Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bermula 15 Oktober Ini Bagi Individu Yang Tidak Pernah Memohon


sumber gambar: Infografik Berita RTM


Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bermula 15 Oktober Ini Bagi Individu Yang Tidak Pernah Memohon | Phew~ Panjang tajuk yang Nadhie terpaksa tulis kali ini memandangkan ramai yang jenis suka baca tajuk sahaja tetapi tak nak baca isi. Apatah lagi jika sesuatu artikel itu berunsur 'Click Bait', memang salah faham je lah hasilnya. Nadhie bukan apa, Nadhie perasan ramai yang mempertikaikan usaha kerajaan dan salah faham ingat kena buat permohonan lagi dan sebagainya. Selidik lah dulu sebelum berkata apa-apa. Kerana setiap kata-kata yang keluar mengambarkan tahap kebijaksanaan kita. Maaf termembebel pula.  Okay biar Nadhie terangkan semula bagi yang tak faham.


Untuk pengetahuan anda, permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 boleh lah dibuat bermula 15 Oktober ini bagi individu atau isi rumah yang TIDAK pernah membuat permohonan sebelum ini. Sebaliknya yang sudah pernah memohon tidak perlu membuat permohonan sekali lagi. Cuma perlu kemaskini sahaja info berkaitan jika terdapat sebarang perubahan. 




Cara Memohon  Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.



Muat Turun Borang Permohonan BPN 2.0

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

"Tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia."- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.



Kumpulan Penerima Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

"Peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat." - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin


1. RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

2.  RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); 

3. RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

4.  1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.



Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada:-

Hujung Oktober 

dan 

keduanya, pada Januari 2021.



Jumlah Bayaran &  Ansuran

Bagi golongan B40:-

Bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 , keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Rujuk di bawah ini untuk lebih faham.



Permohonan Baru, Rayuan Dan Semakan Status

Semakan status BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN bagi penerima yang layak. Kategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. 

Bagi permohonan baru atau rayuan boleh dikemukakan pada tarikh yang sama iaitu mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori isi rumah atau bujang sekiranya menepati syarat kelayakan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 sila layari laman web Portal Rasmi BPN


Okay sekian sahaja daripada saya. Moga info ini berguna dan dapat meleraikan segala kekeliruan anda. Sama-samalah kita bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah ini. Terima kasih.


SUMBER: Lhdn, Harian Metro




0 Comentarios