Tip Travel Secara Jimat! - Nadhie Wueen

Saturday, 21 September 2019

Tip Travel Secara Jimat!


Assalamualaikum & Hi Semua!

Tip Travel Secara Jimat!
credit image : Wallpaperplay


Apa khabar? Sihat? Hari ini Nadhie nak kongsikan tip travel secara jimat di Malaysia! Kita semua suka pergi bercuti kan? Baik dalam Malaysia atapun ke luar negara. Percaya atau tidak sebenarnya, sekarang ni ada masa-masa tertentu travel naik flight lagi jimat daripada naik kereta sendiri ataupun bas. 

Airasia dan Malaysia Airlines selalu sangat buat promosi free seat, 40% diskaun, 20% diskaun dan banyak lagi dari semasa ke semasa. Jadi kalau masing-masing dah ada target nak pergi bercuti, kita boleh mula merancang tempat dan masa. Membuat perancangan yang baik itu adalah sangat penting kalau kita nak travel dengan minimum kos. 

Sebagai contoh, kita sudah maklum yang Airasia akan buat promosi free seat 4 kali setahun iaitu bulan Mac, Jun, September dan November. Jadi dekat sini kita dah boleh susun masa dan tempat yang sesuai untuk kita pergi dengan harga tiket yang sangat berbaloi. 



Tip Travel Secara Jimat!


Okay bila kita dah settle beli tiket, hotel dan sebagainyakan? Selain itu, benda yang kita boleh jimat juga adalah pengangkutan ke lapangan terbang. Ramai antara kita sebenarnya tidak ambil tahu pun mengenai cara nak ke airport dengan kadar yang rendah. 

Kita hanya fikir cara nak meminimumkan kos ketika tiba di destinasi. Padahal, ada je cara untuk mengurangkan kos transportation kita. Bagi saya yang kaki travel ni, benda yang kecil ni pun saya akan ambil berat. Jadi saya memang suka membandingkan harga setiap pengangkutan yang ada. 

Seperti yang kita tahu terdapat banyak pilihan yang ada seperti KLIA Express, KLIA Transit, Teksi, Grab, bawa kereta sendiri dan sebagainya.



KLIA Express VS KLIA Transit

credit image: klia express

Semua orang tahu pasal KLIA Express yang menyediakan servis KL Sentral-KLIA dengan cepat dan efisyen. Ia merupakan train tanpa henti yang hanya mengambil masa dalam 28 minit sahaja. Bagi  saya, untuk sesiapa yang nak menjimatkan masa perjalanan tanpa fikir panjang boleh memilih KLIA Express ini sebagai alternatif yang paling baik sebab ia memang akan direct terus ke KLIA. 

Namun begitu, KLIA Express ini harganya lebih mahal jika nak dibandingkan dengan KLIA Transit iaitu RM55 sehala. Kita sudah ada perancangan yang baik bukan? Jadi apa salahnya kita cuba KLIA Transit booking ini. Sebab prinsip saya senang, masa ini kita sendiri yang susun. Jadi kita dah boleh plan pukul berapa nak keluar rumah, pukul berapa nak ada di KL Sentral dan lain-lain lah. 

Laluan KLIA Transit ini sama je dengan KLIA Express, yang membezakan just ia akan berhenti di beberapa stesen. Nama pun transit kan? Stesen yang ada ialah KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA. Jadi ia lebih memudahkan terutama untuk orang yang duduk berhampiran dengan stesen yang berkenaan. Mereka tidak perlu untuk ke KL Sentral semata-mata untuk menaiki KLIA Express. Selain itu, ramai yang tahu KLIA Transit ini lebih jimat. 

Saya akan kongsikan sedikit trick macam mana nak jadikan ia lebih murah. Macam yang saya sebutkan tadi, harga tiket KLIA Express KL Sentral-KLIA ialah RM55 kan? Sebenarnya kita boleh dapat harga kurang 50% kalau kita gunakan KLIA Transit ni. Daripada KL Sentral kita beli tiket ke Putrajaya dengan harga RM14 mengikut harga tiket semasa. Selepas itu, daripada Putrajaya kita boleh beli tiket terus ke KLIA, RM9.40. Jadi jumlah keseluruhan RM23.40 jauh sangat beza dengan harga KLIA Express tadi. Kita boleh jimat RM31.60 kot. Jadi boleh lah cuba lepas ni ya.


Grab VS Teksi

credit image: flipkart

Untuk orang yang duduk jauh daripada laluan KLIA Express, grab ataupun teksi akan menjadi pilihan yang agak sesuai untuk mereka. Antara banyak servis private car seperti grab, teksi dan sebagainya, sejujurnya saya lebih suka menggunakan servis Airport Taxi yang ditawarkan oleh Traveloka. Hal ini disebabkan, kita boleh set dan tempah dengan lebih awal. Jadi, kita boleh mengira kos kita supaya tidak over spend dikemudian hari.

Namun begitu, pilihan kedua saya selepas airport taxi yang disediakan oleh Traveloka, saya akan memilih Grab. Hal ini kerana, harganya lebih murah daripada perkhidmatan teksi yang lain. Dan ia juga lebih mesra pengguna, kerana dalam aplikasinya terdapat ciri-ciri keselamatan yang boleh kita aktifkan untuk menceggah perkara-perkara yang tidak diingini. Daripada pengalaman saya, kereta grab ini lebih bersih dan selesa untuk kita sebagai pengguna. 

Jadi untuk percutian kita yang akan datang, kita boleh consider beberapa factor ini ya. Walaupun ia nampak kecil, tetapi sebenarnya ia turut akan memberi kesan kepada pembelanjaan kita. Jangan butakan mata untuk lihat benda yang kecil ini. 

Okay sekian sahaja dari saya!Bubye!



5 comments: