Menonton Drama Kampung People 2 Bersama Seisi Keluarga | Info dan Sinopsis

 Assalamualaikum & Hi Semua!



Nampaknya drama melayu komedi popular iaitu Kampung People sudah pun kembali menemui penonton di TV3, jam 9 malam tadi bersamaan 17 September  setiap rabu hingga jumaat. Siapa yang tak teruja kan? Jarang ada cerita melayu yang kelakar dan santai-santai macam ni. Tepat je pukul 9 malam, apalagi Nadhie pun ajak lah husband angkut baby duduk dekat ruang tamu mengadap TV. 



Review Kampung People 2 Episod 1


Masa mula-mula start cerita macam biasa-biasa aje jalan ceritanya. Cuma memaparkan kehidupan Razif, Mona dan dua orang anaknya, iaitu yummy dan Lailer yang sudah kembali kepada kehidupan asal. Tetapi, still lah banyak benda dah berubah kan. Razif terikat dengan masalah kerjanya, Mona pula leka je dengan luxury lifestyle dia, kerja nak berpersatuan dan berhabis duit je. Yang si Lailer pula leka dengan instagorem dia sibuk nak menambah follower sambil mengenakan Yummy.




Sinopsis dan Info Kampung People 2


EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 17 September 2020

WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Syakirin Supardi

PELAKON : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Shah Kimin, Haziq Fadhullah, Nazeri Md Isa, Shahril Sarjen, Lizart Rashid, Kismah Johar, Nam Ron




Sinopsis Kampung People 2


Setelah kembali kepada kehidupan lamanya, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang semakin tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung. Manakala Laila pula, disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. 

Sementara itu, untuk memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. Namun, adakah benar bahawa mereka tidak diburu lagi?


4 Comentarios

  1. Sempat tengok episod 1st haritu sekejap. tengok sikit pun da best.. lagi lagi ada kak lina pom pom tu haa hehe

    ReplyDelete
  2. bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant

    ReplyDelete
  3. Boleh tengok nanti ni.. best kampung people ni.. :D

    ReplyDelete