Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

15 Resepi Menarik Aiskrim Buatan Sendiri (Homemade)

Seronok betul bila dapat buat sendiri pelbagai jenis aiskrim. Sedap pun sedap mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting jimat duit! Paling best bila dapat buat aiskrim mahal macam magnum tu kan kan kan. Rasa sedap, puas hati makan. Berikut sis kongsikan resepi pelbagai aiskrim Malaysia Homemade untuk rujukan semua.  20 Resepi Menarik Aiskrim Buatan Sendiri (Homemade) 1. Aiskrim Hipster Coki-coki Bahan-bahan :- 1 tin susu cair 1 tin susu manis 4 tin air 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul) Secubit garam 3 paket choki choki Cara-cara : Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk. Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk. Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki. Tuangkan susu separuh plastik dan ikat

Tanda-tanda Serangan Jantung Pada Awal Pagi!

Tiadanya penyakit jantung mahupun mempunyai apa-apa jenis penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya bukan bermaksud tiadanya risiko untuk terkena serangan jantung, tambah-tambah lagi pada awal pagi.  Menurut Public Health Malaysia, risiko serangan jantung pada awal pagi boleh terkena pada siapa-siapa sahaja seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stress dan kurang tidur.  Lebih-lebih lagi apabila awal pagi mahupun fasa terakhir tidur merupakan waktu kritikal yang memudahkan terkenanya serangan jantung. Berikut Nadhie kongsikan tanda-tanda dan kenyataan Public Health Malaysia berkenaan serangan jantung pada awal pagi. Tanda-tanda Serangan Jantung Pada Awal Pagi! [ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekitanya berlaku serangan jantung atau strok.   Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal

Cara Check Dan Buat Tuntutan Wang Yang Tidak Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara

Lepas viral pasal wang yang tak dituntut tu terus sis check. Manalah tahu sis pun tiba-tiba ada duit lebih jatuh dari langit yang kononnya tidak dituntut. HEHE. Lepas check tengok-tengok memang ada sejumlah wang yang tak dituntut lagi. Tapi, tak adalah besar sangat pun jumlahnya, ada la dalam puluhan ringgit Malaysia sahaja.  Apapun, buat yang tak pernah check dan tak pernah tahu pasal wang yang tidak dituntut ini, dekat sini sis akan kongsikan kembali bagaimana cara-cara untuk memeriksa wang yang tidak dituntut. Mana tahu ada yang terlepas pandang juga. Untuk pengetahuan korang, setelah selesai periksa jumlah duit lebihan korang, korang boleh tuntut wang tersebut di Jabatan Akauntan Negara di Menara Maybank KL. Sebelum itu macam mana caranya kan nak periksa wang yang tidak dituntut? Jom tengok perkongsian di bawah ini! Cara Check Dan Buat Tuntutan Wang Yang Tidak Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara  Step 1 : Layari https://egumis.anm.gov.my/ . Step

Resepi Cheesecake 3 Bahan Sedap Dan Mudah!

Siapa sangka dengan hanya tiga bahan sahaja boleh menghasilkan kek cheese yang sedap dan lazat? Cuma kena tahu caranya sahaja. Betul cara buatnya, InsyaAllah menjadilah keknya.  Apapun, sis memang suka sangat kek-kek yang tak banyak bahan ni. Yalah tak adalah banyak modal sangat nak kena keluarkan kan semata-mata nak makan kek punya pasal. Oleh itu, di sini saya kongsikan resepi kek cheese 3 bahan yang sedap dan mudah hasil perkongsian saudari Nurul Ain Ridzwan. Resepinya adalah seperti di bawah. Jom cuba!  Resepi Cheesecake 3 Bahan Sedap Dan Mudah! BAHAN-BAHAN 120g Tatura Cream Cheese 120g Susu Pekat Manis 3 Biji telur gred B *Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat kek. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya. Cara-cara Nak Buat Cheesecake 3 Bahan:- Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya. 1.Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat Mul

Template Akaun Bank Untuk Peniaga Online

Khas buat peniaga-peniaga online dekat luar sana. Sis nak kongsikan template-template akaun bank untuk korang gunakan dan berikan pada pelanggan.  Bila dah ada ni boleh la tampal je nama anda atau nama syarikat dan no akaun anda pada template tersebut. Tak payah susah-susah dah nak buat template sendiri nanti.  Menarik pun menarik. Sekali tengok je pembeli pun terus boleh tengok korang guna bank apa. Senang nak berurusan nanti. Jadi apalagi, j om tengok template-template tersebut! Senang je kan kalau ada template macam ni. Isi je apa maklumat yang patut. Tak payah susah-susah dah nak buat sendiri. Okay, apapun semoga perkongsian ini bermanfaat!