Skip to main content

Resepi Masakan Barat Untuk Berbuka Puasa




Menjelang ramadhan, pasti pelbagai menu berbuka puasa yang terbayang di fikiran. Ada sahaja resepi baru yang ingin dicuba. Lebih-lebih lagi apabila perut terasa kosong, masa terasa lapang dan tekak terasa teringin mencuba pelbagai menu.  

Kali ni sis nak kongsikan pelbagai resepi masakan barat yang boleh dibuat sebagai hidangan berbuka puasa. 


10 Resepi Masakan Barat Untuk Berbuka Puasa

1. SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA


Bahan-bahan:
Meatballs secukupnya (Abang guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven.
2 sudubesar butter
2 sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula


Cara Penyediaan:
1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.
4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!.
Tips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.


Sumber : Danish Harraz via Masak Apa Hari Ni (MAHN)


2. MUFFIN TELUR


Bahan-Bahan:
5 biji telur gred B
2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
1/2 batang carrot – dipotong kecil
Sedikit timun – dipotong kecil
Sedikit lada benggala – dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:
1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.
2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.
3. Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.
4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.
5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)
6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.
7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan


3. RESIPI BURGER ‘HOMEMADE’ YANG MUDAH DAN SIHAT


Bahan-bahan:
Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:
2 ketul dada ayam @ daging
2 ketul kentang @ carrot
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
1 sudu kecil serbuk soda *
3 sudu kecil tepung gandum *
2 sudu kecil tepung ubi*


Cara Penyediaan:-
1. KISAR
Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.
burger-homemade-1

2. CAMPURKAN SEMUA BAHAN
Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.
Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.

3. MASUKKAN DALAM ACUAN
Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.
Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.
burger-homemade-2

4. KUKUS
Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.

5. SEJUKKAN
Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.
Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.

6. BAKAR
Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.

cara buat burger
HIDANGKAN MENGIKUT CITARASA
Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai. Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hti dan berbaloi!
Untuk lebih sihat, gunakan kiub / stok ayam yang dibuat sendiri..


4. RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER

Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping)
● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia,
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam
.
Cara menyediakannya
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
Bahan-bahan sos:
1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar
semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini.
.
Selamat mencuba.... ๐Ÿ™‚


5. Resepi Pizza Homemade Lebih Sedap Dari Pizza Hut

Bahan-bahan:
Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Berpeluh2 la jgk๐Ÿ˜„

๐Ÿ•Bahan topping๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Tumis bwg,bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.perasakan dgn garam dan lada hitam-ketepikan.


Cara Penyediaan:-
1.gaul tepung dgn minyak..
tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.

2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.
6.klu suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..
7.klu suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..
8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..


Kredit resepi ini kpd murni rahmat #mahn


6. Spaghetti Carbonara


Bahan-bahan diperlukan:
1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
lada sulah.


Cara menyediakan dan memasak:
macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan


7. CHEEZY WEDGES KENTANG ALA KFC


BAHAN-BAHAN
4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
cheezy-wedges-3

CARA-CARA
1. Potong Kentang
Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.
2. Kukus
Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.
cheezy-wedges-4
3. Gaulkan Mixed Herbs
Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh.
Gaulkan biar sebati.
4. Taburkan Tepung Jagung
Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

5. Goreng
Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade.


CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE
Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.


BAHAN-BAHAN
3-4 sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit pewarna kuning (optional)


CARA-CARA
1. Panaskan Bahan
Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
2. Masukkan Kepingan Keju
Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Siap
Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
* Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.



8. CARA BUAT MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT


Bahan-bahan:-
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa


Cara Penyediaan:-
1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.
2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.
3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.
4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.
5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!

RESEPI GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT
Baiklah, sup cendawan dah siap. Sekarang, kita buat pula garlic bread untuk dimakan bersamanya.
Bahan-bahan
Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley / oregano / mixed herbs
1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus

Cara-cara
1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.
2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.
3. Sapukan pes ini ke atas roti anda.
4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.


9. RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS


Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak


Cara Penyediaan:-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Sumber : Resepi Sheila Rusly



10. Resepi Carbonara Meatball Cheese


Bahan-Bahan:
Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara Membuat:
1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.
2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.
3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.
4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda