Surah Yang Bagus Di Amalkan Sebagai Perlindungan Sebelum Tidur |
Sejak sekolah rendah lagi pelbagai adab dan doa yang telah diajar di dalam kehidupan seharian kita. Masih ingat lagikah kalian? Doa selepas berwuduk, doa selepas azan, doa sebelum masuk rumah, doa memakai pakaian dan banyak lagi.
Dan salah satu adab, doa dan amalan yang selalu kita belajar adalah doa sebelum tidur dan surah-surah lazim yang bagus diamalkan. Usah la terus tertidur dengan bermain telefon bimbit tanpa sempat untuk berdoa dan meminta perlindungan dari Allah SWT.
Di bawah ini ingin saya kongsikan surah-surah lazim yang bagus diamalkan untuk dijadikan perlindungan ketika kita sedang lena dibuai mimpi. Jom tengok!
Antara surah yang boleh kita amalkan sebagai pendinding ketika tidur ialah:-
1. Bacalah surah Al-Fatihah - 1kali
2. Surah Al-Ikhlas - 3 kali
3. Surah Al-Falak - 1 Kali
4. Surah An-Nas - 1 Kali
Baca Sebelum tidur ya. Diikuti dengan doa tidur dan ayatul kursi.
InsyaAllah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
Semoga Allah swt pelihara kita dan lindungi dunia akhirat. Amin ❤️
akak biasa baca alfatihah dan ayat kursi, lepas ini nak tambah surah ini pulak lah
ReplyDeleteSemoga kita sama2 dalam pemeliharaan Allah sentiasa. Amin
DeleteAda lagi tambahan kalau nak diamalkan. Baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan AllahuAkbar 34x. :)
ReplyDeleteAah betul tu kak Nany. Zikir fatimah kan? Supaya sentiasa bertenaga dan cergas keesokan harinya. Tqq sharing ;)
DeleteSaya setuju! Boleh tambah lagi dengan banyak selawat.
ReplyDeletethank u for sharing!
ReplyDeleteAlfatihah dan 3 Kul memang bagus dijadikan amalan setiap hari.
ReplyDelete