Covid19 Semakin Meningkat! | Tanda-tanda, Tips dan Langkah Pencegahan Influenza Pada Musim Covid


Assalamualaikum & Hi Semua!

Semakin hari semakin membimbangkan pula apabila berlakunya peningkatan kes covid19 terutamanya dikalangan kanak-kanak dan orang tua. Terkedu rasanya apabila kes Covid19 tiba-tiba mencecah sehingga ke angka 600++ dalam masa sehari dua sahaja. Ya Allah! Semoga Malaysia sentiasa terpelihara dari kes-kes ini berlarutan. 

Golongan yang paling terkesan dan berisiko untuk mudah dijangkiti baik Covid mahupun influenza adalah kanak-kanak dan golongan tua. Dua golongan ini merupakan golongan yang paling berisiko dan sangat mudah dijangkiti influenza disebabkan sistem ketahanan imunisasi yang agak kurang berbanding golongan dewasa.

Oleh itu, ingin saya kongsikan beberapa tanda-tanda influenza, tips dan langkah-langkah pencegahan influenza. Bukan sahaja untuk anda, tetapi untuk peringatan diri sendiri sekali. Jom tengok agar kita lebih berwaspada dan berilmu mengenainya.



Tanda-tanda, Tips dan Langkah Pencegahan Influenza


Tanda dan Gejala Influenza Pada Bayi





Demam dengan gejala selsema memang biasa berlaku pada kanak kanak.
 Ianya berpunca dari Jangkitan virus.
Kebiasaanya ia tidak serius dan boleh sembuh selepas beberapa hari.




Tanda dan Gejala Influenza Pada Dewasa



Doktor , saya sudah selsema lama, gejala masih tidak reda walaupun sudah ambil rawatan. Boleh beri antibiotik yang lebih kuat?”
Ketahuilah, jangkitan virus biasanya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia bergantung pada ketahanan tubuh seseorang individu.
Untuk meningkatkan ketahanan tubuh, pastikan anda mendapat rehat yang cukup, minum air dan ambil makanan yang berkhasiat.
Antibiotik tidak dapat merawat jangkitan virus, elakkan mendesak doktor untuk memberi antibiotik yang lebih kuat jika gejala masih tidak sembuh


Sentiasa Mengamalkan Penjarakan Sosial 


Kadang-kadang tak bergejala bukan bermakna sihat. Apatah lagi virus Covid boleh memberi sebarang tanda pada pembawanya.  Jarakkan keduddukan anda 1 depa atau 1 langkah menjauhi individu tersebut. Tak perlulah bersalam, hug kiss lagi jika tidak mahu kena jangkitan


Pastikan Alat Pengukur Suhu Sentiasa Ada Di Rumah









CEGAH INFLUENZA DARI AWAL UNTUK ELAK JADI COVID


Kit Cegah INFLUENZA di RUMAH/Taska/Tadika/Pra-Sekolah/Sekolah.
Anda ada anak yang terkena demam influenza? Risau anak lain juga terkena influenza?
Di sini kami senaraikan kit yang perlu ada untuk mengurangkan risiko anak anda daripada terkena jangkitan influenza di rumah dan juga boleh diamalkan di Taska/sekolah.
Kami senaraikan juga 5 perkara basic dalam pencegahan dan kawalan influenza
1) Penjagaan kebersihan diri
2) Amalan cuci tangan yang betul
3) Penjagaan kebersihan persekitaran
4) Pemeriksaan/saringan pintu masuk
5) Disinfeksi dan nyakuman permukaan tercemar

Moga bermanfaat.


Langkah-langkah pencegahan Influenza


Influenza mudah berjangkit melalui titisan saluran pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin.
Jom ikuti langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan melalui infografik ini.



Tips Pemakanan Yang Baik Ketika Demam/Selsema



Apabila mengalami demam selsema, makanan makanan berikut mungkin boleh meredakan gejala.
* Tapi ingat, makanan makanan ini bukan penyembuh atau untuk merawat. Jangan ada yang overclaim pula nanti 😏 


Semoga Allah Swt pelihara kita dan keluarga dari jangkitan influenza. Sama-samalah kita mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan diri, memakai topeng muka dan tidak perlu keluar rumah jika tiada sebarang urusan. 



Kredit : Public Health Malaysia



0 Comentarios