Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Orang Tahniah Mira!

 Assalamualaikum & Hi Semua!



Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Sekelip mata je kan? Akhirnya pelakon jelita Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badeozaman, 27 tahun selamat diijabkabulkan dengan Wan Emir Astar seorang arkitek muda yang juga anak kepada menteri dan ahli politik Mastura Mohd Yazid.  Tahniah Mira! 


Sis memang kagum dengan si Mira ni. Bukan sahaja pandai, cantik, sopan santun dan tiada publisiti murahan, malahan jodoh yang diterima juga adalah atas nasihat ibu bapanya. Selepas ibunya menyarankan Mira untuk berkenalan dengan Wan Emir, anak kenalannya, barulah Mira terbuka hati untuk berkenalan dengannya. Wah, bertuah betul Wan Emir!



Gambar-gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Mira Dan Wan Emir











Ramai Lelaki Yang Frust Mira Filzah Telah Berkahwin?

Selain itu, berdasarkan pemerhatian sis, ramai rupanya yang frust kerana pujaan hatinya ini telah pun melangsungkan perkahwinan. Nasihat sis terima lah seadanya, berlapang dada dan redha dengan jodoh ketentuan Ilahi. Memang sudah tertulis jodoh antara Mira dan Wan Emir. 


Jangan marah-marah k dan doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Apatah lagi Mira pun mahu memulakan fasa baru kehidupannya dengan hati yang tenang. Chill guys!


And again, tahniah Mira & Wan!


1 Comentarios

  1. tahniah..jd warga kpg akak ni..kuala kangsar..

    cantik n sweet pelaminnya...tona warna lembut, tak semak..nmpk elegan..sukaa..

    ReplyDelete