Biodata Yang Di-pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah - Nadhie Wueen

Thursday, 11 June 2020

Biodata Yang Di-pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah


Assalamualaikum & Hi Semua!

Biodata Yang Di-pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah

Keperibadiannya dihormati dan dipandang tinggi meskipun beliau seorang yang suka merendah diri. Beliau antara sultan yang berjiwa rakyat, yang turut turun padang membeli dan memberi makanan kepada rakyat. Beliau juga pernah memasak untuk rakyat dan frontliner di luar sana. Itulah beliau YDP Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Pemilihan dan keputusan beliau sentiasa tepat. Di saat-saat Negara berada di situasi yang gentir, beliau menjadi penyelamat. Yang diutamakan hanyalah rakyat. Kerana beliau alhamdulillah Tan Sri Muhiyiddin Yaasin diangkat menjadi perdana menteri Malaysia ke8. Kerana beliau juga Negara aman sentosa tanpa sebarang krisis saat Negara-negara lain yang menghadapi situasi sama sudah pun kucar-kacir. Setiap tingkah laku dan perbuatan baiknya turut menjadi ikut. Sungguh beliau mempunyai karisma yang tersendiri.

Alhamdulillah, terima kasih YDP Agong kerana banyak berbuat baik kepada kami! Terima-kasih yang tak terhingga, Sebagai tanda penghargaan, ingin Nadhie kongsikan biodata beliau buat tatapan semua. Jom tengok :)



Biodata Yang Di-pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah


Sultan Pahang

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Keputeraan

30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang

PENDIDIKAN

1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang
1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.
1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.
: Davies College, London, United Kingdom.
1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.
1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah


Pelantikan Tengku Mahkota Pahang

1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.


Pelantikan Pemangku Raja Pahang

Baginda pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Sukan

Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Isteri

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Keputeraan

5 Ogos 1960

Anakanda putera dan puteri

1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan disandang

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia
Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Hoki : Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
: Presiden Persekutuan Hoki Asia
: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa
Polo : Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)
Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)
Gold : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)
Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Pencapaian

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia



Sumber : bharian


3 comments:

  1. Assalamualaikum... Baginda sangatn disenangi dan disayangi rakyat jelata. Memang tak janggal lah, KDYMM nak bergaul dengan rakyat marhean ni.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik
    bulan julai rupanya
    geng Hans nih
    hehehe

    ReplyDelete