelak hampir setiap masa ketika menontonnya di pawagam pada 31 Ogos yang lalu. Merupakan kesinambungan The Angry Birds Movie (2016), jalan cerita yang dipaparkan memang sungguh menarik. 

Asalnya Nadhie dan suami tak plan pun nak tengok movie ni, tetapi memandangkan macam tak berapa banyak je movie yang best ditayangkan, last last kami decided nak tengok yang ni. And tak sangka memang fun giler story dia. Kira berbaloi lah ktorang tengok hari tu.

Memang kreatif betul pihak Rovio Entertainment ni. Dari sebuah game boleh terhasilnya sebuah movie yang menarik. 


Review Movie & Sinopsis: The Angry Birds Movie 2

Anak-anak burung yang nakal dan comel.
Selamba je dia ambik adik2 dia yang masih dalam telur lagi untuk dijadikan bahan mainan. 


The Angry Birds Movie 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan antara Pulau Burung dan Pulau Pig yang sentiasa berperang. Macam biasa peperangan mereka dengan menggunakan lastik dan menjatuhkan tempat masing-masing, sama macam dalam game.

Red dan kawan-kawannya antara burung yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan keamanan Pulau Burung. Namun, pada suatu hari, Pulau Burung menerima surat layang daripada Pulau Pig yang menyatakan mereka mahu berdamai dan bekerjasama. 

Pada awalnya, Red merasakan itu adalah satu helah sahaja. Namun rupanya penduduk Pig ada sebab yang tersendiri. Sebuah pulau baru telah dikesan , dimana ianya diduduki oleh sekumpulan helang berbahaya yang diketuai oleh Zeta. 

Zeta ingin memusnahkan pulau-pulau lain disekelilingnya demi kepentingan diri. Red berasa risau, tetapi dia juga tidak mahu bekerjasama dengan Pig dan burung-burung lain. Kerana Red takut jika namanya akan tenggelam semula dan dia akan kesunyian seperti dulu.

Adakah Red akan bekerjasama dengan Pig untuk menyelamatkan pulau-pulau mereka? Dapatkah mereka mengatasi serangan Zeta? Ha.. itu kenalah tengok sendiri kan. Sis tak mahu jadi spoiler. hihi. 

So far untuk movie ni, memang best sangat tengok. Yang stress2 dengan kerja dan sebagainya, boleh lah pergi tengok. Confirm release tension.Banyak part kelakar dalam ni yang tak  mampu Nadhie sebutkan kat sini. Btw, sebab Nadhie dan husband dua-dua happy lepas menonton The Angry Birds Movie 2, so Nadhie bagi 5 Bintang!


Okay sekian dari Nadhie. Thank you sudi baca!



3 comments: