Review Movie: IT Chapter 2 - Nadhie Wueen

Sunday, 22 September 2019

Review Movie: IT Chapter 2


Assalamualaikum & Hi Semua!

Review Movie: IT Chapter 2



Apa khabar? Sihat? Hari ni Nadhie nak kongsikan tentang review movie IT Chapter 2 yang merupakan kesinambungan dari IT yang pertama. Siapa yang dah tengok IT yang pertama mesti faham kesudahannya kan?

Yalah masing-masing ingat makhluk tu dah takda lagi. Tup tup muncul pulak It yang kedua. Ha, kisah pasal apa ni kan? Kenapa? Makhluk yang sama atau ada IT baru? Semua itu bermain difikiran. 




Review Movie & Synopsis : IT Chapter 2

Review Movie: IT Chapter 2


Kisah bermula setelah 26 tahun berlalu, dimana 5 sekawan ini iaitu Bill, Ben, Richie, Stanley, Mark & Beverly telah pun dewasa. Masing-masing telah pun punyai kehidupan sendiri dan ada juga yang sudah berkahwin. Kisah silam mereka berkenaan IT sudah dilupakan memandangkan ramai yang sudah berhijrah. Sungguh pun begitu, salah seorang rakan mereka , iaitu Mike yang masih tinggal di kawasan tersebut masih ingat semua yang berlaku. 

Sesuatu berlaku di kawasan Derry tersebut membuatkan Mike akhirnya menghubungi semua rakan-rakannya. Dia bertekad untuk membunuh Pennywise buat selama-lamanya. Semua rakan-rakannya kembali kecuali Stanley. Sesuatu telah berlaku kepada Stanley rupanya.

Entah mengapa perasaan takut menyelubungi mereka. Mike menyuruh masing-masing mencari memori lama yang hilang seakan dipadam demi meneruskan misi dan upacara membunuh Pennywise. Ketika itu, pelbagai perkara dan kenangan menakutkan muncul dihadapan mereka. 

Berjayakah mereka membunuh Pennywise? Berjayakah mereka menyelamatkan diri? Akan adakah mangsa yang akan terkoban? Yang tu semua kenalah tengok sendiri. Sis tak mahu jadi spoiler. Hege

Btw, so far bagi sis jalan cerita ni menarik. Tetapi memang sesuai lah 18 tahun ke atas kerana babak yang dipaparkan agak mengerikan dan tidak sesuai dengan budak-budak bawah umur. Bukan sahaja ngeri, malah menggelikan. Ha, kalau nak makan dalam panggung tu fikir lah 20 kali dulu. Tak selera kowt!

Okay, sekian sahaja dari sis. Thank you sudi baca.Bubye!






9 comments:

  1. Aaaaaaaa nadhie buat in nak tgok la IT 1! hahaha lpastu nak smbung IT 2.. Sebab tak tingin nak lyn pun sebelum nii

    ReplyDelete
  2. First chapter dah tengok. tak sabar nak tengok chapter 2 ni tapi belum berkesempatan nak tengok lagi.

    ReplyDelete
  3. best! saya dah tengok masa mula2 keluar haritu.. sebelum tengok sequel ni siap tengok dulu IT pertama lepas tu baaru tengok yg ni.. best sangat93!

    ReplyDelete
  4. saya tak tengok pun nadhiee. seram2 ni memang lambatla nak tengok. hihi. nadhie apa khabar?

    ReplyDelete
  5. Wow.. nak
    Kena tengok
    Ni
    Nti.. seramm ..

    ReplyDelete
  6. it satu pun tak pernah tgk, yg dua ni lagi lah tak tengok... tak minat akak cerita yg ngeri2 banyak darah dan penjahat yg rupa menakutkan huhuhu...

    ReplyDelete
  7. dah dalam bucketlist ni..hari tu baca siapa tah buat review movie ni...tu yg rasa nk tonton tuu

    ReplyDelete
  8. kena tengok IT 1 dulu ni.. baca review IT 2 macam best.. anyway done follow sini...

    ReplyDelete