Tanah Yang Berkat - Nadhie Wueen

Wednesday, 18 September 2019

Tanah Yang Berkat


Assalamualaikum & Hi Semua!

Tanah Yang Berkat

Jerebu semakin mengancam dan membuas. Udaranya menyesakkan nafas. Nak keluar rumah bagai sudah tidak selamat lagi. Pun begitu, tiba-tiba Nadhie teringatkan sebuah tempat. Tempat yang sehingga kini tidak terjejas dengan pelbagai pencemaran alam dan sebagainya. Sebuah tempat yang tanahnya ada keberkatan.

Keberkatan apakah itu? Sehingga ia sentiasa terpelihara dan di bawah lindungan Allah?



Tanah Yang Berkat


Tanah itu unik.
Terpelihara.
Saat tempat lain dilanda kemarau, 
Tempat itu masih lagi hujannya turun mencurah-curah.
Saat tempat lain dilanda hujan ribut, 
Tempat itu masih lagi tenang dan damai.
Saat tempat lain dilanda banjir
Tempat itu masih tenteram tanpa gangguan dan ancaman
Saat tempat lain dilanda jerebu
Tempat itu masih lagi udaranya segar dan bersih.


Tanah itu unik.
Terpelihara dan istimewa.
Terima-kasih buat insan-insan yang menjaga solat dan amalnya.
Yang menghidupkan usul dakwah.
Yang jemaah dan awal waktu.
Yang subuhnya di surau-surau dan masjid.
Katanya amalan-amalan orang yang soleh yang menjadi punca
Tempat itu sentiasa terpelihara.
Dan diredhai Allah SWT.






5 comments:

  1. Semoga cepat habis musim jerebu ni

    ReplyDelete
  2. di mana kah tanah berkat itu ? adakah di tanah haram?.... moga masalah jerebu ini cepat hilang dan pulih seperti sediakala udara di bumi malaysia ini

    ReplyDelete
  3. Tanah Haram ke sis?? sentiasa di lindungi Allah dan di doakan oleh jutaan umat Islam..
    moga jerebu cepat berlalu pergi..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua menjalankan perintahNya dengan baik dan InsyaAllah kita mendapat perlindungan Allah

    ReplyDelete